Monday, May 23, 2011

Mencari bintang yang lain

Yang tinggal kini, hanyalah lampu-lampu yang terlupa untuk aku padamkan.

Aku sangka dahulu, lampu lampu berkenaan mampu untuk jadi penganti kilauan bintang yang semakin ketandusan cahaya.

Ingin sekali aku padamkan semua lampu yang bernyala itu, dan berlalu keluar dari ruangan ini.
Berjalan keluar hingga ke hujung jalan, untuk menahan mana-mana kenderaan,
Mahu tumpang untuk satu tiket sehala.Menumpang ke arah tempat dimana ada pancutan gembira.


Aku lawan, aku terus lawan, aku rasa masih lagi melawan.

Tuhan, (pohon) beri aku tempoh kerana
Untuk saat ini, aku rasa telah menang.
Menang kerana aku sudah jumpa dimana berakhirnya penantian ini.


Aku dah jumpa kau, aku sudah tahu dimana kau. Pedih campur gembira kerana kenyataannya bintang-bintang tersebut akan tetap bersinar walau tanpa aku menunggunya saban malam.
Kau tetap bahagia kerana ada teman bersama untuk melukis semula setiap bintang yang malap.
Seperti yang kita pernah janji dahulu.

Pedulilah, janji aku mahu ulang tulis
Aku dah jumpa kau, aku sudah tahu dimana kau.

I never seem to have anything that if I lost it I’d care too much about-The Catcher In The Rye 

Selamat berbahagia untuk kau diluar sana.

Tak jadi mahu menumpang kenderaan dihujung jalan.
Mata dan jasad aku sudah boleh beralih kearah bintang lain yang sekian lama jadi pameran langit malam.



Ruang ini,
Bukan untuk kau dan kamu diluar sana.
Ruang ini (kini) milik aku berseorangan melihat bintang sambil memetik kata-kata pujangga Gibran.

2 comments:

  1. Bak kata NABIL MAHARAJA LAWAK.

    "MOJ - mak ok jerrrrrr"

    ok, aku biadab.


    Assalamualaikum Ya Ahli Kuburrrr

    ReplyDelete
  2. hahaha...

    salam kembali, adik beradik satu liang lahat

    ReplyDelete