Sunday, November 14, 2010

Nasi Ayam

Pada satu peringkat kehidupan, ada seorang insan prihatin suka tanya aku soalan-soalan pelik macam,

"Antara seks dan alkohol, yang mana satu kau kenal dahulu?"

Aku jawap, "Nasi Ayam kedai Cina"


Tahun '95 ;

"Jom ikut aku, kita rehat kat luar macam biasa.." kata Rashid.

"Tak mampus ke kalau kena tangkap? Selalu sangat"

"Kau takut pehal? Nak ikut ke tak?"

Jadi, seperti biasa kami berlari ke arah pagar sekolah.Lompatan perlu cantik, tapak kaki tak perlu berbunyi banyak sangat.Jangan kecoh, nanti kena pulau.Jangan lupa beli rokok awal-awal.Ini era '90an, era dimana semua budak sekolah pakai seluar lilit kaki mesti mahu 20inci keatas.Erra Fazira pun masih lagi gebu, berlakon dalam filem Sembilu.

Waktu rehat sekolah sessi pagi: Kedai Samsu.

Aku duduk bersama beberapa rakan senior.Penat berlari tak hilang lagi.Pesan kopi dan roti stim sapu kaya.
Cepat sangat habis makan sebab berkongsi dengan Si Rashid.Badan dia besar, kuat makan.Seperti aku, suka melihat perempuan berdada besar.
Sekarang sudah jadi orang buruan polis.

Semeja dengan aku, ada Pesot sama Perut dan beberapa orang lagi otai sekolah.
Tengah makan nasi ayam.Seperti biasa, memang tiada sifat ajak-mengajak dalam hati mereka.

"Bila masa sini ada gerai nasi ayam?" bisik Rashid.
Aku diam tak menjawap.Selesai roti aku jamah, isap rokok dengan kaki bersilang.Masih lagi lapar dan tak puas. Babi punya Rashid.


"Psst...kau rasa halal ke?" Rashid tanya aku.

"Entah.." Ikhlas, aku masih terpinga-pinga.
Ini kawasan kedai makanan cina.Belum ada Melayu yang berani bersaing niaga disini.
Melayu berani nak jual berasaskan konsep "Economy Rice" ? Jual makanan yang sedap, panas dengan harga murah.Pelanggan tetap ramai.


"Boss! kasi tambah kicap atas ini ayam" Pesot menjerit kearah kedai sebelah.
Kedai makan cina.Berlari seorang pemuda Tionghua, pakai apron kuning bertulisan Cina.Ambil pinggan ayam yang dihulur oleh Pesot.

Aku terasa berada dalam satu kelompok melayu yang pelik.Pemalas bila masa belajar tapi cerdik bila hendak hidup.Jenis bila bawa basikal ke sekolah , tak pernah fikir hendak kunci atau mangga supaya tak hilang.
Tak kira halal haram.Menarik!

"Boss!! kasi satu pinggan nasi ayam.Ayam sama kicap lebih!" Aku jerit pada kedai sebelah.

Perut yang baru selesai menjamah nasi ayam, senyum.Capai kotak rokok milik aku , ambil sebatang dan nyalakan.Jenis bangsa tak tahu minta izin kalau nak sesuatu.

"Kau nak tahu satu petua bugis?" Si Perut mula berbicara.

"Apa dia?"

"Kalau hendak, minta.Tak bagi? Rampassss!!" Jawap Si Perut sambil tersengeh.Patutlah perut kau buncit, ye tak?

Pemuda Tionghua itu kembali dengan pinggan ayam milik Pesot dan sepinggan nasi ayam untuk aku.

Selesai makan,
"Besok nak order itik pulak" kata aku kepada Rashid.

No comments:

Post a Comment