Sepatutnya, atau sememangnya aku mahu bicara pasal isu semasa.
Tapi kan, semua orang sudah bikin begitu.
Sebab kerananya, aku lahir dalam penulisan entri-entri yang ego, meninggi diri, mahu jadi lain, mahu rasa pelik 24 jam tanpa penemuan PMS.
Pasca anarko. Tinggalan anarchism yang aku anuti.
Seksualiti takkan merdeka, gaya homophobia, atau segalanya kini berdiri bersendirian..
Sudah, sudah. Aku mahu cari gaya tulisan macam zine yang pernah aku baca sambil bersandar pada dinding kelas.Henry Miller sudah lama mati, kembali ke tanah.
Cerita tentang mimpi, Kurt yang berhenti main grunge sebab ketemu Jimi yang pandai main gitar.Atau apa sahaja barang baik, lucah yang licik.
Disember sudah kembali. Perlukan Counting Crows untuk buang rendah diri, dan mula merasakan setiap hari adalah, indah.
In all of the time that we've shared, I've never been so scared.
Passionate, raw, exciting, beautiful and fucking colorful life could be.
No comments:
Post a Comment