Tuesday, March 22, 2011

Trek Sintetik

Permainan atau bermain bukan sesuatu yang asing dalam diri saya. Ianya adalah signifikasi diri yang secara ramalan benarnya, saya tak pernah berminat untuk bermain,bersukan mahupun mendekatinya. 

Pada hemah saya (idea kehebatan) , aktiviti sebegini amat menyusahkan dan memenatkan badan.Peluh keluar menitik, penat mengharung tiap liang roma yang berkumuh. Lantaran itu, daki akan mula berkumpul jika gagal untuk membersihkannya semasa mandi. 

Ini adalah 'kehebatan' yang saya cipta sendiri secara tertegaknya benang yang basah.
Positifnya diri saya terhadap tanggapan ini adalah secara fasisnya, adalah benar mengikut kata otak, bukan hati. Saya tak berikan alasan untuk 'kehebatan menolak bersukan', cukup sekadar malas. Bukan tiruan semata-mata untuk kekal sihat. 

(Sehingga kini saya masih lagi mengalami kesukaran untuk bernafas akibat dari tabiat merokok. Jangan kata ianya membazir, kerana rokok saya percuma. Saya tahu, ianya adalah salah untuk mengabaikan kesihatan. Doktor yang mengerti perasaan saya pernah berpesan 'You minum tak mengapa tapi jangan selalu, tapi merokok mesti stop!') 

Sehinggalah pada suatu hari,
Saya gering secara berdiri. Saya dapati amat sukar untuk kaki ini melangkah. Terasa betapa benarnya istilah 'cramp' yang menjadi mainan alasan untuk tak menyertai aktiviti merentas desa peringkat sekolah. Diseret macamana sekalipun, saya tetap tidak akan hadir untuk aktiviti tersebut.

Ironinya adalah saya merupakan antara wakil sekolah peringkat daerah dalam aktiviti 'Merentas Desa'.Pihak sekolah tidak membuat 'seleksi', maka saya sertainya secara terpaksa untuk memenuhi ruangan dalam Sijil Akuan Sekolah.

Saya berjaya menghabiskannya ditempat kedua terakhir. Rakan sekolah berada ditempat terakhir (Walaupun secara dangkalnya, beliau masih lagi sehingga sekarang menyatakan yang saya lah yang terakhir sekali)
Saya dapati juga (selepas beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan) isi kandungan pada Sijil Akuan Sekolah, sememangnya tidak berguna langsung.Pihak falkuti tak pernah minta pun Sijil Akuan Sekolah. Kursus saya pada waktu itu adalah berlatarbelakangkan  Kalkulus dan bahasa pengaturcaraan. 

Berbalik kepada naratif asal.

Saya dapati betapa sukar untuk mengerakkan kaki kanan. Bahagian lutut terasa terlalu ngilu sekali. Amat tertekan pada waktu itu kerana saya berada di keadaan menuruni anak tangga. Secara infonya, ianya adalag anak tangga yang pertama. 

Setelah selesai menuruni anak tangga (dengan penuh seksa), saya berjumpa dengan seorang rakan sepejabat (Dia adalah ketua penyelia saya, sebenarnya) minta untuk diurut. Hampir sahaja saya mahu ke pusat urut badan yang berdekatan tapi bila mengenangkan mereka lebih suka kearah 'urut batin', saya batalkan sahaja niat tersebut.

Setakat 'urut batin', dirumah pun boleh, lakukan sendiri. 

Rakan sepejabat (Ketua Penyelia) mengurut dari peha hingga ke betis kanan saya. Agak meraung jugalah, sakit. Beliau tidak menyentuh pada sendi lutut, yang pada perkiraan saya itulah tempat yang paling bisa sekali.
'Ini semua telur goreng, ayam percik, masak lemak lekat pada kaki' katanya.

Jangan salahkan saya, kerana segala makanan tersebut adalah hasil dari 'hasutan'-nya mengajak saya 'sarapan pagi dan minum petang' setiap hari. Lagipun dia yang bayar. 

Selesai mengurut, saya berasa amat lega sekali.Dihati saya, 'perlu buat reformasi kesihatan'. Ianya pasti bermula dengan memeriksa duit didalam dompet (saya menuju ke bank, kerana duit dalam dompet tak cukup) dan sebuah kedai menjual kasut sukan. Prinsip 'Kehebatan menolak aktiviti bersukan' harus saya padamkan dalam tiang-tiang disiplin diri. 

'Mahu rasa hebat, harus pakai sekurang-kurangnya New Balance atau mahu nampak elit, jenama Asics' Saya beli jenama yang pertama tadi.Terbang kira-kira dua ratus ringgit untuk sepasang kasut. Tapak kaki saya lebar, maka saya beli yang dari jenis 'wide body'.

Tak mengapa demi 'Reformasi Kesihatan' yang saya dogma kan pada minda sebentar tadi. 

Baju dan seluar pula saya pilih jenama Nike, dalam jualan murah, pada hari yang sama. Nekad itu sudah pasti.
Secara bertuahnya, terdapat stadium komuniti berhampiran dengan tempat saya bekerja. Treknya berwarna merah bata.'Trek Sintetik' bicara seorang teman, saya anggukkan sahaja tanpa mengerti apa maksudnya. Yang penting, trek sebegini membuatkan tumit saya tidak sakit atau melecet kaki gaya Achilles. 

Untuk memulakan aktiviti berjogging, kita perlukan semangat. Mungkin dari kawan-kawan akan sekadar perli atau mengata manja.Tak mengapa, untuk jiwa yang sihat.
(Perlu dingatkan, kita harus 'warm up' juga sebelum berjogging untuk mengelakkan diri dari dimalukan secara automatis dikhalayak ramai. Mereka yang berjogging di stadium, adalah golongan elit berprofil rendah.)

Jadi, saya beralih kepada motivasi yang lain.
Untuk itu, saya buka sisi 'pervert' demi kesihatan. 

Saya dapati bila kita berjogging mengekori gadis-gadis yang berpunggung cantik membolehkan kita untuk stabil dan langkah menjadi lebih seragam. Maka, itulah yang saya lakukan. Saya pastikan yang gadis-gadis yang saya 'ekori' ini tidak terlalu laju atau perlahan ketika berjogging. Jangan buat kesilapan untuk tidak mengukur kekuatan diri. 

'Jadikan punggung mereka sebagai paksi disiplin jogging saya' adalah kertas kerja yang saya hitung/kaji sewaktu memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti tersebut. 

Satu lagi, saya juga membawa pemain MP3 (juga baru dibeli dengan harga seratus lima puluh). Beberapa seleksi 'grindcore' menjadi 'setlist' saya. Ini adalah kerana ketukan drum yang mantap mampu membuatkan kaki mengikut rentak yang tetap tanpa alasan dangkal untuk jadi longlai. Berjogging dalam keadaan mengekalkan imej ‘Punk Rocker’ adalah isi sampingan yang tak kurang penting dalam naratif ini. Gel rambut juga harus ada dan saya kenakan agar rambut sentiasa tegak terpacak. 

Untuk seminggu yang pertama, saya kelihatan laju berlari (dalam keadaan mengejar punggung yang cantik.) Stamina saya sungguh mantap dan terasa sihat. Kaki pun tidak mengalami sindrom ‘cramp’ lagi. Saya juga sudah kurangkan aktiviti merokok. 

Pada minggu kedua, larian saya menjadi sedikit perlahan.Saya tidak kisah jika tertinggal jauh bila mengejar punggung-punggung seksi kerana saya faham akan lumrah sesuatu yang bulat pasti akan berpusing bagai roda.Dalam hal ini, trek di stadium itu sendiri. 
(Saya juga telah mula kembali kepada tabiat asal, sedikit demi sedikit merokok semula) 

Ketika berjogging, saya hanyut dalam buaian lagu-lagu yang dipasang menggunakan pemain MP3. Sesekali berselisih dengan beberapa orang kenalan (orang tua-tua) yang menghabiskan masa petang mereka dengan berjogging (atau seperti saya pada niat yang kedua, mahu lihat punggung yang cantik) 

Hinggalah pada suatu petang yang lewat, ketika saya sedang 'sibuk' berjogging. Dua orang gadis (juga saya pastikan mempunyai punggung yang cantik) berlari anak melepasi saya. Sengaja saya biarkan sebenarnya. Ianya adalah sumber motivasi percuma yang bagaikan berlari manja mengelilingi dunia jogging milik saya.
Saya nampak kelibat beberapa orang pesara kerajaan. Saya kenal sangat dengan mereka kerana selalu menghadiri mesyuarat kerja bersama-sama dahulu. Diantaranya abang Mus, abang Nasir dan Wak Leman. Mereka (trio berkenaan) kelihatan sedang duduk dibangku stadium.

Bukan untuk melepak saya kira kerana trio ini amat pantas sekali larian mereka. Setakat dua puluh pusingan padang adalah 'benda biasa' bagi trio tersebut. 'Pacesetters'-lah kata orang sukan. Saya akuinya setelah dua minggu berjogging disini 
(dan selepas itu, menikmati hidangan nasi lemak bersama-sama digerai berhampiran stadium berkenaan, punca kepada merosotnya larian saya pada minggu kedua.) 

Kelihatan abang Nasir melambai dan seperti berkata sesuatu kepada saya.
Dek kerana memasang lagu yang terlalu kuat, saya tak pasti apa yang mereka kumat-kamitkan kearah saya. Lalu saya ambil langkah untuk mencabut 'earphones' yang terlekat pada telinga. 

"Apa dia bang?" saya senyum bertanya. 

"Hoi, buang jer kad pengenalan kau tu kalau setakat 'tiga round' sehari " laung abang Nasir kuat-kuat sambil Wak Leman sama abang Mus mengekek dibangku yang sama. 

Dua orang gadis yang melepasi saya tadi, menoleh kebelakang dan turut sama ketawa.

Monday, March 21, 2011

Bukan untuk kamu

Tidak untuk diri aku,
Tak perlu semua ini,

Maka aku pasti lari meninggalkannya.
Bukan takut atau kecewa,
Hanya kerana buat masa ini,
Sunyi adalah milik aku seorang.

Ada beberapa perkara, ' begini lebih baik '
Ada beberapa sebab, ' tembok aku bina sungguh tinggi '
Agar tak sesiapa mampu memanjatnya.
Jangan dicuba, kerana tak diundang.

Bukan untuk kau dan kamu diluar sana.
Ruang ini milik aku berseorangan melihat bintang sambil memetik kata-kata pujangga Gibran.

Kerana?

Kerana kau,
Kulihat begitu indah,
Tanpa sempadan masa.


Ini adalah sesuatu yang perlu
Untuk aku,


Tak mengapa, asal kau bahagia.

Jangan risau.Ini bukan efek photoshop














Seperti kamu semua. Ya, aku juga ada bakat.

No Request

My profanity.

No intention of being much longer in here.Uncredited.

Again, carpe fucking diem baby.

This page smelled like a gust of wind from Satans anus.

Sunday, March 13, 2011

puding..puding..puding

'puding..puding..puding'
Dia terdengar jeritan itu berulang kali.
'Hoi, bila lagi?' jerit sang penjual ikan.
'Ala..nanti-nantilah'
Subuh mula menghilang. Ditangannya ada satu plastik hasil belian dipasar; Ikan cencaru (dan beberapa sayuran segar, termasuk karot dan kentang) , letak plastik dalam bakul motor.
Menderu laju motor yang ditunggangnya meninggalkan pasar.
'Balik mau goreng. Garing-garing.' sudah terbayang dalam fantasi minda.
Matahari mula tegak diatas kepala. Tatkala ini dua-tiga ekor jin tanah mula keluar berkeliaran untuk mencari makan.
Dia mula beralih ke dapur. Mahu panaskan kuali. Minyak masak mestilah dalam keadaan 'perfectos' jika mahu ikan goreng yang garing.

'puding..puding..puding'
Dia buka tingkap dapur.
'Allo, bila lagi?' jerit jiran belakang rumah
'Ala..nanti-nantilah'

Selesai menggoreng ikan. Nampak rangup. Dia lupa tanak nasi.
'Ala ratah sahaja'
Matahari mula hilang dibalik awan. Cuaca jadi redup.

'Macam hendak hujan' dia bilang sendirian.
Dia terus kebilik air, capai bakul kosong.
'Angkat kain jemuran sebelum hujan turun' dia congak mengikut kadar mendung.

'puding..puding..puding'
Leka dia mengumpul pakaian dijemuran.

'Awak, bila lagi?' sapa gadis sebelah rumah yang berkebetulan sedang ligat mengangkat kain dijemuran juga.
'Ala..nanti-nantilah'

Semua jerit tanya-tanya pasal benda yang sama.
'Miss-communicado yang sungguh incognito' katanya.
Dalam pada itu, hujan pun turun selebat-lebatnya.
Dia masuk kedalam rumah. Capai 'remote' televisyen. Petang begini enak kalau melayan drama sinetron (kalau ada lah, penulis sudah lama tidak menonton televisyen)

'Krringg!!!!!...Krringg!!!!..Krringg!!'
Telefon berbunyi.

'puding..puding..puding..'

Dia sahut panggilan, tapi sebelum itu,
'Sayang, bila lagi?' corong telefon berbunyi, kekasihnya telefon.
'Ala..nanti-nantilah'

Dia sambung semula aktiviti melayan drama televisyen. Senja bagai mahu beranjak kepada kegelapan yang mutlak.
Dia bangun lalu menuju kearah pintu.'Lihat, masih lagi hujan' katanya sendirian.
'Mana sinar bulan, mana limpahan bintang?' sambil dia pandang keluar rumah.
Dia terdengar pula satu seruan (dari pembesar suara) sayup-sayup dari luar rumah.
Mungkin ada esok lagi peluang untuknya berkata 'Ala, nanti-nantilah'?
'Ah, celaka sungguh aku kerana masih dalam kerugian'

Perlahan, dia bangun menuju kebilik air.

*****************************

Kelmarin dia sudah 'pasang hajat'. Hendak berubah, dari 'tak pernah' kepada niat untuk mengerjakannya.
'Perlahan-lahan, aku mampu berubah'
Habis canang 'satu kampung', untuk mereka mengingatkan dirinya yang selalu alpa.

Hari ini dia dapat 'satu' yang sepatutnya 'lima'. Yang wajib-Lima. Tak boleh kurang sepatutnya- kan?
'Ala, untuk permulaan'

'Puding, puding.. Bilalah mahu sempurna yang lima?' Arwah datuknya pernah bertanya.




***Aku saje tulis cerita macam ini.Hanya untuk mengerti sendirian.Tak, aku jarang bersembahyang.

Tuesday, March 8, 2011

Iyalah

I am buzy..buzy ..buzy

with anything,

Jadi aku bilang ini sahaja

Fuck You