Monday, November 29, 2010

engkau aku

"Alaaa, u lah.."

Apa pulak? Aku? Apa pasal?

"Alaaa, u lah.."

Masa dan ketika , aku jadi agresif, dalam hati.

"Alaaa, u lah.."

Susah sangat.Lagi-lagi aku.Sampai mampus aku jugak.

Tak payah! aku boleh makan dan bayar sendiri.

Tuesday, November 23, 2010

Menunggu

Sejuk.
Aku menunggu lama.Tengok jam.Sudah menunjukkan jam tiga petang.Menyandar aku pada kerusi plastik.Menanti aku pada panggilan jururawat.Aku tunggu keputusan ujian perubatan.Aku bawa teman yang berada disebelah kerusi plastik,toleh kiri-kanan.Jenis tak tahu duduk diam secara statik.
"Kita patut bawa PSP untuk hilangkan kebosanan"

Bau ubat sudah naik dalam kerongkong.Aku tak suka bau ubat.Tak alergik, cuma aku tak suka.
"I am a sick man… I am a spiteful man. I am an unpleasant man. I think my liver is diseased." kata seorang penulis Russia.Dia tulis dalam bahasa Russia.Aku baca yang telah diterjemahkan dalam bahasa yang semua orang boleh faham.

Orang kata, kau akan rasa dekat dengan Tuhan bila datang sakit.Kalau tidak, Saidina Umar  takkan menangis bertanya mengapa dia tidak demam,kan?

Sekarang ini, aku rasa mahu keluar dari hospital, jauh dari kompaun dan mahu merokok kembali.
Jururawat jalan laju-laju.Ada orang atas kerusi roda, ditolak oleh seorang remaja.Dia bekerja disini juga.Pakai vest hitam ada lambang hospital.Kerusi kiri-kanan penuh dengan manusia.Mereka duduk, sabar menanti panggilan.Jumpa doktor.Menanti untuk diagnosis.Ambil ubat.Tunggu keputusan ujian.

Kalau jenis yang tak tahan sabar, mereka mengamuk "Ini Hospital berbayar!" Dikatanya doktor lembab, jururawat tembel.Padahal kau datang lambat untuk temujanji perubatan.

Aku dalam kategori yang terakhir.Tunggu keputusan ujian.Seminggu lepas dikatakan terkena demam denggi.Aku anggukkan sahaja walaupun aku tahu, ini tonsil punya pasal.Hari terakhir, doktor kata "Kamu harus buang tonsil".Aku masih minta tangguh.

Aku suka pada suara aku sekarang ini.Nanti bila buang tonsil, suara jadi macam itik jantan.
Minggu lepas, empat hari dalam wad.Dua orang dalam satu bilik.Aku baring rehat.Seronok sebab ada Astro.Alat kawalan jauh juga dberikan.Makan sedap, bil kompeni yang bayar.Ikut perjanjian kerjaya, 7K untuk perbelanjaan perubatan setahun (tak termasuk jika aku mati ketika dalam tugasan).Ini lebih baih dari duduk di hotel yang ada bintang.Bila mati, lain cerita.

Yang tak seronoknya, tangan kiri dicucuk dengan jarum.Ada tiub getah yang dinaikkan setinggi Empat kaki.Penghujungnya ada air yang diletakkan dalam satu gelembung plastik.Selang beberapa ketika, jururawat akan injek ubat kedalamnya.Biasanya warna putih, air aku kira.Kadang-kala mereka injek, keluar warna kuning.Aku perasan satu malam, warna biru dalam gelembung plastik tersebut.
Aku tak maklumkan pada keluarga.Tak payah susahkan sesiapa.Aku check-in sendiri, aku keluar sendiri.Bil bukan aku yang bayar, kan?

Tonsil memang buat sistem badan aku lemah.Tekak jadi sakit.Badan jadi longlai.Nafsu makan hilang.Minum air manis tak terasa gula.Rokok punya pasal.Biasanya aku selesaikan dengan menghisap gula-gula lozenge.Terlalu malas untuk membelinya, lalu tonsil serang kuat.

Rokok membahayakan kesihatan dan membazirkan wang.Yang pertama aku setuju, tidak pada yang terakhir.Rokok aku percuma.Atau sekurang-kurangnya, selagi aku masih bekerja.

Doktor klinik kata , jangan beli yang ada dikedai.Hendak lozenge, datang ke klinik.Yang terdapat dikedai itu, tidak bagus.Aku tahu, itu semua tipu.Kalau sudah beli dikedai, buat apa ke klinik lagi, kan? Rugilah para doktor yang membuka klinik untuk orang yang ada sakit tekak macam aku.

"Awak, keputusan sudah keluar" kata sang jururawat sambil menyerahkan fail warna biru pada aku.Didalamnya ada keputusan ujian perubatan aku.Semuanya okay, sihat kembali.Macam biasa.Aku selak-selak sedikit.Memang, semuanya okay.

"Wah, mereka bikin ujian HIV pada aku juga" antara kedengaran atau tidak, aku berkata.
Teman sebelah aku menjeling jauh.Dia tak masuk campur sangat.Tapi, dia hendak juga bersuara.

"Wait, that's one is negative right?"

Nasib baik kau yang drive.

Sunday, November 21, 2010

Jauh

"Beauty is a terrible and awful thing! It is terrible because it has not been fathomed, for God sets us nothing but riddles. Here the boundaries meet and all contradictions exist side by side." - Fyodor Dostoevsky

Ambil masa untuk mengenali keadaan sendiri.Aku bukan dalam kondisi seperti dahulu.Aku bukan lagi riang-riang meloncat-loncat.

This is so fucking nightmare!

Kopi sampai ke meja aku.Buka penutup tumbler.Ada diskaun RM2 sebenarnya.Aku celup jari kedalam bekas tumbler.Suam panas.Aku jilat jari.
Dalam hati aku berkata; "Beritahulah pada semua orang, bahawa kamu semua bahagia tanpa aku menganggu jasad seluruh umat"

Jiwa aku selari dengan kesakitan Lucifer.Naluri aku terpendam dengan niat anak-anak gadis Noah.

Harapan aku, ada yang menanti disebalik pintu pagar.Menyambut kehadiran aku yang terluka kesakitan, teraniaya, terumbang-ambing.

Aku jual jiwa untuk satu kenikmatan, kegembiraan yang sebentar.Aku jilat kasih sayang demi perintah yang diminta oleh berjuta sel dalam kepala.

Demikianlah, pengakhiran aku.Menanti, terseksa, sadis dan luka berdarah direjam sepanjang perjalanan pulang.

menyusun batang mancis

Adakah menjadi kebiasaan untuk menuang segala kegembiraan yang ada kedalam satu mangkuk plastik.Biarkan untuk semalaman.Pagi, bangun, lihat dan tuang segala yang ada ke dalam singki.

Kiraan tempoh kehidupan umpama mengeluarkan kesemua batang mancis dari kotak dan kita susun secara bersiri.

Kembali kepada mangkuk plastik tadi.Petang, selepas pulang dari kerja.Ambil mangkuk tersebut dan letak di ruang tamu sebagai perhiasan.

"empty decorations"

Wednesday, November 17, 2010

insanity 3

I need to argue with you just to know my own mind

Sunday, November 14, 2010

Nasi Ayam

Pada satu peringkat kehidupan, ada seorang insan prihatin suka tanya aku soalan-soalan pelik macam,

"Antara seks dan alkohol, yang mana satu kau kenal dahulu?"

Aku jawap, "Nasi Ayam kedai Cina"


Tahun '95 ;

"Jom ikut aku, kita rehat kat luar macam biasa.." kata Rashid.

"Tak mampus ke kalau kena tangkap? Selalu sangat"

"Kau takut pehal? Nak ikut ke tak?"

Jadi, seperti biasa kami berlari ke arah pagar sekolah.Lompatan perlu cantik, tapak kaki tak perlu berbunyi banyak sangat.Jangan kecoh, nanti kena pulau.Jangan lupa beli rokok awal-awal.Ini era '90an, era dimana semua budak sekolah pakai seluar lilit kaki mesti mahu 20inci keatas.Erra Fazira pun masih lagi gebu, berlakon dalam filem Sembilu.

Waktu rehat sekolah sessi pagi: Kedai Samsu.

Aku duduk bersama beberapa rakan senior.Penat berlari tak hilang lagi.Pesan kopi dan roti stim sapu kaya.
Cepat sangat habis makan sebab berkongsi dengan Si Rashid.Badan dia besar, kuat makan.Seperti aku, suka melihat perempuan berdada besar.
Sekarang sudah jadi orang buruan polis.

Semeja dengan aku, ada Pesot sama Perut dan beberapa orang lagi otai sekolah.
Tengah makan nasi ayam.Seperti biasa, memang tiada sifat ajak-mengajak dalam hati mereka.

"Bila masa sini ada gerai nasi ayam?" bisik Rashid.
Aku diam tak menjawap.Selesai roti aku jamah, isap rokok dengan kaki bersilang.Masih lagi lapar dan tak puas. Babi punya Rashid.


"Psst...kau rasa halal ke?" Rashid tanya aku.

"Entah.." Ikhlas, aku masih terpinga-pinga.
Ini kawasan kedai makanan cina.Belum ada Melayu yang berani bersaing niaga disini.
Melayu berani nak jual berasaskan konsep "Economy Rice" ? Jual makanan yang sedap, panas dengan harga murah.Pelanggan tetap ramai.


"Boss! kasi tambah kicap atas ini ayam" Pesot menjerit kearah kedai sebelah.
Kedai makan cina.Berlari seorang pemuda Tionghua, pakai apron kuning bertulisan Cina.Ambil pinggan ayam yang dihulur oleh Pesot.

Aku terasa berada dalam satu kelompok melayu yang pelik.Pemalas bila masa belajar tapi cerdik bila hendak hidup.Jenis bila bawa basikal ke sekolah , tak pernah fikir hendak kunci atau mangga supaya tak hilang.
Tak kira halal haram.Menarik!

"Boss!! kasi satu pinggan nasi ayam.Ayam sama kicap lebih!" Aku jerit pada kedai sebelah.

Perut yang baru selesai menjamah nasi ayam, senyum.Capai kotak rokok milik aku , ambil sebatang dan nyalakan.Jenis bangsa tak tahu minta izin kalau nak sesuatu.

"Kau nak tahu satu petua bugis?" Si Perut mula berbicara.

"Apa dia?"

"Kalau hendak, minta.Tak bagi? Rampassss!!" Jawap Si Perut sambil tersengeh.Patutlah perut kau buncit, ye tak?

Pemuda Tionghua itu kembali dengan pinggan ayam milik Pesot dan sepinggan nasi ayam untuk aku.

Selesai makan,
"Besok nak order itik pulak" kata aku kepada Rashid.

Ulang semula

Bila aku membuat kesilapan, biasanya aku akan biarkan sahaja.

Jadi relic, jadi tinggalan, mereput dan jadi baja kompos.Lepas itu, kitar semula.Guna balik.
Jangan membazir.

Ada masa, aku tercari-cari button 'Undo' dalam kehidupan.

 Bila jadi begitu, aku akan cuba jauhi komputer untuk tempoh selama mungkin.

Pengaruh tab/button UNDO kuat sangat.Sial.

makan 1

Sebagai seorang manusia yang..err..manusia..
Aku agak lurus dalam satu-satu hal.Okay, kadang-kala aku buat putar belit.Ikut suka.

"Fools follow rules when the set commands you."- RATM

Datang satu fakta yang baru aku sedari.
"Kalau dah satu tempat kau pergi makan, kat situ lah kau pergi sampai kedai tu punah ranap.Lepas tu baru cari kedai lain"