1730hrs.
Aku hilang seorang kawan hari ini.
Dipanggil oleh Ilahi.
"Bungkuskan aku nasi kandar satu"
Sahabat,
Moga kau tenang disana
Showing posts with label Perjalanan. Show all posts

Thursday, January 28, 2016
Monday, November 9, 2015
Sejarah dalam Magic
circa 2007
Boss : Apa you gelak-gelak ? looking at my desk? What?!
Aku : Hehe
Boss : See laa .. when the time comes ...you replacing me..then you will know..
Dalam minggu lepas
Aku : Apa korang sengih-sengih? Charges ni semua siapa nak bayar?
Dua ekor mangkuk berdiri depan aku tersengih macam kambing nak kena hambat.
Karma memang celaka.
2 minit lepas
Aku : Happy Deepavali , boss
ExBoss : Thank you bro
Pundek....

Sunday, November 8, 2015
jawapan
Separuh dari diri aku masih lagi Punk Rock. Masih lagi takkan berubah walau lagi 50% selebihnya sudah compromise ke arah bendalah seperti "Aku..Aku..Aku"... ah fuck.
Separuh jiwa aku masih hilang semenjak 2006 entah kemana aku cicirkan. Terlekat pada dinding-dinding Hentian Bas Temerloh?
Yang pastinya apa yang berbaki dalam jasad ini , aku seret kesana-kemari.
Aku tak boleh daftarkan diri ini pada mana-mana kelab jiwa raga.
Dude, aku dah berhenti merokok.
Dunia tanpa Letterman dan Sir Terry Pratchett memang buat aku hilang sarkastik. Sekurang-kurangnya Supernatural masih ada.

Saturday, November 7, 2015
Hidup
Apa boleh cakap lagi bila aku rasa melonjak gila dengan Pearl Jam - Alive dalam playlist, untuk sekian lamanya?
Untuk sekian kali dan untuk selamanya.
Atau rasa bersalah dan sedih tak hilang-hilang dalam "would?'

Friday, June 19, 2015
19 June 2015
Salam Ramadhan..
Aah dah mula puasa, ya?
Aku antara yang tak mahu menonton segala animasi dari Studio Ghibli, sebab takut tak boleh keluar dari mimpi.
Semua orang sudah membesar pada ketika ini.
Aku antara yang tak suka berkongsi gembiranya Ramadhan.

Tuesday, May 26, 2015
Kronikel : skrin sesentuh
Manis tidak terasa bila marah datang bak celaka. Dahulu merempat , kini banyak harta.
Banyak yang bodoh disini, tak lupa juga pada sesalan. Terlalu banyak , tapi tidak pula ada masa untuk aku menghitungnya.
Masa akan tetap pergi berlalu, biar labuh tutup tirai , mengapa pula kau perlu ambil tahu?
Perasaan aku ada kegilaannya , buat sementara, ada kematiannya.
Sampai masa, asyik-asyik sampai masa. Kau , kita semua takkan terkejar.
Kenapa pula kau menanti , aku yang disini sekadar melawat.
Kenapa semua kena ambil tahu?

Thursday, March 12, 2015
kapten wub wub
Selamat tinggal, Sir Terry Pratchett.
Ada seorang gadis yang ajar aku tentang Discworld.
Sesudah itu aku tinggalkan dia dan dia hilangkan aku.
Yang tinggal kenangan rupanya hanyalah seekor penyu gergasi diruang angkasa.

Tuesday, June 5, 2012
Pokok Kayu (tipu, plastik sebenarnya)
Aku text pada Rie
"Mano.Poit? Copek lah. Badan lenguh, jom gi urut!"
Rie balas,
"Haha boleh jang. Den pinjam ko seratus dulu, boleh?"
Hahaha. Pundek. Lain aku suruh lain dia minta.
Rie tiba selepas jam tengah malam. Muka macam konek tersumbat dengan kondom yang tak boleh tanggal.
"Apahal, hujung bulan sudah loan aku?"
"Aku bagi seratus setengah kat pakcik guard. Kereta dia nak kena tarik. Kesian aku tengok. Tak perasan aku pun sangkut jugak sen"
(*Aku bukan orang minang, walau lahir di Negeri Sembilan. Perangai orang Linggi. Cuma sesekali mengikut dialek mereka. Bunyi Kelantan jer aku payah nak bikin.)
Aku buat tak tahu, masuk dalam bilik hulur seratus. Aku tiada masalah untuk menghulurkan bantuan pada Rie, sebab dia proksi aku yang berguna.
Aku boleh jadi pemurah pada sesiapa, tapi jangan melampau sangat. Ada budak perempuan yang selalu panggil aku sebagai abang (dan aku yang mulakan panggil dia adik, sebab tak mahu terjerat dengan kebarangkalian nafsu untuk ajak dia beromen. Kita kena hormati dulu sesuatu yang boleh atau bakal kita sayang.) cukup dua bulan sekali akan text mesej, "Pinjam 500 bang, gaji tak masuk lagi".
Itu pada kiraan bulan pertama, dua bulan lepas itu, dia 'up' lagi nak pinjam seribu pula, alasan kekal "Gaji tak masuk lagi"
"Bayar balik pakai body kau, boleh dik?" Nak jer aku balas text mesej sebegitu.Hehe.
Sambung balik cerita aku dengan Rie;
"Aku berborak dengan jiran baru sebelah rumah tadi"
"Apahal? yang pinjam gergaji minggu lepas?"
"Membongak jer layan dia cerita.Poit. Pakai Proton BLM ado hati nak kelentong aku nak beli rumah kat Ampang harga 800K, tapi takde dapur.."
Hidup-hidup Rie kena 'goreng' dengan jiran baru.
Selalu sangat orang bila bergebang, lupa yang mitos digambarkan itu tak selari dengan realiti.
Iya, hendak menipu jangan lah lari sangat dari dunia sebenar.
Agak-agak dah lah.
Hidup lebih kurang panas, sejuk atau sederhana. Boleh pilih kesemua sekali , kalau tahan.
Ada juga sesekali dapat text mesej, orang ajak dinner atau lunch. Aku jarang nak penuhi sebab kurang minat pada konsep 'makan free'.
Aku jarang hendak ingat nama orang, salam tangan orang, beri salam atau pun kemaruk mahu makan percuma.
Berlaku juga bila 'receptionist' pejabat menahan aku dari pulang awal, "Janganlah balik dulu, ada makanan kat conference room"
Aku faham erti jangan membazir, tapi tak mengapalah. Bukan salah aku kalau makanan itu tak meriah tanpa kehadiran aku. Lagipun, minum wain lepas tu berlari mengejar tren komuter amatlah tak digalakkan.
Sejak dari dulu aku amalkan, 'bila hendak makan, aku bayar sendiri'. Mungkin belanja sesekali itu ada 'exception' nya. Segelas teh tarik , bila kau bayarkan tidak akan menjejas apa-apa persahabatan kita.
Tapi tidak dari jenis manusia yang bila mengajak makan, isi kandungan berboraknya lebih kepada mengangkat martabat diri sendiri.
Makan otak, bila ada seorang teman terlalu obses berbicara seperti "Daddy kita tak suka kita masuk Uitm. Dia nak anak dia masuk U yang macam Yale atau Harvard"
Aah lah. Masa interview kerja pun, English kau lintang-pukang. Dalam resume pun tulis UNITEN jer..Yale nenek kau.
Atau pada satu ketika, aku makan bertiga. Orang pertama (lelaki) bercerita tentang masakan yang pelik-pelik. Ia berterusan hingga muka dia pun aku lihat sudah macam jelmaan kuali mahal yang ada di kedai Aino. Orang kedua (biasanya, perempuan) akan mula 'backup' bila lihat wajah aku terpapar muka senget, "Oh, he always cooks for me.."
Bila situasi itu bermula, aku akan capai Galaxy Tab (model lama, jangan mula hendak tanya harga. Selalu sangat orang duk tanya harga SGT bila aku mula pegang Tab ini. Belinya tidak) dan mula buat-buat tengok email kerja.
Atau silap haribulan sebelum cerita dia bersangkut paut dengan bershopping di Kota London, aku akan segera angkat tangan pada waiter dan jerit, "Bawak bil, dik"
Jangan silap.
Aku tak cemburu, tiada sebab walaupun aku tak pernah menikmati 'luxury' yang cuba mereka tampilkan. Tapi, internet kan dah ada. Google jer, dah cukup puas. Dua kali aku tolak usul untuk 'memindahkan aku' ke Singapura dan Hong Kong. Duduk di Malaysia, hati aku tenang dan senang.
*Jangan asyik tanya aku mana kedai denim yang bagus, atau line denim yang berkain lembut lagi berkualiti. Aku pakai raw denim tanpa seluar dalam ketat (walau cuma Nudie & Tarik Jeans, dan bukan Iron Heart atau Samurai). Lain bangsa dengan kau, pre-washed!
Sunday, April 15, 2012
mendengar
"Lu kalau tak pergi Siam, mati mata tak boleh tutup tau..." Kata Andy pada aku dengan penuh semangat.
Aku dengar dengan penuh disiplin. Hidup mendengar mesti ada disiplin. Kita sentiasa kena jadi pihak yang mendengar.
Terutama sekali berkenaan dengan cerita perempuan, ehem ehem, tempat mana murah, yang mana puas, yang mana satu kau boleh 'bela'.
Aku suka mendengar. Kadang-kala aku ikuti dengan fantasi. Itu sudah cara aku.
Pernah juga aku menjadi mangsa untuk mendengar seorang kawan berceloteh. Tentang macam-macam. Err lebih kepada dongeng atau mitos. Aku tahu dalam sepuluh patah dia cerita, seluruh abjad umpama mahu ejek dia kembali, "Tipu lah lu cerita"
Jadi apakah keperluan untuk aku mendengar? Macam aku cakap tadi, 'diikuti dengan fantasi'. Sambil dia berceloteh mitos diri sendiri ( cerita tipu dia ), aku dengar sambil merenung sekali-sekala pada celahan buah dada.
Give and take. Tipu kalau aku tak perlu merenung pada bahagian tersebut.
Dia bagaimanapun bukan jenis yang aku suka bawa mendengar sembang hingga ke atas katil. Mulut dia berbau bila mula mengerang.
Ramai lupa akan kepentingan mengosok gigi dan berkumur.
Bau nafas mengurangkan rasa sensasi seksual. Listerin punyai taraf yang sama seperti kondom.
Berbalik kepada cerita asal. Andy ajak aku pergi Siam untuk memantat.
"Nanti mata tak boleh pejam woo.." Berulang kali dia meracun.
Babi punya kawan.
Aaah, yang penting malam ini, mata aku kena pejam. Esok banyak kerja mau bikin.

Monday, April 9, 2012
Alasan
Dee Dee Ramone menulis antara bait terhebat,
"Tattooed your name on my arm. I always said my girl's a good luck charm.
If she can find a reason to forgive, Then i can find a reason to live"
Rangkap terakhir buat diri aku. Untuk segalanya. Buat semua, aku tak tahu, tak pernah tahu, mungkin akan cuba untuk ambil tahu.

Sunday, April 8, 2012
fragmentasi dari mesin (atau novel Kasino)
"Dude, aku dah kalah dekat seribu minggu nie je"
Itu orang sebelah kanan aku. Yang sebelah kiri?
"Pantek! dua ribu setengah"
Kau nak salahkan Baccarat, senyuman perempuan Filipina yang putar Roulette atau novel Kasino?
Dua ekor ini salahkan aku sebab biar mereka terpengaruh kembali ke arena 'mesin'.
Tak boleh tahan bila kita cuba mengalihkan kenangan ikan lumba terbang melintas atau seekor beruang
memanjat tiang pokok, kan? Itu semua bonus.
Cerita dan tips yang terkandung, lebih kurang tidak , adalah berguna.
Cuma bila kita tamak, ada impian dan mahu ikut nafsu firaun masa bina piramid?
Hancur, sial...
Yang bahagian rajin sembahyang itu, tak pulak ikut.

Ini adalah novel yang patut semua 'kaki mesin' yang sudah bersara, jauhi!
Aku? kalah lima ratus.Babi!

Sunday, April 1, 2012
pergi
Aku tulis dalam tertekan.
Dia suka buat sesuatu benda gelisah, nampak hebat dan kelakar.
Kambing, kucing atau semuanya.
Kari Landak atau lidah Seladang.
Perut boroi, pantai Port Dickson.
"Datang Bahau bawa rokok. Ude nak."
Aku tak dapat nak tulis kesemuanya.
Moga tenang disisi Nya, Pak Ude..

Thursday, March 29, 2012
Tempat memancing aku
Aku curi image dari web entah mana.
Nampak pokok sawit sebelah kiri?
Itu tempat aku ambil 'lesen' untuk memancing udang.
Diantara hari-hari terbaik dalam hidup yang kita takkan mampu lupakan.

Thursday, March 1, 2012
Bidadari kurang menjadi
Dia, Bidadari Perjalanan.
Bukan susah nak cari pun. Dimana-mana pun dia ada. Maksudnya, dalam gerabak ini. Sama sahaja, pusing terbalik, naik turun bendanya tetap satu. Walau beribu hentian wajib.
Payah hendak lari dari khayalan, ini bukan pertama kali. Bagaikan imaginasi walau untuk seminit, sejam mahupun setahun. Bidadari ini merangkul tubuhnya setiap kali ada cubaan untuk bangkit dari sini.
Bidadari ini takkan lepaskan dia.
"Aah, celaka..aku mahu pergi!!"
"Duduklah dahulu untuk seminit lagi..Lagi pun Ridwan dah janji, kan?"
Tak terdaya untuk bangun mahupun melawan. Kakinya mengeras tak boleh untuk bangkit. Ini alam nyata yang berpaksikan mimpi. Segala doa tak menjadi. Bagaikan beribu tahun tanpa hentian masa dia disini.
Dia pasrah untuk keberapa kalinya.
Sepatutnya ini hanyalah perjalanan yang ringkas. Dari satu stesen ke stesen yang berikutnya. Destinasi mudah, sepatutnya kalau ikut jadual perjalanan.
Selasa pagi,
Dia seperti biasa bersiap ringkas awal pagi. Diniatkan setiap hari dari Isnin hingga Jumaat,selepas solat subuh, untuk pergi bekerja, mencari rezeki.
Dia bukan tiada kenderaan, cuma selesa berposak-posak dicelah umum mengunakan perkhidmatan keretapi ketempat kerja. Jimat perbelanjaan.
Namun atas siulan yang terlaknat, perjalanan menaiki keretapi ke tempat kerja kini menjadi transit sesal dan syurga-neraka bergerak.
"Awal kau datang hari ini" tegur abang kaunter tiket.
"Takut lewat lah bang. Ada banyak kerja tak siap kat pejabat." Balas Ridwan.
"Tak pernah-pernah abang jual tiket tu tegur aku.." kata Ridwan sendirian selepas meninggalkan kaunter tiket.
Awal pagi, belum ada pun orang datang menunggu keretapi. Ridwan duduk dibangku stesen, menunggu.
Bunyi hon yang kuat, menandakan keretapi sudah hampir tiba. Dia menoleh kiri-kanan.
Belum ada orang lagi. Sedikit hairan, tapi apa peduli
Keretapi tiba, pintu gerabak dibuka dan dia masuk lalu duduk ditengah-tengahnya. Lapang tanpa sesiapa kecuali seorang gadis berbaju kurung putih dihujung kanannya.
"Awak hendak ke tempat kerja, ya?" Tegur gadis manis berbaju kurung putih yang kini duduk disebelahnya.
Laju pula dia bergerak, hatinya tertanya.
"Aah," Dia balas dengan senyum pendek disaat mindanya menjadi sedikit mengantuk.
"Sejuk juga ya pagi ini." Seakan mahu ajak berbual.
"Iyalah, lagipun tak ada orang pun dalam gerabak ni, mungkin suhu aircond jadi rendah." Jauh pula dia membalas kali ini.
Tak terperasan langsung yang keretapi ini bergerak dengan perlahan sekali. Ada lebih kurang sepuluh stesen harus direntas sebelum dia tiba ke destinasi. Untuk pagi ini, lima belas minit berlalu tanpa menempuh stesen yang kedua. Dia langsung tak menyedarinya.
"Saya Asmara." Dia menghulur tangan, salam perkenalan.
"Haa? err saya Ridwan" balas pendek seraya menyambut salam perkenalan itu.
"Ridwan? ermm nama malaikat penjaga Syurga. Indah kan?" senyum gadis tersebut.
"Err, iya.. Nama Asmara pun apa kurangnya.." Ridwan balas sambil tergelak kecil.
Di pandangnya Asmara dari bawah keatas. Manis sungguh rupawan ini. Terlihat sungguh keayuan Asmara. Bak wangian kasturi, kulit yang putih bersih, rambut lurus panjang ke bahu, dan ya..buah dada yang terhias cantik dibalik baju kurung putih. Akal Ridwan mula menjadi sedikit nakal, dek terdorong dengan tiupan nafsu awal pagi.
Selanjutnya, mereka berdua hanyut dalam perbualan panjang. Cerita tentang macam-macam. Dari laut hingga kedarat. Langit tinggi hingga turun kebumi. Lupa Ridwan pada tujuan asal mahu ke tempat kerja. Tak dihiraunya lagi tentang gerabak yang dinaikinya kini, tak pernah singgah dimana-mana stesen. Hanya bergerak, cuma kini makin laju.
Asmara yang berada disebelahnya senyum manis. Bak bidadari, ulang hati Ridwan banyak kali. Jatuh cinta dia untuk perkenalan yang sekejap ini.
"Seronok saya dapat berborak dengan awak, Asmara" Kata Ridwan.
"Saya pun, kalau boleh tak payah berhenti ya?" balas gadis tersebut dalam bentuk pertanyaan ikhlas.
"Iya, kalau boleh saya tak mahu turun dari keretapi inilah..hahaha" Ridwan tergelak sedikit tanpa menyedari sedikit pun yang tangannya sudah pun mengenggam erat tangan gadis tersebut.
"Betulkah, Ridwan?" Senyum balas gadis tersebut bagaikan mengiyakan suatu akad, persetujuan antara dua insan.
"Iya Asmara. Walau untuk seminit pun tak mahu saya keluar dari gerabak ini."
********************
Biasanya dia datang duduk bersebelahan. Pakai Baju kurung putih, celak yang agak tebal. Bila dia tegur, jawap hanya sepatah. Jangan sesekali memanjangkan perbualan. Kau takkan dapat menghidu siapa dia pada awalnya, namun dalam hati akan ada bisikan mencengkam, "Jangan..jangan berbual dengan dia.." Setelah itu terjadi, bisikan nafsu mencelah, "Apa salahnya berkenal-kenalan"
Itulah silap yang kau takkan dapat tebus walau mohon rayu untuk meminta kembali jiwa yang telah terbeli dalam akad yang tidak sah.
Akibatnya, kau takkan dapat meninggalkan gerabak ini walau untuk seminit sekali pun. Hidup mati sampai kiamat, hanya untuk memandang tingkap melihat pohon-pohon dan bangunan-bangunan, bersilih ganti dalam gerabak yang takkan berhenti.
"Temankan Asmara untuk seminit dua, ya?"

Monday, December 12, 2011
masa-masa macam ini
"It's times like these you learn to live again,
It's times like these you give and give again,
It's times like these you learn to love again,
It's times like these time and time again;"
Ya, 'Time like these', aku lewat bangun untuk hari ini.
Jam berdering untuk 0930, pagi. Setakat itu sahaja ikhlas aku untuk lewat.
Bangun, campak tilam, serbu bilik air.
Marahkan pada layanan lewat malam, marahkan pada sesiapa, marahkan pada apa sahaja yang mengikat kelewatan aku.
Teman serumah, terpinga-pinga bangkit dari sofa mencari telefon bimbit, mengosok mata sepet dan mengaru-garu celahan dada.
"Kau lewat?"
Ada sesetengah pukimak, kau perlu kenal hati budi sebelum melontarkan ayat neraka.
"Yelah, pepek!"
Yang diatas , tak perlu.
Aku bersiap ikut peraturan dari bawah ke atas. Kemas itu perlu. Long sleeve biru dan seluar hitam.
Sarung Doc Marten usang dan mula menapak ke arah stesen komuter.
Ini keistimewaan rumah sewa. Dekat dengan stesen komuter. Hebatnya hidup.
" I am a new day rising, I'm a brand new sky.To hang the stars upon tonight"
Capai Touch n Go, tekap pada mesin untuk buka laluan, lalu telefon bimbit berbunyi untuk satu text gampang.
"Konek, hari ini Selangor cuti lah"
Sunday, December 11, 2011
rumah sewa
"Jom bayar duit sewa"
Aku angguk, buka wallet, hulur duit.
Aku tak menyewa disini, lagipun. Hanya untuk melepak , melepaskan lelah dan bersembunyi dari hiruk pikuk bunyi bising jiran dirumah.
Jarak perjalanan yang agak jauh dari rumah ke tempat kerja membuatkan aku hilang punca.
Mujur ada rakan yang menawarkan transit.
Disini aku lebih dekat dengan komuniti sealiran. Jenis bekerja tak tentu masa, silang sana-sini.
Dekat dengan stesen komuter, belakang rumah.
Inilah 'dark asylum'. Kecuali bila lapar, aku perlu ke gerai berdekatan. Tiada konsep dapur.. Singki ada, dapur masak tiada.
Dulu ada peti sejuk dan mesin basuh, sekarang sudah dibawa keluar oleh seorang lagi penghuni yang
beranggapan berulang-alik dari Putrajaya-Pelabuhan Klang adalah dekat.
Tak mengapa, kedai dobi dekat.Peti ais? 7E ada.
"Kau nak ikut aku pergi bayar duit sewa tak?"
Aku geleng. Malas, kan? Lagipun, ini bukan rumah sewa aku.
Selama ini hal ehwal duit rumah sewa diuruskan oleh tuan punya 'peti sejuk dan mesin basuh'.
Kini, tinggal bertiga, termasuk aku yang menumpang. Aku cuma bekalkan sabun untuk mandi dan ubat nyamuk.
Relaks dan santai.
Selang 10 minit, dia kembali sambil terajang pintu rumah.
"Celaka, kat mana rumah dia?!"
Aku dah kata tadi, malas nak ikut.

Sunday, December 4, 2011
Biarkan malam ini
"Don't you know promises were never made to keep?Just like the night, dissolve in sleep."
Sakit belakang yang membunuh. Payah untuk aku duduk begitu lama menyelesaikan laporan-laporan cilakak.
"Awak akan hidup lama, jangan bimbang.." kata dia, lima tahun lepas.
Untuk segalanya berpusing kepada waktu asal, aku sanggup tukarkan apa yang dimiliki sekarang.
Dalam keadaan ini, Tuhan tidak akan mengizinkannya berlaku.
Untuk semua ini, adalah aku yang berdiri sambil mendongak, mahu sampaikan doa kepadanya.
"Half of what I say is meaningless, but I say it so that the other half may reach you.."-Khalil Gibran
Wednesday, November 30, 2011
Time like..now?
Perhaps, I am getting old.
By the way,
Bring me up when i am down, in when i am out, switch me from backwards to forwards..fuckin' live forever

Tuesday, November 29, 2011
Sebalik rebel
"I am a man who would live an heroic life and make the world more endurable in his own sight. If, in some moment of weakness, of relaxation, of need, I blow off steam - a bit of red-hot rage cooled off in words - a passionate dream, wrapped and tied in imagery - well, take it or leave it... but don't bother me!" Tropic of Cancer,1934.
Tahun sekitar 97' hingga 99', aku berjalan diatas denai yang bersimpang siur. Ketakutan dan samar-samar pada idea dan masa depan dan mengharapkan semuanya melekat pada testikal aku.
Dalam usia tersebut, aku mahukan sesuatu yang aman damai , disebalik rebel dan kerakusan diri untuk mengenal cita-cita, atau pengakhiran membakar diri dicelah-celah kesesakan manusia.
Seriusnya, ada juga teman yang berkata "Pergi mampus semuanya...Let's just do what we can. Let's try to have fun."
Aku tak tenggelam sia-sia. Aku tak meredah ombak keganasan menjadi seorang remaja secara sia-sia.

Sunday, November 20, 2011
Menari dihujung minggu
Sebulan yang lepas , aku mengalami sakit belakang yang amat sangat. Terlalu perit sampaikan berdiri dalam perjalanan di antara stesen Subang Jaya hingga ke Pelabuhan Klang, terlalu azab.
Okay, itu minggu pertama.
Masuk minggu kedua, ego aku luntur. Pinggang aku terasa hendak tercabut sangat-sangat.
Aku pergi jumpa doktor.
"Sakit apa?"
"Macam ini doktor, minggu lepas Astro ada tayang cerita Twilight..."
"Ya, ya..pasal Vampire tu kan?" Doktor wanita ini menunjukkan minat. Sememangnya novel Twilight adalah bacaan porno bagi kaum wanita.(pun intended)
Dia siap topang dagu.
Aku tak nafikan, cedukan ke filem untuk novel berkenaan adalah sangat menarik.
Dia mungkin sekejap lagi akan suruh aku pilih antara Jacob atau Cullen.
"Lepas habis cerita tu, saya terus cari dumbbell..."
"Ini kes awak salah letak dumbbell-lah kan?" pintasnya sambil tergelak. Tergelak dengan kuat sambil pen pada tangan kanannya menunjuk tepat ke fail perubatan aku, 'Status-Bujang'.
Iya, Jacob adalah jawapannya.
Soal ego, walau sebesar mana sekalipun, dalam konteks ini ego lelaki lebih besar dari telurnya, tetap akan kalah pada perempuan.
Dalam banyak cerita, aku bikin banyak salah pada beberapa orang wanita yang pernah aku kenal. Minta maaf.
Dia beri aku ubat tahan sakit dan krim otot.
Okay, ini sahaja untuk bacaan hujung minggu kamu semua dari aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)