"Jom bayar duit sewa"
Aku angguk, buka wallet, hulur duit.
Aku tak menyewa disini, lagipun. Hanya untuk melepak , melepaskan lelah dan bersembunyi dari hiruk pikuk bunyi bising jiran dirumah.
Jarak perjalanan yang agak jauh dari rumah ke tempat kerja membuatkan aku hilang punca.
Mujur ada rakan yang menawarkan transit.
Disini aku lebih dekat dengan komuniti sealiran. Jenis bekerja tak tentu masa, silang sana-sini.
Dekat dengan stesen komuter, belakang rumah.
Inilah 'dark asylum'. Kecuali bila lapar, aku perlu ke gerai berdekatan. Tiada konsep dapur.. Singki ada, dapur masak tiada.
Dulu ada peti sejuk dan mesin basuh, sekarang sudah dibawa keluar oleh seorang lagi penghuni yang
beranggapan berulang-alik dari Putrajaya-Pelabuhan Klang adalah dekat.
Tak mengapa, kedai dobi dekat.Peti ais? 7E ada.
"Kau nak ikut aku pergi bayar duit sewa tak?"
Aku geleng. Malas, kan? Lagipun, ini bukan rumah sewa aku.
Selama ini hal ehwal duit rumah sewa diuruskan oleh tuan punya 'peti sejuk dan mesin basuh'.
Kini, tinggal bertiga, termasuk aku yang menumpang. Aku cuma bekalkan sabun untuk mandi dan ubat nyamuk.
Relaks dan santai.
Selang 10 minit, dia kembali sambil terajang pintu rumah.
"Celaka, kat mana rumah dia?!"
Aku dah kata tadi, malas nak ikut.
No comments:
Post a Comment