Monday, January 17, 2011

Nota untuk gadis berumah ditepian pantai

Somewhere and somehow.

Pada masa itu, aku terpaksa.Untuk mengetahui sejauh mana.Ya, bergaduh, mencari pasal tak tentu hala untuk aku tahu apa yang bermain difikiran.Seseorang yang pernah rapat, tidak pernah aku bertentang mata.

Bukan kamu dan kamu semua.Tapi untuk dia yang takkan membacanya.

Dia yang mempunyai bilasan logik akal yang boleh mencerna segala tindak-tanduk kegilaan dunia.
Dia yang kini mempunyai ruang gembira infiniti, melaut jauh kearah bintang-bintang utara.
Jasad bebas, mahu terikat.Jasad angkuh dengan kemesraan.

Untuk gadis berkenaan, aku tak rasa gila, atau hilang akal atau menjadi pencari pasal.
Untuk gadis berkenaan, demi setiap bintang yang pernah kita cuba wujudkan.Walau naluri dan logikal kamu melebihi dari segalanya.

Logik.
Untuk setiap lubang fantasi, ada tersumbat logikal.Tidak dibiarkannya ruang itu bebas.
Itu sandaran dia pada setiap masa.Walau berada dalam situasi fantasi rumah besar berpagar kecil ditepian pantai.
Logik.
Supaya dia takkan terpengaruh untuk meninggalkan rumah besar tersebut untuk langsung kearah lautan luas.

Itu fantasi dia, itu pilihan dia.Aku tinggalkan.Tanpa sedikit cemburu atau iri hati.Tanpa niat untuk mencuri bintang-bintang bercahaya yang dia ciptakan untuk dirinya.

Aku harap, fantasi itu tetap wujud.Fantasi rumah besar berpagar disekelilingnya.

Terbuka segala jendela untuk para angin  lautan menjengah masuk, meniup tubuh, mengoncang naluri, menarik minda menari-nari.
Aku harap apa yang pernah dia dan aku ciptakan kekal dalam illusinya.

Selamat Malam untuk setiap malam yang aku akan terlepas untuk aku bicarakan padanya.Langit itu bukan milik aku untuk menumpang, berkongsi dengan dia.Langit itu tinggi dengan bintang-bintang berkerdipan yang hanya dia yang mampu jelajahi.

Bukan cinta.Hanya kepercayaan.

Thus,
"I need to argue with you just to know my own mind"

No comments:

Post a Comment