Thursday, January 6, 2011

Surat Berdarah Untuk...

Tok Kuku Panjang.

Seumur hidupnya diabadikan disini.Maksudnya, dalam putaran kehidupan ini.Selamanya dia berada, berkeliaran dan meniarap.Adalah juga berpuluh tahun semenjak bangunan ini siap, lalu dicarinya tempat redup.

"Mudah meniarap, gelap dan terang bertemu, panas dan sejuk mengadun"
"Ngeeee...Ngeeeee"

Pernah ada seorang Iban berkata, sebelum meninggalkan bilik ini
" Roh jahat telah menumpang bilik ini!"

Dia, Tok Kuku Panjang.Tak suka menyakat.Kadang-kala, cuma bila ada jiwa lemah yang jadi penghuni bersama "Bukan aku nakal pun".Menyendiri.
Dia, Tok Kuku Panjang tak suka bising-bising.
Bilik yang didiami pun jarang berpenghuni.Cuma dua tahun kebelakangan ini, ada yang keluar masuk, menjadi penghuni berkala.Empat orang pada setiap kitaran.

Dia sendiri tak pasti bagaimana boleh berkesudahan begini.Tiada ingatan masa lampau.Tiada memori yang terlekat.Hanya sekali sekala datang perasaan sayu dan hiba.Menangis dia bersendirian.

Kehidupannya hanya berada dibawah katil kayu ini.Meniarap.Sampai sangkala ditiup.Mengikut perjanjian. "Dia..takkan mungkir janji" getus Tok Kuku Panjang.Sang Iblis juga menawarkan satu bentuk perjanjian Faustian kepada Tok Kuku Panjang..


Dua tiga menjak ini, selalu sangat Tok Kuku Panjang mencakar-cakar kayu katil dari bawah.Makin tajam, makin runcing kukunya.Lidah Tok Kuku Panjang juga makin berair, basah dan berlendir busuk.
"Ngeeee...Ngeeeee"

Selalu sangat katil ini bergoyang.
********************************************************************

Anna, gadis sunti.

Anna cukup comel.Senyum selalu dan azab dihati dia tanggung sampai mati.

Cukup payah mahu kawal Anna.Tiada teman lelaki yang dekat untuk tempoh masa yang lama.
"Sikap Anna payah untuk dijangka..Maafkan saya" Ayat terakhir dari teman lelakinya yang lepas.Daud, bekas teman lelaki.Anna pasrah walau rasa sayang cukup membukit tinggi pada Daud.

"Anak tuan ada penyakit Schizophrenia" Jelas doktor pada Papa beliau sewaktu Anna terdampar dikatil hospital lima tahun lepas.Meracau-racau, bercakap sendirian.Hampir sebulan terlantar.
Doktor telah memberi preskripsi pelbagai ubat untuk Anna.Semua ubat harus ditelan mengikut masa yang telah ditetapkan.
"Jangan terlajak, kalau tak mahu membayangkan macam-macam benda buruk" pesan Papa.
Anna akur.

Genetik dan neurobiologi Anna sama macam tok neneknya yang lepas-lepas.Tiada apa yang musykil dan was-was.Biasa sahaja macam orang 'ada-ada'.
Mungkin datang hikmah dari Tuhan untuk menjadikan Anna 'istimewa' dari yang lain-lain.

Anna selalu membayangkan benda yang bukan-bukan.Bukan dia pinta , namun seringkali jadi mangsa.Benda sedemikian telah lama berlaku, semenjak dia kecil lagi.Kadang-kala ada yang menegur,mengusik, mencuit dan yang terkini menjilat tapak kakinya.Selalunya dalam waktu tidur.Habis basah berlendir tapak kaki Anna.Terasa geli-geleman walaupun nyenyak diulit mimpi.

"Hoi! jangan kacau aku! " selalu Anna bingkas memberontak.Menjerit diwaktu malam.Ahli bilik yang lain tak mahu campur.Mereka takut.Mereka juga kasihankan Anna.
'Moga malaikat malam memberi perlindungan kepada Anna.' kata salah seorang ahli biliknya.

Mujur pembelajaran Anna tak terganggu.Dia tetap seorang yang genius serta rajin.Tuhan Ambil sedikit, dan beri sesuatu sebagai ganti-rugi.Anna bersyukur.Dapat juga masuk ke Universiti.

Dapat juga berjumpa orang macam Malik, walau tak sebaik Daud.Tapi Malik cukup penyayang dan ambil berat tentang Anna..Segalanya tentang Anna.


********************************************************************

"Kau rasa Si Anna tu boleh dengan kau?" Bicara aku.Ini bukan kali pertama dan yang terakhir.Si perosak egois.Malik, pada aku adalah seorang 'Perdana Menteri wilayah bebal dan angkuh'

"Aku suka pada dia.Apa boleh buat?"

Aku hanya lemparkan senyum sinis.

"Aku dengar-dengar dia 'sakit'.."

"Hanya sedikit paranoia.Tak mengapa, aku mampu tanganinya"

Dalam diam aku tahu yang Si Malik memang bertujuan untuk membantu gadis ini.Tapi nasiblah, Anna perlu tahan tatkala tangan Malik merayap macam garfu bilah panjang.

********************************************************************
Surat Berdarah Untuk Gadis Schizophrenia

"Celaka! Aku dah naik penat lah!"

"Tak mengapa..kita kejar dia..sampai dapat!" jerit Malik dihadapan aku.Demi cinta seorang kawan , aku bodoh membantu.
Al-razi dan Yoki terkedek-kedek, berkain pelikat juga mengejar dibelakang kami.
Tiga orang rakan sudah bersiap sedia dihadapan sekali untuk mengepung orang yang kami sedang kejar.

"Haah!! apa tunggu, tangkaplah...bodoh!" laung Malik

Nun dihadapan, Anna berlari sambil memegang sebilah pisau sambil sebelah tangan lagi mengengam sepucuk surat.

"Lepaskan aku..biar aku cincang celaka tu!!!" jerit Anna , melaung kuat tatkala kami bertujuh berjaya mengepungnya.Pisau ditangannya , Al-razi sempat rampas setelah bergelut dengan Anna.Kuat sungguh tenaga Anna.
Lantas, Yoki memaut Anna dari belakang sambil kumat-kamit membacakan sesuatu.Tangan Yoki menekup ke muka Anna.
Rebah.Anna rebah selepas lima minit kami bertujuh 'bertarung' dengannya.

Kami angkat tubuh longlai Anna.Kami usung Anna kerumah warden.Dalam perjalanan, aku terdengar halus Yoki bersuara sambil meludah kekiri..
" Tok, jange kaco lagi doh kawe ambo ni"

********************************************************************


Daud bersimpuh dihadapan kami.Mulutnya tak putus-putus memohon maaf.

"Aku tak sangka jadi begini!..Kalian, maafkan aku.." tangis Daud.

Kaki Si Malik sudah berada ditengkuk Daud.Mujur Al-razi dan abang Sabri menahan tubuh Malik.Mahu patah riuk juga jika tidak dibendung Si Malik ini.

"Apa kau dah bikin sebenarnya? Mahu balas dendam?" aku cuba bertanya, sekadar mahu redakan ketegangan.
"Aku tak sangka surat yang kukirim itu mengundang kemarahan Anna.Aku hanya mahu pohon ampun dan maaf dari dia.Itu sahaja" tangis sayu Daud.
"Itu molek doh.Minta maaf sesama manusia.Cuma bila tulis surat dengan darah tu , jadi bidaah..jadi setan..kamu tahu dok?" Tegang urat mata Yoki bila bercakap depan Daud.

Daud jadi insaf.Daun peluk kaki Malik, sambil minta maaf berulang kali.Sayang Si Malik, hatinya keras.Lunyai malam itu, Daud dikerjakan olehnya dan hanya reda setelah telefon bimbit milik Yoki berbunyi.Si Pemanggil pinta Malik bertenang."Anna sudah selamat, tiada lagi gangguan..Lepaskan sahaja pemuda itu" kata Si Pemanggil.

"Mujur Ustaz Ibrahim ada datang kerumah warden untuk membantu Anna" kata Abang Sabri.


********************************************************************


Tok Kuku Panjang kembali meniarap dibawah katil milik Anna.Tersengih puas.Perjanjian Faustian telah pun ditunaikannya.Janji untuk menyesatkan apa yang dipanggil khalifah muka bumi.

Dapat juga Tok Kuku Panjang masuk dan mempengaruhi Anna melalui surat berdarah hasil nukilan Daud.Dapat juga Tok Kuku Panjang menaikkan potensi nafsu amarah, nafsu mistik sang gadis tersebut.Lantaran dengan perbuatan Tok Kuku Panjang, seluruh penghuni kolej ini akan sentiasa memperkatakannya.Akan jadi lagenda.Kemudian, mereka juga akan merasa takut pada kabilah suku-sakatnya.Bertambah sesat jika mereka alpa kepadaNya.

"Ngeeee...Ngeeeee"

Cukuplah buat masa ini.Tok Kuku Panjang mahu rehat lama.Sakit tubuhnya digasak oleh Ustaz Ibrahim.Tak cukup dengan itu, penampar Yoki juga telah dirasainya.

"Ngeeee...Ngeeeee"

********************************************************************
nota kaki dari Wikipedia
Schizophrenia (pronounced /ˌskɪtsɵˈfrɛniə/ or /ˌskɪtsɵˈfriːniə/) is a mental disorder characterized by a disintegration of the process of thinking and of emotional responsiveness.[1] It most commonly manifests as auditory hallucinations, paranoid or bizarre delusions, or disorganized speech and thinking, and it is accompanied by significant social or occupational dysfunction. The onset of symptoms typically occurs in young adulthood, with a global lifetime prevalence of around 0.3–0.7%.[2] Diagnosis is based on the patient's self-reported experiences and observed behavior."

No comments:

Post a Comment