Membaca itu, satu nafsu tak seperti mana menulis, yang ada satu (atau dua atau beribu) kesukaran.
Diatas adalah frasa yang hadir pada hujung minggu aku yang paling terkini - sehingga ini ditulis, sekarang.
Sedikit demi sedikitlah, atau berpura-pura kita ini ada anjakan.
(Berpura-pura adalah imej bagus untuk kita sebenarnya. Ia acapkali memberikan pesona yang semua orang tahu, kau berpura-pura)
Atas nama lubang bontot Zeus;
Walaupun aku tahu, ini malas.
Aku malas kerana sekarang sudah semakin sempit ruang untuk diteroka - memori lama.Mungkin kehabisan, atau bersembunyi dicelah-celah kemaluan aku.
Diatas adalah mengenai kemalasan untuk menulis. Ruang rekacipta untuk aku menulis ini sebenarnya, kecil.
Semacam;
Kepala ada idea, tapi tangan selalu sibuk. Bila sudah tidak sibuk, tangan (tiada mulut) untuk bertanya pada kepala, yang pelupa.
Kepala dalam konteks ini, tidak berpura-pura. Cuma malas hendak ulang dua tiga kali.
Bagaimana pula dengan membaca?
Ya, aku baca juga.Ada sedikit, sekali-sekala saat terperosok dalam himpunan manusia didalam tren komuter. Seringkali hanya untuk
'menyegarkan' memori aku tentang plot cerita pada buku yang aku genggam.
Iya, memegang buku semasa menunggu ketibaan tren adalah efek 'champion' yang terkini. Jauh lagi hebat dari menggunakan Iphone, atau Ipad, atau Ipod, atau pun Ilancau. (Atau berlagak 'cool' semasa memegang batang besi dalam gerabak)
Aku dalam proses untuk menyudahkan bacaan buku Tropic of Cancer,(sepatutnya ada fullstop, tapi aku tegar) namun (seperti biasa) sibuk dalam hal ehwal kerja. Isinya bagus, jalan ceritanya menarik, zakar boleh tegang.Setahun aku tunggu.
Oleh kerana mempunyai lebihan dalam akaun, aku beli juga 'cewah' (blook). (Okay, ada fullstop)
Apa lagi yang aku beli dan sudah selesai baca? The Color Of Magic, karya Pratchett. Humor dalam fantasi Discworld tak pernah gagal untuk buat aku gelak- sama seperti orang lain yang pernah membacanya. Ianya lebih hebat dari melanggan pelacur (dapat klimaks, secara amnya)
Antologi Body2Body membuatkan aku mengenali semula seorang sahabat sekolah rendah.Bagus. (Juga, fullstop)
Apa lagi? Tiada. Kau ingat aku ada masa?
No comments:
Post a Comment