Monday, December 20, 2010

Dia yang suka memerhati

Subuh sebelum aku berangkat dari rumah kecil itu, sempat berkonklusi dengan gadis bertudung.
"Lihat, matahari sedang bangkit"
"Warna berubah" kata aku.
"Banyak verstail kan?"
"Tapi masih dalam satu bentuk simfoni yang panjang"

"Kalau benar begitu, mengapa masih ada yang berputus asa?"
"Sebab mereka terpaksa pergi dan tinggalkan warna-warna tersebut mati, kejamkan?"

"Mungkin itulah ketentuanNya.JanjiNya.Siapa yang tahu melainkanNya..kan?"


Siapa yang berjanji? Kau yang berjanji? Aku yang berjanji?selalu lupa, selalu harus diingatkan.

*****************************************
Dia yang suka memerhati.
"ngeeeeee.....ngeeeeee..ngeeeeee!!!"

Aku simpan segala persamaan.Aku bawa diri jauh kedalam wilayah inter-confuse
Mengaji jauh-jauh untuk sebakul ilmu.Menghirup sepuasnya nikmat pengetahuan.

Disini, aku dan kawan sebilik.Kami berempat.Kami makan dan tidur bersama.Susah bersama, bila senang pandai kau lah.Tapi, tak mengapa.Semua redha.Ada kekurangan disebalik kesempurnaan atau 'vice versa'.Ikut dari arah mana yang kau mahu lihat dahulu.

Enam bulan selepas itu, kami sedar.Bukan berempat, tapi berlima.Sepatutnya berpasangan seperti yang dijanjikan.Alam kadang-kala mengkhianati kita tanpa sedar.Tanpa sebarang siren penggera.

Jika itu berlaku kepada kamu, sedarilah.Alam sedang berkata-kata dalam bahasa perli yang cukup memikat waktu.Jangan lupa yang Mereka tak pernah lupakan kita yang selalu terlalai.


Situasi bilik.
Ada empat katil.Ianya dalam bentuk katil dua tingkat dari kayu kulit keras dan tahan lama.Bersambungan dengan meja menelaah yang mengadap tingkap.Dihujung yang lain pula, kedua buah katil dua tingkat ini bersambung pula dengan almari pakaian.Dua unit untuk setiapnya.Ada sebiji cermin yang berukuran 6 kaki tinggi bersebelahan dengan pintu.Jika buka pintu dari luar, nampak almari pakaian dibelah kiri dan kanan.

Katil no.1 dibawah milik al-Razi, bertentang dengan katil no.3 milik Yoki.Mereka rakan sekuliah.Malik dapat nikmat tidur atas ihsan dari kami, berada di katil no.2, diatas al-Razi.
Kami tak pernah sebulu, namun itulah yang berjaya menyukat nilai kimia egois tepat agar dapat bersama sebilik untuk satu tempoh jangkamasa yang agak lama,tiga tahun.

Tiada apa barang yang penting kami bawa untuk tinggal bersama.Cukup hanya yang penting-penting.Tiada ayat suci menghiasi dinding bilik, cuma dengan lakaran pensil tulisan ALLAH & Muhammad dalam tulisan jawi ihsan dari bekas ahli bilik sebelum kami."Setiap tinggalan yang ada disini, bersebab dan tak perlu berdiskusi mengenainya." Pesan Abang Sabri.

Orang asing.
Perkara berlaku.Perkara terjadi.Aku tahu.Kami semua tau.Ahli bilik berempat semua tahu.Tapi diam, mengikut perjanjian tanpa ikatan..."mulut jangan cabul"

Ini yang berlaku, bila pertama kali aku sedari kehadirannya.
Malam lewat jam 2 pagi.Lampu sudah malap.Tingkap terbuka sedikit dengan langsir dibiarkan terselak untuk menikmati tidur bersiramkan cahaya bulan.Tiga orang lagi aku kira sudah lena dibuai mimpi.
Sukar untuk aku pejamkan mata.Katil atas.Ketinggian kadang-kala membunuh nafsu untuk tidur,saudara kepada mati.
Aku beralih kiri dan kanan.Sekejap terlentang, sekejap meniarap.Lemas pada kegelapan walau disiram cahaya bulan dari luar bilik.

Selang setengah jam selepas itu, aku terasa satu kepelikan.Satu entiti asing aku rasakan hadir dalam bilik ini.Mungkin satu, mungkin dua.Agaknya.Aku mengiring kearah rakan dikatil atas bersebelahan.Si Malik.Tidur dalam keadaan mengiring sambil satu-satunya bantal yang dia ada, menekup ke muka.Si Egois ini jarang sungguh tidur gaya semacam ini.Tidur gaya penakut.

Mata aku meliar sedikit jauh tanpa ada satu pergerakan dari sendi dan otot badan.Terlihat aku satu susuk lembaga berkain putih mengadap cermin.Sedang menyikat rambutnya yang panjang menggunakan jarinya yang panjang.Wajahnya menghadap cermin, tak terdaya mata aku untuk memandangnya.

Ini adalah satu kecelakaan yang boleh menyebabkan aku terkejut,takut dan mungkin terkencing.Diam lama aku memerhati sambil mengira apa langkah seterusnya.

Tiba-tiba terdengar lembaga putih itu bersuara agak garau.
"Katil nombor satu sudah nyenyak tidur, katil nombor dua tak boleh nak tidur"
"ngeeeeeee..."
"Katil nombor tiga tertoleh-toleh,katil nombor empat pula buat-buat tidur...ngeeeee"

Implikasinya? Gunakan sedikit imaginasi kamu semua membayangkan apabila Si Malik meloncat kebawah langsung ke al-Razi yang kaget terjaga, terpinga sambil menarik selimut menutupi tubuh mereka berdua.Aku pula tiada pilihan melainkan untuk melompat juga kearah katil al-Razi untuk berkongsi sama ketakutan.Yoki, agak perlahan namun konsisten, bingkas bangun dan berlari menghempap kami bertiga bersama selimut yang dia bawa bersama.

"ngeeeeee.....ngeeeeee..ngeeeeee!!!"
Lama juga kami terpaksa dengar lembaga ini merengek dan merepek dalam beberapa bait perkataan yang tak tertangkap dek otak.
"wuuuuu..wuuuuuu.wuuuuuuu!!!"
Dia menangis pula.

Aku,al-Razi, Yoki dan Malik bagai kehilangan waktu untuk mengira detik-detik sukar ini.

Kami 'nenyak' tidur sampai ke pagi.Hanya bila azan subuh berkumandang, barulah berani untuk mengintai dibalik selimut.Keadaan sudah kembali tenang.Kami diam lagi sehinggalah terdengar bunyi suara ketawa datang dari arah pintu yang tiba-tiba terbuka luas.
Suara Abang Sabri.
"Kah Kah Kah..hangpa nie semua buang tebiat kaaa? dah jom gi Awis"

Siangnya, kami menelaah dimeja sambil mendengar al-Razi mengomel panjang.Jeling-menjeling berlaku antara aku, Malik dan Yoki.

"Celaka, siapa yang terkencing atas katil aku malam tadi!!!!! hancing satu macam!"

2 comments: