Sunday, March 13, 2011

puding..puding..puding

'puding..puding..puding'
Dia terdengar jeritan itu berulang kali.
'Hoi, bila lagi?' jerit sang penjual ikan.
'Ala..nanti-nantilah'
Subuh mula menghilang. Ditangannya ada satu plastik hasil belian dipasar; Ikan cencaru (dan beberapa sayuran segar, termasuk karot dan kentang) , letak plastik dalam bakul motor.
Menderu laju motor yang ditunggangnya meninggalkan pasar.
'Balik mau goreng. Garing-garing.' sudah terbayang dalam fantasi minda.
Matahari mula tegak diatas kepala. Tatkala ini dua-tiga ekor jin tanah mula keluar berkeliaran untuk mencari makan.
Dia mula beralih ke dapur. Mahu panaskan kuali. Minyak masak mestilah dalam keadaan 'perfectos' jika mahu ikan goreng yang garing.

'puding..puding..puding'
Dia buka tingkap dapur.
'Allo, bila lagi?' jerit jiran belakang rumah
'Ala..nanti-nantilah'

Selesai menggoreng ikan. Nampak rangup. Dia lupa tanak nasi.
'Ala ratah sahaja'
Matahari mula hilang dibalik awan. Cuaca jadi redup.

'Macam hendak hujan' dia bilang sendirian.
Dia terus kebilik air, capai bakul kosong.
'Angkat kain jemuran sebelum hujan turun' dia congak mengikut kadar mendung.

'puding..puding..puding'
Leka dia mengumpul pakaian dijemuran.

'Awak, bila lagi?' sapa gadis sebelah rumah yang berkebetulan sedang ligat mengangkat kain dijemuran juga.
'Ala..nanti-nantilah'

Semua jerit tanya-tanya pasal benda yang sama.
'Miss-communicado yang sungguh incognito' katanya.
Dalam pada itu, hujan pun turun selebat-lebatnya.
Dia masuk kedalam rumah. Capai 'remote' televisyen. Petang begini enak kalau melayan drama sinetron (kalau ada lah, penulis sudah lama tidak menonton televisyen)

'Krringg!!!!!...Krringg!!!!..Krringg!!'
Telefon berbunyi.

'puding..puding..puding..'

Dia sahut panggilan, tapi sebelum itu,
'Sayang, bila lagi?' corong telefon berbunyi, kekasihnya telefon.
'Ala..nanti-nantilah'

Dia sambung semula aktiviti melayan drama televisyen. Senja bagai mahu beranjak kepada kegelapan yang mutlak.
Dia bangun lalu menuju kearah pintu.'Lihat, masih lagi hujan' katanya sendirian.
'Mana sinar bulan, mana limpahan bintang?' sambil dia pandang keluar rumah.
Dia terdengar pula satu seruan (dari pembesar suara) sayup-sayup dari luar rumah.
Mungkin ada esok lagi peluang untuknya berkata 'Ala, nanti-nantilah'?
'Ah, celaka sungguh aku kerana masih dalam kerugian'

Perlahan, dia bangun menuju kebilik air.

*****************************

Kelmarin dia sudah 'pasang hajat'. Hendak berubah, dari 'tak pernah' kepada niat untuk mengerjakannya.
'Perlahan-lahan, aku mampu berubah'
Habis canang 'satu kampung', untuk mereka mengingatkan dirinya yang selalu alpa.

Hari ini dia dapat 'satu' yang sepatutnya 'lima'. Yang wajib-Lima. Tak boleh kurang sepatutnya- kan?
'Ala, untuk permulaan'

'Puding, puding.. Bilalah mahu sempurna yang lima?' Arwah datuknya pernah bertanya.




***Aku saje tulis cerita macam ini.Hanya untuk mengerti sendirian.Tak, aku jarang bersembahyang.

No comments:

Post a Comment