Aku cuba melihat tangisan dan airmata kau itu sebagai satu bentuk kelepasan diri dari beban yang terberat dalam hidupmu.
Aku telah merasai kesengsaraan yang kamu baru ciptakan itu, beribu tahun dahulu. Aku nekad dan tahu, kau takkan mampu mengharunginya. Lemas dan nyawa-nyawa ikan dek kerana fantasi yang kau sangka elok.
"Jaga-jaga, jangan mati cepat."
Naikkan satelit kamu tinggi lagi, tinggi lagi. Pergi jauh-jauh dari derita ini.
Kalau tak mampu pergi jauh, kerana derita mengekori, beli bagasi, sumbat derita kedalamnya, kau pikul lah kemana sahaja.
Aku akan perhatikan kamu dari sini , dengan secawan kopi segar.
No comments:
Post a Comment