------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari,
Si Paris merengek-rengek sama ibunya. Dia mahu keluar bermain-main. Sudah dibilang, ini baru tengahari, mana boleh keluar bermain.
"Nanti kau demam!" aku menguatkan lagi beberapa hujah dari ibunya (adik aku)
Si Paris sudah sampai tahap hentak kaki pada lantai dan berguling-guling depan ruang tamu. Entah apa perangai keras hati.
"Ala bukan jauh pun. Padang depan jer"
Depan rumah kami ada padang bola yang luas. Cukup sesuai untuk seluruh komuniti di taman kediaman ini beriadah. Main bola, berjogging, bergolek riang-ria. Tapi ini semua hanya pada waktu petang dan bukan tengahari yang amat terik pancaran mataharinya.
Kadang-kala ada juga budak-budak bermain bola sepak yang 'terlajak' waktu hingga lewati jam sepuluh malam.
Setakat itu sahaja waktu permainan mereka kerana mengikut 'urban legend' disini, padang berkenaan 'berhantu' hingga menjelang subuh. Ada banyak cakap-cakap belakang yang mengiakan beberapa kejadian pernampakan 'entiti-entiti' pelik. Khabar angin? Mungkin tipu belaka, sebab ada beberapa puak 'kaki minum' yang selalu melepak hingga subuh ditepi padang menjawap (bila aku bertanyakan hal berkenaan)
"Takde apa pun kat sini..rilek jer kita orang layan beer sampai tengah malam"
Mungkin perkhabaran ini ada kebenaran disebalik cakap-cakap palsu dan rekaan masyarakat setempat. Atau teori 'Tuhan mahu kau sedar' itu bermula dari keadaan sebegini. Tak payah merenung, aku tak suruh pun.
"Ala, kita pergi main dengan Eppit jer. Dia dah ajak tadi."
Eppit anak jiran yang sebaya dengan Si Paris. Itu pun seorang lagi 'legend' yang terkenal dengan beberapa siri kenakalan yang menyusahkan neneknya.
Nakal dalam erti kata "kecil-kecil sudah pandai bikin prank". Lain kali aku cerita kisahnya.
Ibu Si Paris (adik aku) terpaksa mengalah. Diberikan kebenaran untuk Si Paris keluar bermain di padang bola depan rumah kami.
Tengahari buta! dan aku terpaksa juga 'mengalah' dengan bebelan ibu Si Paris (adik aku), untuk menemani 'setan' kecil ini.
"Mana Eppit?"
"Dia dah tunggu kat padang tu"
"Cepat pakai selipar.Tak mau main lama-lama"
Aku buka pintu pagar dan kami berdua bergerak ke arah padang.
Panas terik! memang aku tak berapa gemar. Sinaran matahari tepat menyirami tubuh kami berdua, dengan hampir tiada bayang-bayang.
"Itu, macam ada Eppit ada main kat tiang gol tu..kita nak pergi kat dia"
Sambil Si Paris menunjuk arah kelibat seorang budak sedang berpait kedua-belah tangan diatas tiang gol.
Aku anggukkan tanda setuju sambil melabuhkan punggung ditepi longkang padang.
Si Paris jalan semacam berkawat menuju kearah tiang gol, gaya riang-ria macam tentera Roman berarak masuk dalam Kota Alexandria untuk mengaut harta Pharaoh.
"Hilang akal ke Eppit tu" bisik aku pada diri sendiri. Punyalah tinggi tiang gol kalau hendak dibayangkan dengan ketinggian Eppit dan Si Paris (mereka sebaya, dan sama tinggi)
Aku merasa sedikit 'tak sedap hati'. Aku jeling jauh pada rumah jiran kami, senyap dan satu kereta pun tiada dalam perkarangan rumah.
"Bila masa pula Eppit boleh keluar main tanpa pengawasan nenek dia?"
Aku jeling betul-betul kelibat budak yang bergayut pada tiang gol tersebut.
Dari jauh aku dapat dengar suara Si Paris,
"Hey, kau buat apa kat sini eh?" tanya Si Paris sambil muka budak tersebut pandang tepat padanya.
Kekuatan pertama;
Sekali lagi, tapi kali ini bukan jeling. Aku amati betul-betul. Celaka.
Bulu roma sudah meremang. Sinaran matahari yang terik menyimbah tubuh aku yang berpeluh kuat,menitik.
Aku cuba kumpul kekuatan untuk berdiri dalam kecelakaan. Perlahan aku membongkok, dan cuba bangun. Lutut sudah rasa bergoyang bagaikan kekurangan bendalir dalam sendi. Aku toleh kiri-kanan, tiada sesiapa yang lalu lalang. Juga, celaka.
Kekuatan kedua;Seterusnya, aku harus panggil Si Paris pulang, dengan segera.
Hendak menjerit tak mampu, hendak baling batu tak terdaya. Ini antara rahsia aku dengan langit, 'Berikan aku kekuatan lagi, Tuhan!'
Lantas, aku kumpulkan tenaga untuk menjerit, harapnya sekuat hati
"PARIS! BALIK, BAPAK KAU DAH BALIK KERJA!"
Kuasa perhubungan antara Si Paris dengan bapanya cukup akrab. Cukup bertuah untuk Si Paris mendapat seorang bapa yang penyayang, tegas tapi tak reti marah.
Bapanya adalah benteng dan sempadan antara kenakalan Si Paris dengan tiang-tiang disiplin serta 'Authority' ibunya (adik aku)
Si Paris toleh kearah aku , lalu berkata kepada budak itu
"Okaylah, lain kali kita main gayut-gayut lagi.Nanti ajar kita pula camner nak bergayut."
Si Paris bergerak (dalam keadaan berkawat) menuju kearah aku dihujung padang.
Ini kalau aku tunggu sampai Si Paris habis berkawat kerumah, mahu sampai senja takkan sampai kerumah. Aku tunggu sampai Si Paris datang menghampiriku.
Kekuatan ketiga; aku pikul Si Paris dan lantas menggerakkan tenaga aku untuk berlari ke arah rumah kami.
"Wah, kenapa ni? Main dukung-dukung?"
"Diamlah kau!"
Aku jeling kebelakang, ke arah tiang gol. Budak tersebut melambai-lambaikan tangannya ke arah kami, dengan sebelah tangan masih lagi bergayut pada tiang gol.
Seram sejuk badan aku mula reda bila berjaya sampai kedalam rumah.
Ibu Si Paris (adik aku) berdiri cekak pinggang menghadap kami berdua.
"Nak mampus kau, masuk rumah macam nak pecah dinding?!"
Aku diam, sambil meletakkan Si Paris kebawah semula. Kepala dengan sedikit bingai, badan longlai. Aku paksa diri untuk berjalan masuk kedalam bilik.
Harus tidur sebentar untuk meredakan hiruk-pikuk dalam jiwa.
Itu bukan Eppit.
Agak celaka pada tengahari itu, bilamana wajah budak yang bergayut pada tiang gol itu--Tiada wajah.
Mukanya kosong. Tak faham? Tiada bibir, tiada hidung, tiada mata. Kosong, segalanya. Macam bila kau cuba padam muka orang yang kau lukis menggunakan pemadam getah. Kosong. Faham? Tak payah renung-renung, tak perlu.
Yang aku tahu selepas itu,Eppit tak jadi keluar bermain kerana telah diambil bapanya untuk pergi 'shopping'.
Si Paris punya pasal, esoknya aku kena ambil MC sebab terkena demam panas.

No comments:
Post a Comment