Thursday, June 28, 2012

In large

Say a prayer but let the good times roll. Just in case.

Tuesday, June 5, 2012

Pokok Kayu (tipu, plastik sebenarnya)


Aku text pada Rie

"Mano.Poit? Copek lah. Badan lenguh, jom gi urut!"

Rie balas,

"Haha boleh jang. Den pinjam ko seratus dulu, boleh?"

Hahaha. Pundek. Lain aku suruh lain dia minta.

Rie tiba selepas jam tengah malam. Muka macam konek tersumbat dengan kondom yang tak boleh tanggal.

"Apahal, hujung bulan sudah loan aku?"
"Aku bagi seratus setengah kat pakcik guard. Kereta dia nak kena tarik.  Kesian aku tengok. Tak perasan aku pun sangkut jugak sen"

(*Aku bukan orang minang, walau lahir di Negeri Sembilan. Perangai orang Linggi. Cuma sesekali mengikut dialek mereka. Bunyi Kelantan jer aku payah nak bikin.)

Aku buat tak tahu, masuk dalam bilik hulur seratus. Aku tiada masalah untuk menghulurkan bantuan pada Rie, sebab dia proksi aku yang berguna.

Aku boleh jadi pemurah pada sesiapa, tapi jangan melampau sangat. Ada budak perempuan yang selalu panggil aku sebagai abang (dan aku yang mulakan panggil dia adik, sebab tak mahu terjerat dengan kebarangkalian nafsu untuk ajak dia beromen. Kita kena hormati dulu sesuatu yang boleh atau bakal kita sayang.) cukup dua bulan sekali akan text mesej, "Pinjam 500 bang, gaji tak masuk lagi".
 Itu pada kiraan bulan pertama, dua bulan lepas itu, dia 'up' lagi nak pinjam seribu pula, alasan kekal "Gaji tak masuk lagi"

"Bayar balik pakai body kau, boleh dik?" Nak jer aku balas text mesej sebegitu.Hehe.

Sambung balik cerita aku dengan Rie;

"Aku berborak dengan jiran baru sebelah rumah tadi"

"Apahal? yang pinjam gergaji minggu lepas?"

"Membongak jer layan dia cerita.Poit. Pakai Proton BLM ado hati nak kelentong aku nak beli rumah kat Ampang harga 800K, tapi takde dapur.."

Hidup-hidup Rie kena 'goreng' dengan jiran baru.

Selalu sangat orang bila bergebang, lupa yang mitos digambarkan itu tak selari dengan realiti.
Iya, hendak menipu jangan lah lari sangat dari dunia sebenar.

Agak-agak dah lah.
Hidup lebih kurang panas, sejuk atau sederhana. Boleh pilih kesemua sekali , kalau tahan.

Ada juga sesekali dapat text mesej, orang ajak dinner atau lunch. Aku jarang nak penuhi sebab kurang minat pada konsep 'makan free'.

Aku jarang hendak ingat nama orang, salam tangan orang, beri salam atau pun kemaruk mahu makan percuma.

Berlaku juga bila 'receptionist' pejabat menahan aku dari pulang awal, "Janganlah balik dulu, ada makanan kat conference room"

Aku faham erti jangan membazir, tapi tak mengapalah. Bukan salah  aku kalau makanan itu tak meriah tanpa kehadiran aku. Lagipun, minum wain lepas tu berlari mengejar tren komuter amatlah tak digalakkan.

Sejak dari dulu aku amalkan, 'bila hendak makan, aku bayar sendiri'. Mungkin belanja sesekali itu ada 'exception' nya. Segelas teh tarik , bila kau bayarkan tidak akan menjejas apa-apa persahabatan kita.

Tapi tidak dari jenis manusia yang bila mengajak makan, isi kandungan berboraknya lebih kepada mengangkat martabat diri sendiri.

Makan otak, bila ada seorang teman terlalu obses berbicara seperti "Daddy kita tak suka kita masuk Uitm. Dia nak anak dia masuk U yang macam Yale atau Harvard"

Aah lah. Masa interview kerja pun, English kau lintang-pukang. Dalam resume pun tulis UNITEN jer..Yale nenek kau.

Atau pada satu ketika, aku makan bertiga. Orang pertama (lelaki) bercerita tentang masakan yang pelik-pelik. Ia berterusan hingga muka dia pun aku lihat sudah macam jelmaan kuali mahal yang ada di kedai Aino. Orang kedua (biasanya, perempuan) akan mula 'backup' bila lihat wajah aku terpapar muka senget, "Oh, he always cooks for me.."

Bila situasi itu bermula, aku akan capai Galaxy Tab (model lama, jangan mula hendak tanya harga. Selalu sangat orang duk tanya harga SGT bila aku mula pegang Tab ini. Belinya tidak) dan mula buat-buat tengok email kerja.

Atau silap haribulan sebelum cerita dia bersangkut paut dengan bershopping di Kota London, aku akan segera angkat tangan pada waiter dan jerit, "Bawak bil, dik"

Jangan silap.
Aku tak cemburu, tiada sebab walaupun aku tak pernah menikmati 'luxury' yang cuba mereka tampilkan. Tapi, internet kan dah ada. Google jer, dah cukup puas. Dua kali aku tolak usul untuk 'memindahkan aku' ke Singapura dan Hong Kong. Duduk di Malaysia, hati aku tenang dan senang.

*Jangan asyik tanya aku mana kedai denim yang bagus, atau line denim yang berkain lembut lagi berkualiti. Aku pakai raw denim tanpa seluar dalam ketat (walau cuma Nudie & Tarik Jeans, dan bukan Iron Heart atau Samurai). Lain bangsa dengan kau, pre-washed!