Thursday, October 28, 2010

When somebody gets excited about something

Wear with some expectations.I found it too difficult.
masquerade make up, in different style of shit. 
Undisclosed reasons to be with.

Much time , i turned the pages
and wrote somewhere inside the moleskine
"God, please give me one more time."

You never knows when you're alone,
Sense of apathy, fucked up and insane.

As wishing , every night could be magical,
where we can create stars and all the funny feelings.

Don't ever try to tell me, how much you are there for me
because there was nothing to start with.

"Well dear, regret the inconvenience cause"

What I may do, I may stay up for a little while.
"Not like you, unlike me"
Creating all those stars, alone.


Good night.

Tuesday, October 26, 2010

This last word of being miracle

Wisdom of the East
Wisdom of the East by Henry Miller
Original WatercolorInsomnia Series #2 of 12

The last being solid worst of adjusting life obstacle.
Killing all the protective shadows
Rape and spread the legs
"Excuse me, I’ve undress the feeling besides being myself"
Nature, i kill you
Lady, i rape you

Me , the god-like,
Divinely, joyously,
With a bottle of vodka in my hand.

And so you know, don't believe
Bagged, oh it's just outside of interval

Now, If you allow me
I shall now have the pleasure of drinking your soul.

Isn’t  this fun?
To know that tomorrow would be the last,
"The frantic desire to Live, to live at any cost, is not a result of the life rhythm in us, but of the death rhythm."

Feel the death, hold on ,
And wait for the miracles

How absurd you are, to know
This was the last song uttered from yesterday.

Mistikal 1

Cuti semester hampir bermula.Peperiksaan akhir hampir tamat.Padah aku mengulang subjek maka terpaksa bersendirian menghadapi peperiksaan.
Aku tak salahkan sesiapa kecuali diri sendiri yang ‘cuai’ dalam mempercaturkan kehidupan.
Berterabur juga cara aku menyusun subjek dalam kursus pada semester ini.’
Drop’ sana sini.

Text sms terakhir dari ayah tadi..”Bila kau mahu grad?Kalau tak mampu habiskan pulang sahaja.Ada kerja menanti.Jangan risau pasal gaji.”

Kertas terakhir aku hadap dan hadam dengan kalimah terakhir keluar dari dewan peperiksaan.
.”Tawakkal sahaja”.. Makna dan pengertian yang tak pernah aku cuba ambil tahu..
”Ya, tawakkal..my ass…” kata Malik sebelum dia cabut awal setelah selesai peperiksaannya.

Aku punggah kain baju mana yang perlu kedalam beg sandang.Niat dan tujuan mahu kembali kerumah di Klang.Terbaca dalam jiwa, kolej kediaman adalah santuari pertama aku.Tempat suci.Meninggalkannya buat aku hilang arah sebentar.

“Try to lived your life to the full..” bisik sang hati.

Aku tahan teksi depan pintu pagar ITM.“Ke Temerloh..,bang” bicara ringkas aku pada pemandu teksi.Hajat dihati mahu mencari tiket bas ke ibukota.Harap-harap masih belum habis lagi.

Tiba distesen bas Bandar Temerloh, aku menjadi sedikit hampa.Tiket bas menuju ke Kuala Lumpur sudah habis untuk hari ini.
Aku ambil keputusan membeli tiket bas untuk hari esok.Selepas itu, harus berkira-kira pula sama ada mahu bermalam dimasjid sahaja atau menghubungi seorang orang sahabat yang tinggal berdekatan.Pilihan kedua gagal kerana sahabat aku sedang menghadiri kursus diluar kawasan.Aku duduk dibangku stesen bas.Memerhati gelagat orang lalu lalang.Sini tak boleh merokok pula, nanti kena saman.Perut kosong, lapar.


“Assalamualaikum..ehh awak…. Buat apa disini..” Aku ditegur oleh seorang gadis bertudung labuh yang datang duduk dibangku sebelah.Disisinya ada seorang perempuan tua.
“Aah, ya..tertinggal bas sebenarnya” aku jawap dengan gagap.Lupa menjawap salam gadis bertudung labuh berkenaan.

Bertudung labuh warna biru laut dan berbaju kurung ala cream.Matanya jernih, wajah putih keayuan.Jenis kalau dibawa balik kerumah , emak akan kata "Okay, bila ko nak mak hantar rombongan?"

Kami berborak ringkas.Nama penuh aku dia tahu dan juga perihal perjalanan aku mahu pulang ke Klang, tempat yang aku panggil rumah.
Santuari kedua dalam kehidupan aku.
Wajah ini terlalu asing bagi aku.Tak boleh aku ‘recall’ apa-apa tentangnya.Terang gadis bertudung labuh ini, baru selesai menemani nenek ke bank.
“Jadual peperiksaan di ITM saya habis awal..” terangnya.Okay, aku dapat petunjuk.Dia seorang siswi ITM.
“Jadi, sudah tertinggal bas ini, mahu tidur dimana?” Giliran nenek pula bertanya.
“Masjid,” terangku sepatah.
“Kalau begitu, tumpang tidur rumah nenek sahajalah.Tak jauh dari Bandar Temerloh ni.Senang nak dapat bas awal pagi esok.” Nenek mempelawaku.
Diantara segan dengan kocek yang agak kosong, perut lapar, sikap libertarian yang pemalu, aku memilih untuk menerima pelawaannya.
“Kalau macam itu, jomlah..bas pun dah tiba tu..”  tutur gadis berkenaan dengan nada setuju dengan pelawaan keatasku sambil bangun dan memimpin neneknya berjalan.

Aku capai beg sandang dan bergerak mengekori mereka berdua.
Kami menaiki bas berkenaan.Aku mohon izin untuk membayarkan tambang.Sekadar ini termampu aku lakukan untuk membalas jasa pelawaan mereka berdua.
Perjalanan bas bermula.
Dalam kepala semacam kosong.Fikiran aku terbuai dan sedikit sebanyak cuba mengingati siapakah gerangan gadis bertudung labuh ini.Dimana aku pernah berjumpa dengannya? Masakan dia tahu aku berasal dari Klang?

Dalam aku leka dengan khayalan, si gadis bertudung labuh itu menyedarkan diri ini dari lamunan.
“Kita dah nak tiba..” katanya sambil senyum manis.
Aku tak pasti dikampung mana aku berada sekarang.Perasaan aku ketika ini, tak mahu ambil kisah.
Berjalan sedikit tak jauh dari jalan utama, aku tiba diperkarangan rumah mereka.Laman rumah dihiasi dengan deretan beberapa buah pasu bunga, pokok-pokok orkid dan sepohon pokok mangga.Ada buaian kecil terikat pada pohon berkenaan.Tayar kereta menjadi alas buaian itu.

“Jemputlah masuk..jangan malu-malu..rumah kami kecil jer, nak” kata nenek.
Rumah mereka biasa sederhana sahaja.Beratap zink yang kemerahan dimamah usia.
Ruang tamu dan dapur luas.Ada 3 bilik tidur.
Tandas dihujung dapur.
Penghubung antara ruang tamu dengan dapur ada ruang diletakkan meja makan.
Perabot cukup sekadar yang ada.Minimalis kata generasi kini.Kerusi-kerusi rotan, almari perhiasa, tv kecil, radio, peti sejuk.Lantaran memberikan suasana dan ruang yang luas untuk penghuninya.

“Cukuplah untuk kami berdua” kata nenek sewaktu aku menyusun beg.Mungkin menyedari mata aku meliar melihat keadaan serba ringkas ini.
Aku perhatikan beranda kecil hadapan yang tak berapa siap, masih perlu sedikit pertukangan agar menjadi sempurna.
“Arwah ayah tak sempat hendak siapkan”
Aku angguk diam.Tak pula aku cuba bertanya dimanakah ibunya.

Sempat juga aku berbual lama dengan gadis berkenaan.
Banyak pula yang diketahuinya mengenai aku.Dari ‘course’ hinggalah kebeberapa insiden aku naik turun mahkamah tatatertib.
Malu.

“Tuhan beri peluang untuk semua orang, termasuk awak..”
Aku diam dan mengerti.Pelik, tak tergerak hati ini untuk bertanyakan perihalnya.
Soalan-soalan seperti;
“Apa nama penuh awak? Bila kita berjumpa?”
Aku simpan dalam hati sahaja.Takut soalan sedemikian menyinggung perasaan gadis berkenaan yang sememangnya pada firasat aku, mengenali diri ini.
Aku bukan popular pun dikampus.

Masuk jam tujuh petang, aku minta izin untuk mandi.Lepas mandi peluh dan terkejar-kejar sana-sini, aku perlu buang keadaan tak selesa pada badan ini.
Selesai mandi, dia menghulur sehelai sejadah.“Boleh solat diruang tamu..”

Buat kali pertama setelah setahun aku meninggalkan tabiat mengunjungi “Rumah Mulia” , aku mengangkat takbir kepada Tuhan.
Tak pasti apa yang aku kerjakan itu keranaNya atau sekadar mengambil hati tuan rumah.
Yang pastinya, itu adalah saat-saat tenang milik aku berhadapan dengan Maha Pencipta.

“Tuhan ada dimana-mana, kan?” pesan arwah datuk.
“Makin kita jauh dariNya, makin dia sayang pada kita.Diberi jalan penyelesaian kepada kita, tanpa rasa jemu oleh Maha Pencipta”

Selesai solat, aku tak berwirid.Entah kenapa, mahu cepat tinggalkan tikar sembahyang.Capai kotak rokok yang masih bersisa dan berdiri diluar beranda.
Sejuk malam dengan hanya bunyi kalkatu disulami nyanyian katak.Tanda malam ini hujan mahu turun.
Rokok kunyalakan.Hembus keluar melawan udara malam.

Ingatan dan khayalan diri jauh terbang pada satu perenggan dalam bab kehidupan aku yang berkecamuk ini.

**************************
Tok Aki (moga dirahmati olehNya), keluarga angkat aku ketika OPKIM di Ulu Dong pernah bercerita tentangnya.Perihal zikir ketika dalam perjalanan pulang kami dari surau setelah selesai solat subuh berjemaah.
“Lihat pokok-pokok bunga ini semua…mereka berzikir pada tuhan..dengar pada bunyian serangga dan unggas? mereka juga berzikir..dalam bentuk dan kelebihan yang dikurnia Tuhan kepada mereka semua”

**************************

Keluarga kecil ini; Hanya ada nenek dan si gadis bertudung labuh.
Aku tak mengenali mereka.Apatah lagi tahu nama penuh gadis tersebut.Aku hanya orang asing yang diberi ihsan untuk menumpang.Adat dunia.Adat kehidupan yang cuba berkolaborasi dengan manusia. 
“Eh , awak berdiri diluar pula.Mari makan.nenek dah tunggu tu.”
“Err..okay..” senyumku pada dia.

Dia kembali kedalam rumah.Aku menyusul masuk.Bau masakan nenek sudah membangkitkan nafsu aku.
Ikan goreng bercili, sayur campur berkuah, telur masin dan air kosong.
Ringkas tapi nikmat.
Baru sedar, aku belum jamah apa-apa selain daru dua kotak rokok.Dua kali tambah.Terlupa adap segan pada tuan rumah.

Tak banyak bercakap ketika makan.Sekadar dengar celoteh nenek.Dia ada “PHD in life” yang belum mampu aku capai lagi, takkan mungkin dengan usia aku yang semuda ini.
Cerita tentang tanaman dikebun, ayam itik, pisang yang hendak berbuah.Cerita perihal lori menjual barang basah seperti sayuran yang selalu lewat datang kerumah
Cerita melankolik kehidupan desa.

Selesai makan, si gadis membantu nenek mengemas pinggan mangkuk.Aku cuba menawarkan diri untuk menolong, atau sekadar bantu membasuh pinggan mangkuk.
“Tak mengapalah, awak kan tetamu kami..” si gadis tolak dengan baik.

Aku kembali keluar beranda, menyalakan rokok.Berdiri , mengelamun dalam keasyikkan malam.

“Eh awak ini, suka sangat merokok ya? Kenalah kurangkan..tak elok binasakan diri” tegur si gadis dari belakang.
Aku tak menoleh.Mata aku memandang jauh keluar rumah.

“Kuat betul bunyi katak malam ini, kan?” cubaan aku untuk mengalihkan pertanyaan asal gadis berkenaan.

“Awak tahu, dalam surah Al-Israa ayat 44 ada mengatakan
-Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun..
Lancar si gadis ini berkata.
Mungkin hasil dari ingatan yang selalu menyebut dan pelajari pengertian kalimah Tuhan.

“Semuanya tunduk pada Tuhan, kan?” Nada aku seakan menyindir hukum.
“Bukankah itu tujuan kita dijadikan olehNya?” Si gadis balas tenang.

“Iya, mungkin, agaknyalah”

“Tuhan menyayangi setiap hambaNya…” katanya lagi.
“Awak boleh tidur dibilik belakang.Saya dah sediakan selimut dan bantal.”
Cadangannya aku tolak dengan hormat.
“Saya tidur diruang tamu sahajalah.Senang terjaga nanti.”
“Kalau begitu, nanti saya letakkan bantal dan selimut diatas kerusi depan…Jangan lupa solat Isyak pula” balasnya dan terus berlalu masuk kedalam rumah.

Aku antara manusia yang bila tidur, akan berdengkur kuat.Malu pula dengan tuan rumah.Tidur diruang tamu akan lebih memudahkan aku sedar atau sekurang-kurangnya berjaga.
Hujan turun dengan lebatnya malam itu.

keesokan paginya, aku bangun seawal mungkin.Mandi dan ambil wudhuk.Aku tunaikan solat subuh.
Dingin dan sejuk.Cuaca kampung.Tiada pencemaran.

Selesai solat, si gadis memanggil namaku dari dapur.Ajak bersarapan bersama.Nenek juga bangun dan kelihatan mengoreng sesuatu
“Tengah sediakan sedikit sarapan” bilangnya.
Aku tak mengetahui apa rahsianya, tapi bau cekodok goreng berintikan ikan bilis ini memang menyelerakan.
“Cicah dengan kuah kari sedap ni” kata si gadis sambil senyum mesra.
Sepinggan kecil kuah kari dihulurkannya pada aku.
Nenek memerhati dan tersenyum.

Selesai makan, aku mempersiapkan diri dan minta izin untuk meneruskan perjalanan.
“Hati-hati dalam perjalanan.Kurangkan merokok tu ,awak.” Pesan si gadis bertudung labuh ketika diberanda.
Dapat aku lihat kejernihan pada wajahnya.Sinar pada mata gadis ini memberi seribu satu pertanyaan mistikal.Senyum manisnya antara perkara yang terindah yang aku ingat sehingga kini.

Aku tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi mempelawa aku menginap dirumah mereka untuk satu malam.
Perkarangan rumah itu aku tinggalkan dengan langkah deras menuju kejalan utama.Nasib menyebelahi bila bas ke Temerloh tiba tak lama selepas itu

Perjalanan keluar dari kampung ini menuju Bandar Temerloh akan ambil lebih kurang setengah jam dari kehidupan aku.
Setengah jam yang vakum yang perlu aku isikan untuk berdiam diri dan berdoa agar tidak ketinggalan bas.
Setengah jam yang sunyi untuk aku mengingatkan diri, bila masa kali pertama aku berkenalan dengan gadis tersebut.

Aku kira, banyak juga yang diketahuinya tentang aku.Masakan aku tak mampu ingat hatta nama penuh dia?
Tuhan tak membenarkan ingatan aku pergi lebih jauh daripada keaadan aku kini.Termangu didalam bas menuju Bandar Temerloh.

Perjalanan aku teruskan dengan menaiki bas ekspress menuju ke Kuala Lumpur, turun di Pekeliling dan berlari ke ‘Bustand Klang’

Semester berikutnya, puas aku mencari gadis tersebut sekitar kampus.Aku juga cuba mengingati nama laluan bas yang kami pernah naiki menuju kerumahnya tapi ternyata gagal.
Tak pernah berjaya aku temui gadis ini buat kali kedua..

Rumah Mulia

Sekitar tahun 2001.

    Kesejukan awal pagi.Dinginnya udara yang bertiupan.Berat mata mahu buka, berat lagi badan mahu bangun.Mimpi indah dengan tilam empuk.Namun, aku cuba gagahkan diri untuk turun dari katil.

”Aku mahu kesana!” itu mantra aku seawal pagi.Tiap-tiap hari.Tanpa dolak-dalih.
    Teringat satu kenangan lama apabila Abang Sabri (moga Tuhan merahmatinya), seniorku yang datang kebilik kami pada satu lewat petang.Aku khusyuk berlingkar dikatil dua tingkat.Tidur berselimut.Ditariknya aku (dari katil dua tingkat tersebut) lalu diseret hingga kemuka pintu.
“Bangun laaa setan!! Hang tak tau nak Asar kaa?” jerkah beliau.
    Yang buat aku tertarik pada tempat ini apabila suatu hari ketika aku dalam perjalanan dari kelas menuju kebilik.Diantara dua koridor aku terlihat satu ‘flyers’ kecil yang melekat pada salah satu pintu bilik pelajar dikolej ini.
“Jom gi Awis” Ringkas tapi membawa pengertian yang bersih.
    Aku jadi tenang bila membacanya.Jadi aku beri peluang pada diri aku untuk mendekatkan diri pada Rumah mulia ini.Jalan kesana sudah aku sedia maklum, cuma untuk mengagahkan diri sahaja.

****************************


Masjid Uwais al-Qarni.

    Sedap bila disebut.Diambil sempena nama salah seorang sahabat yang tak dikenali dibumi tetapi terkenal dilangit.Tak pernah aku merasa selapang ini bila jejak kaki kedalamnya.Kamu boleh baca cerita mengenai Uwais Qarni dimana-mana buku yang menceritakan tentang sejarah tamadun Islam.
    Resam berada ditengah-tengah kawasan hutan tanah rancangan.Tempat ini juga tidak sunyi dari kontroversi dan pengaruh mistikal.
    Ada satu kisah dimana kami saling berpandangan di 'pantries' ketika sedang membasuh baju pada suatu petang.Bilal laung azan jam enam setengah petang.Alasan beliau, melihat jam pada dinding masjid yang menunjukkan waktu magrib sudah tiba.
    Pada suatu hari yang lain, tiada azan subuh berkumandang.Perjalanan bilal terganggu.Ada lembaga menunggu beliau sebelum tiba ditangga yang menghubungkan masjid dengan kolej kediaman kami.
“Maaf, tak mampu aku untuk meneruskan perjalanan ketika itu” kata bilal.
   Yang lain-lain apabila mendengar tidak mudah patah semangat."Pergi secara berkumpulan lebih baik." cadang seorang rakan.
    Secara tak disengajakan, aku bertemu dengan jenis manusia sebegini dalam kehadiran aku disini.(Ianya hanya pada perkiraan akal aku semata-mata)


****************************
Ali

    Aku kesana berseorangan.Sesekali terserempak dengan rakan-rakan sekursus yang baru pulang dari kuliah.Agak segan kerana aku banyak mengulang subjek dan tak selalu dapat sekelas bersama mereka.Ini mungkin juga antara salah satu alasan bagi aku untuk mencari satu kedamaian, ketenangan diri. 
    Selalunya aku mengelak dari terserempak atau bertentangan mata dengan mereka.Tak mahu diri jadi riak dan digelak 'budak masjid'.Aku masih lagi punk rock dan sedikit terpengaruh pada jilatan gitar oleh Hendrix.
 Semester lepas , ada juga Ali disini. Lunak sungguh suara beliau apabila mengalunkan azan.
    Dingin subuh jadi segar tatkala mengambil wudhuk sambil mendengar Ali melaungkan seruan untuk membangkitkan komuniti disini seawal pagi demi satu seruan rukun Islam yang kedua.
   Duduk berzikir bersama-samanya. Kedudukan dan jarak kami bersila tatkala mengadap kearah kiblat agak jauh. Barangkali masing-masing cuba mencari ketenangan.
    Mungkin juga dek kerana keluasan dan kekurangan pelajar yang datang untuk mengimarahkan solat subuh. “Aku hanya mahu mencari ketenangan.Hidup aku terlalu sepi dan tertekan dengan pelajaran.” bisik Ali semasa kami bergerak keluar dari kawasan masjid suatu ketika dahulu.
    “Kau harus mencari teman wanita” kata aku dalam nada menyakat.Itu kali pertama dan terakhir aku berbicara dengan Ali disana.Selebihnya kami hanya gunakan isyarat mata dan anggukkan sahaja.Tiada senyuman.Kuliah kami juga berlainan.
    Tapi semester ini Ali sudah berlainan sedikit.Lebih relaks ditaman bunga berhadapan perpustakaan.Bersama seorang gadis (kadang-kala bertiga, mungkin untuk mengelakkan fitnah).
    Aku sudah tidak lagi dapat mendengar suara lunak Ali melaungkan Azan sehingga tamat pembelajaran 2 tahun berikutnya.Aku fikir, Ali sudah mendapat ketenangan yang lebih ‘seronok’ dan seorang teman berbicara.

****************************
Kak Sha

    Selesai mengambil wudhuk, aku bersila di bahagian belakang.Mahu duduk diam sementara menunggu waktu untuk solat.Sebaris dengan aku ada Natasha yang bersedia untuk melakukan solat sunat terlebih dahulu.
   Selepas selesai solat, tangannya diangkat tinggi memohon doa kepada Tuhan. Dari kejernihan matanya ketika itu, aku kira ada sesuatu yang amat penting dipintanya dari Tuhan.
    Terlupa aku pada nama sebenar beliau walaupun menjadi ‘junior’ aku dalam kursus yang sama.Dilahirkan sebagai seorang lelaki, fitrahnya jantan tapi sedang melalui detik sukar untuk mengenalpasti identiti diri.Lantaran itu kami panggil sahaja beliau sebagai Kak Sha atau Natasha sepertimana yang beliau kehendaki.
    Golongan seperti beliau disini dipandang rendah oleh ramai pemikir akedemik. “Orang lembut” atau Mak Nyah.Mereka bebas dalam dunia sendiri.Bersorak, nyanyi beramai-ramai dan bersolek.Tapi jauh disudut hati, mereka juga percaya pada ketentuan Ilahi.
“Sotong-sotong ini semua ingat lagi ke cara nak sembahyang” perli Si Malik.
    Kak Sha aku lihat tak pernah sekalipun terlupa untuk menghadirkan diri disini untuk solat subuh.Ada juga kelibat beberapa rakan beliau yang turut hadir sama.Tapi mereka lebih bersifat menyorok.
    Kadang-kala aku buat sedikit lawak kering apabila sekelas dengannya..”Subuh tadi aku tak sempat nak menjengah kau di Awis..hehe” hanya disambut dengan kerlipan dan jari telunjuk menutup bibir beliau. Isyaratnya ringkas yang menyatakan secara mendalam “Itu urusan aku dengan Tuhanku, jangan sesiapa ambil peduli”
“Kalau kau jadi aku, aku yakin kau mengerti” - JIBAM

****************************
Malik

    Pada suatu hari Openg datang dan menyertai perbualan kami berdua.Mahu mencelah lalu hendak dibacanya satu hadis.“…Barangsiapa..”..baru hendak bermula, Si Malik menjerkah “Pergi mampus sama kau punya barangsiapa..”
    Semua terkedu.Taboo bila kita menyangkal apabila ada yang cuba ‘quote’ hadis dalam perbincangan.Walaupun ia bukan bincang serius.“Membaca satu hadis kepada aku bukan bermakna kamu itu dijanjikan syurga yang lebih mulia dari pelacur yang memberi minum pada anjing” kata Malik secara sinis tapi keras.Seakan cuba menghalau Openg.

       Openg tak puas hati dan cuba menyatakan tujuan beliau adalah ikhlas.”Saling mengingati sesama kita” tegas beliau.Aku tahu Malik ada silap disitu, tapi apakan daya.itulah Malik. Perangai membantah tak serupa manusia lain.
    “Aku boleh rujuk google, ceramah atau kitab jika mahu mendengar hadis” Kata Malik.Seperti yang lain, Malik juga salah seorang pengunjung tetap Rumah mulia ini.Setiap waktu solat , beliau akan hadir untuk mengimarahkannya.

"Sayang Si Malik.Hati kau terlalu keras"-Abang Sabri
****************************
 Penutup

    Kelakar juga bila kini aku lihat ada yang cuba ‘copy-paste’ beberapa hadis atau terjemahan Al-Quran atas nama untuk saling mengingati.Sinis aku lihat.Adakah kerana sebab itu atau mahu menunjukkan ketakwaan beliau lebih dari orang lain?Tanpa apa sebab, sudah terpacul.
 Aku mungkin silap.
    Dalam karya “Mereka Yang Tertewas”, protagonis memberitahu tujuan beliau memakai pakaian/jubah yang indah dan cantik bukan untuk menunjuk-nunjuk.Akan tetapi supaya tetamunya yakin dan tidak was-was tentang apa yang mahu disampaikan oleh beliau.Cerita-cerita tentang ibadah dan sekolah pondok.
    Jadual kedatangan aku kesana mulai menurun secara mendadak apabila seorang gadis menerima cinta aku.Dasar pengabdian aku kepadaNya hampir hilang bila aku keluar dari kolej dan kenal seks secara liar,alkohol dan kehidupan bebas.
    “Solat itu tiang agama..” Nasihat arwah datuk.Aku terasa amat jauh dari tiang tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

****************************

Jangan Menangis

"Budak lelaki tak elok menangis"
Kata arwah atuk semasa aku masih kecil.
Dalam banyak peristiwa, ayat keramat itulah yang seringkali arwah atuk pesan pada aku.Interaksi kami terhad.

Ada satu insiden;
Dalam hujan yang renyai-renyai, aku terpaksa tidur dihalaman rumah.Aku balik lewat.Ada kenduri.Ada joget lambak.Aku suka sebab boleh mabuk-mabuk free layan 3-4 tin beer.
Arwah atuk tak suka.
"Tidur luar!"
Disusuli suara halus dia dari arah serambi sebelum menunaikan solat sunat dan mengaji di lewat malam.
"Budak lelaki tak elok menangis"
Aku selalu  terpikir sama ada arwah atuk ada juga layan The Cure sikit-sikit.

Why are we so full of restraint? Why do we not give in all directions? Is it fear of losing ourselves? Until we do lose ourselves there is no hope of finding ourselves.-Henry Miller