Sunday, May 29, 2011

Gembira untuk 45 minit

Ini adalah kesengsaraan untuk diri aku sendiri, ditulis secara tak teratur untuk kamu tak mudah tangkap.
Cerita yang jahat, lari dari tajuk bersih dari noda dan dosa kerana aku sendiri bukan suci untuk semua ini.

Kata Lenny Bruce,
"What a fucking wonderful audience"

    Oh, the language is a bit loose
    It's decidedly not Mother Goose
    Outside on the marquee
    This quotation you'll see
    "I was shocked!" And it's signed "Lenny Bruce"!
    -Allen Sherman's 1965 song "It's a Most Unusual Play"

Terima kasih. Kembali kepada cerita.

Beratus tahun yang lalu.

Punk - revisited
Ramai kawan-kawan lama sudah bersara Punk, itupun bila aku belek-belek beberapa laman sosial.
Bukan lagi ikutan, lebih kepada ingatan dan memori lapuk.
Tua!

Hanya beberapa orang lah kecuali yang 'kental' masih meneruskan idealogi yang dipegang.
Punk dalam diri aku pun telah lama bermigrasi dalam pelbagai bentuk dan definisi.Sesuatu yang aku sebatikan dalam diri menurut kehendak dan kesesuaian masa sendiri.

Bukan persoalan untuk memperdebatkan 'Kau Punk?' ataupun tidak.
Signifikasi dan persoalan paling lapuk dalam sejarah pencarian diri.
Betapa distort-nya hidup ini dengan dilingkari banyak benda yang sepatutnya mudah untuk kita hadam.

Macam makan nasi, mudah.Tapi bosan.
Macam sedut sos tabasco guna hidung, payah.Tapi stim.

Dalam era Chaos, Anarcho-Punk sehinggalah cuba diresapi dengan alunan Grindcore, pada circa 90' tak boleh tangkap kelajuannya , aku sebenarnya 'laklok' dalam menghayati album Led Zep yang paling celaka- Remasters.Aku kira album ini dibikin semula oleh Jimmy Page dalam keadaan telinganya sudah tidak berapa betul.
Kaset Remasters aku ulang-ulang dengar menggunakan walkman dalam setiap perjalanan aku menuju ke bandar.Goyang kepala pada irama 'No Quarter' dan 'D'yer Mak'er', menyelami cerita hobbits dalam bentuk irama lagu..dan segalanya aku lihat dan dengar.
Sampai jahanam, tak juga aku pulangkan pada pemilik asalnya.


Kalaulah Bonham masih hidup lagi.Lupakan.

Kini, aku biarkan sahaja muzik sebegitu berlalu pergi.Biar pada zaman langit terbuka ini kononnya, aku bebas mencari dan memilih apa yang aku sukai.


Kini,
Aku mahu cari perempuan, untuk memuaskan nafsu
Gila? pernah ada orang cakap begitu bila aku bilang suka main perempuan.
"Gila kau.."
"Apo pulak?"
"Yelah, salah tu..kau tak takut balasan Tuhan ker?"
"Apo pulak salah? Okay jer ni..tak mati pun?"

Aku capai dompet dan lihat pada baki wang yang ada.
Mahu kegembiraan untuk 45 minit, ya?

"Apa boleh bikin dengan RM150?" aku text pada rakan.Seorang lesbian pintar.
"Langgan pelacur jom?" dia membalas.
"Okay, jumpa tempat biasa."

Kegembiraan untuk 45 minit,
Dalam sebuah bilik hotel.
Ada tiga orang perempuan, kami juga bertiga.Aku, rakan dan si bapa ayam.

Si rakan sudah membuat keputusan, angkat yang di tengah-tengah.Tinggal lagi dua.

Bapa ayam pandang aku , sengih,
"Cincai lah. Lu angkat dua sekali, okay?"

Gila, Rm150 jer aku ada. Mana cukup?

Ah Mei senyum manja diatas katil tersebut. Ah Mei faham. Ah Mei tahu akan selera aku padanya. Dia bangun dan tarik tangan aku keluar.
Aku senyum pada rakan.'Seorang dah cukup' kata aku.

Si bapa ayam sempat bertanya, 'Lu punya kawan aa? itu lelaki ke perempuan?'
Apa kau kisah, dia ada nafsu, dia ada duit. Batang sahaja dia tiada.

Titian lama,
Berbalik kepada pertanyaan, orang selalu tanya kenapa? Nak main-main dengan dosa?
Semenjak tahun 2006, aku tak pernah melakukannya dengan sepenuh hati.
Umpama kupu-kupu malam yang telah berpura-pura mati, secara senyap aku mahukan ia kembali.

Dan bila Tuhan kata, ia takkan menjadi pasti,
Aku pasrah menanti dalam penafian. Mungkin akan ada waktu, akan ada kesempatan untuk aku diberi peluang menjengah rasa bersalah atas segalanya.

Kau,
Jangan ulang apa yang pernah aku lakukan. Ia tak pernah menjadi bab yang tercantik dalam kehidupan, biar pun dari rangkap sinopsisnya, indah. Ini bukan cerita sejarah picisan. Ini bekas laluan aku setiap malam, mengharapkan segalanya dapat diperbetulkan, titian yang secara tak sedar aku telah bakar.


Andai dapat aku ulang waktu, tak..Tak mungkin dapat kita bergerak kebelakang untuk memperbetulkan apa yang telah kita pahat dalam sejarah.

Setiap saat, minit dan jam, bergerak aku dalam sengsara yang penuh kesal. Sengketa yang sepatutnya aku kecilkan menjadi titik hitam biasa, berubah menjadi empayar penuh duka.

Ini bukan bertujuan untuk 'minta maaf atas segalanya'. Aku kini dalam kelompok migrasi ala gipsi, kemana-mana sahaja..

Ah Mei berkata, setelah kami selesai 'bersama'
"Bila bila masa, dengan kamu..Kamu romeo saya,kan?"

Aku senyum, dan membisikkan sesuatu padanya
Dalam satu rangkap,

"And all I do is miss you and the way we used to be
All I do is keep the beat and bad company
All I do is kiss you through the bars of a rhyme
I’d do the stars with you any time"

Apa kau mahu bikin?
Kata Ah Mei 'Jangan menangis lagi, kerana ianya hanya masa yang salah.
Aku tetap akan menanti.'

Ada cerita untuk kita, kau tahu. Seperti dalam kisah-kisah yang kau tonton didalam drama T.V
Kau dan aku, macamana sekarang, Ah Mei?

Dia beri nombor telefon yang dicatatnya dalam lembaran kertas jingga.Aku simpan erat.
'Tukar nombor lagi, ya?'

Penutup
Aku buka pintu bilik, Ah Mei berikan satu ciuman manja.
'Terima Kasih' Aku bilang.
Aku berjalan dan menekan butang lift, menuju ke lobi.Disana, rakan aku si lesbian pintar menanti dalam kepuasan sambil menghembus asap rokok.

Si lesbian pintar bangun dan peluk lengan aku.
"You know something?"
"What?"
"There will be a place for both of us in Hell" Senyum sahaja dia.
"Ladies first, babe" Aku balas.
" I probably should not have done what i did, and yet I believed that is was all I could do. The warmth and closeness I felt for you at that moment was something I have never experienced before..." - Norwegian Wood by Haruki Murakami
Perhaps, I am ready for nothing.

8 comments:

  1. kisah ni dah ditulis sebelum ni kan?dalam entri lepas?

    ReplyDelete
  2. dah cuma aku kumpul semua entry berkaitan untuk satu cerita panjang.

    ReplyDelete
  3. oh.harap-harap nanti transit akan tiba ke stesen yang tepat.
    "stesen seterusnya...."

    ReplyDelete
  4. Dalam transit ini bermaksud, aku belum lagi menaiki tren untuk stesen yang seterusnya.

    Hanya berhenti rehat sekejap, sambung nafas normal dari terkejar-kejar mencari jalan ke peringkat yang seterusnya.

    btw, rajin kau komen kat sini.Thanks

    ReplyDelete
  5. berhenti rehat pun sebahagian daripada perjalanan ke stesen seterusnya,kan?tapi gua rasa,kita ni berjalan sebenarnya bukan untuk pergi tapi untuk balik.cari 'tempat pulang'.

    btw juga,dialukan atau tak selesa?

    ReplyDelete
  6. 'tempat pulang' itu bila kita sudah anti klimaks kan tentang cerita perjalanan hidup ini.

    Same as they said, there is no such thing as 'the final frontier'

    takde masalah dan aku selesa, selagi tiada komen semacam 'apa kau tulis ni,setan'

    ReplyDelete
  7. bukan,dear.
    bukan 'tempat pulang' yang itu.

    ReplyDelete
  8. selagi tak ditiup trompet, belum lagi, kan?
    :)
    hanya pendapat aku sahaja.

    ReplyDelete