Wednesday, May 4, 2011

Punk - revisited

Ramai kawan-kawan lama sudah bersara Punk, itupun bila aku belek-belek beberapa laman sosial.
Bukan lagi ikutan, lebih kepada ingatan dan memori lapuk.
Tua!

Hanya beberapa orang lah kecuali yang 'kental' masih meneruskan idealogi yang dipegang.
Punk dalam diri aku pun telah lama bermigrasi dalam pelbagai bentuk dan definisi.Sesuatu yang aku sebatikan dalam diri menurut kehendak dan kesesuaian masa sendiri.

Bukan persoalan untuk memperdebatkan 'Kau Punk?' ataupun tidak.
Signifikasi dan persoalan paling lapuk dalam sejarah pencarian diri.
Betapa distort-nya hidup ini dengan dilingkari banyak benda yang sepatutnya mudah untuk kita hadam.

Macam makan nasi, mudah.Tapi bosan.
Macam sedut sos tabasco guna hidung, payah.Tapi stim.

Dalam era Chaos, Anarcho-Punk sehinggalah cuba diresapi dengan alunan Grindcore, pada circa 90' tak boleh tangkap kelajuannya , aku sebenarnya 'laklok' dalam menghayati album Led Zep yang paling celaka- Remasters.Aku kira album ini dibikin semula oleh Jimmy Page dalam keadaan telinganya sudah tidak berapa betul.
Kaset Remasters aku ulang-ulang dengar menggunakan walkman dalam setiap perjalanan aku menuju ke bandar.Goyang kepala pada irama 'No Quarter' dan 'D'yer Mak'er', menyelami cerita hobbits dalam bentuk irama lagu..dan segalanya aku lihat dan dengar.
Sampai jahanam, tak juga aku pulangkan pada pemilik asalnya.


Kalaulah Bonham masih hidup lagi.Lupakan.

Kini, aku biarkan sahaja muzik sebegitu berlalu pergi.Biar pada zaman langit terbuka ini kononnya, aku bebas mencari dan memilih apa yang aku sukai.

1 comment: