Thursday, September 29, 2011

Monday, September 26, 2011

Demam

Jenis kalau dah sakit payah nak kebah.

Aah nafsu makan pun menjadi-jadi

Sunday, September 25, 2011

monolog 25092011

Sampai ketika ini aku langsung tak faham walau sepatah apa yang ditulis. Sebab itu , senyap lebih elok dari segalanya.

Kemana hilangnya hidangan puisi-puisi yang seringkali bikin aku terlena?

Atas apa sahaja alasan aku, demi kau, celaka babi haram.

Monday, September 19, 2011

Monolog 19092011

"Lighter satu, dik"

"Nak yang berapa ringgit?"

"Err ?"

"Seringgit empat puluh sen dengan seringgit lima puluh sen"

Tak rasa macam sedikit, pukimak seawal pagi ini?

Beza sepuluh sen tu , kau jamak lah sekali. Mangkuk.

Friday, September 16, 2011

Tuesday, September 13, 2011

To Whom It May Concern

Bet you are the twinkle in the sky...
Good Night...

smile

"All I ask of life," he says, "is a bunch of books, a bunch of dreams, and a bunch of cunt." As he mumbles this meditatively he looks at me with the softest, the most insidious smile.

"Do you like that smile?" he says. And then disgustedly - "Jesus, if i could only find some rich cunt to smile at that way!"

- Tropic of Cancer

Lilin Hati

Tiada ia sama jika tak kehabisan.

Monday, September 12, 2011

Ingatan Tulus

"Aku tidak pernah berpura-pura, menganggap itu semua tak pernah berlaku.."

Kekal dalam ingatanlah.

Sunday, September 11, 2011

sakit

Bontot aku dah macam nak berak darah.
Idea naik motor dari Rembau ke Port bukan benda yang munasabah walaupun selamat sampai.

Saturday, September 10, 2011

tunggu

Tunggu sampai aku naik ke langit untuk pesta merogol semua unicorn.

Don't front!

Friday, September 9, 2011

sangap!

Faham tak maknanya, bila terkandas di daerah membosankan dan tiba-tiba sangap pada sepinggan nasi kandar?

Dari rumah ini hendak kejalan besar sudah 500 meter yang gelap, tambah lagi 2 kilometer ke pekan berhampiran.
Tiada kenderaan melainkan sebuah BMW ( Jangan tanya siri, bukan aku punya )

Gila! Sabtu dengan Ahad ini macamana nak beli nombor?!

siaran

Aku bersiaran internet terus menerus dari daerah Rembau.

Ya, Rembau.

What the hell I am doing here!

Wednesday, September 7, 2011

Tak ubah apa-apa

Rokok masih bersisa, terletak begitu sahaja dicelahan ashtray. Hati aku tak kemana cuma khayal dalam nostalgia lepas-lepas, yang ianya adalah kesilapan aku.

Aku nikmati perlahan Free Bird, laungan Lynard Skynard. Solo yang memukau.

Sebelum aku terlupa.
Terima kasih Tuhan, atas nafas yang dikurniakan.

It's the next best thing to be

Whatever happened to the life that we once knew? Can we really live without each other?
Where did we lose the touch, that seemed to mean so much?
It always made me feel so....

Senarai

Jika aku mempunyai masa untuk mem-puki-mak-kan diri,
jangan risau, kamu bukan dalam senarai.

hey kamu

Jangan selalu tukar fikiran kepada yang lain. Berhenti dari membazirkan cahaya yang ada.

Sunday, September 4, 2011

Dia suka Milah

Petang itu, Milah sungguh gembira. Hatinya melonjak riang, tubuhnya bergoyang-goyang. Melenggang dia berjalan dari sekolah menghala ke rumah.
Banyak mata memandang, menyimpan perasaan.
"Milah anak gadis yang cantik" kata kebanyakan mereka.

Ramai anak muda menyimpan perasaan pada Milah. Tapi Milah jenis memilih, mahu yang terbaik untuk dirinya. Selama ini pun mata dan hatinya hanya terpaut pada seorang sahaja.

Yang lain tiada harapan pun.
  Bersiulan rancak. Iya, Milah gadis remaja sekolah yang pandai bersiul. Tapi ini bukan cerita pasal Milah pandai bersiul. Ini cerita pasal Milah, anak dara gebu yang bakal diratah.  

Tangan kanan Milah erat menggenggam surat yang baru diterimanya.
"Surat Cinta Pertama" kata hati Milah.
Tidak sia-sia dia menaruh harapan pada Idham, anak Pak Mail Pasar Borong.


Jejaka kacak yang selang sekelas dengannya.
  "Anak dara tak elok menyanyi kuat sangat" Tegur Mak Jah, ibu kepada Milah. Dia buat tak tahu sahaja akan teguran ibunya. Milah meniarap di ruang tamu, sambil membuka sampul surat itu dengan perasaan yang teramat gembira sekali.

Seperti yang dijangka, dia tidak bertepuk sebelah tangan.


"Idham suka Milah, sebab Milah comel.." di antara perkataan yang tertulis dalam surat tersebut. Milah jadi birah. Mengelamun jauh ke alam fantasi cinta.
 

Pertemuan di antara dua insan secara senyap akan ditetapkan di kemudian hari. Erti kata ringkas..'Deting' menurut bahasa Milah.  
Milah meniarap riang, berguling-guling sambil mulut petah menyanyikan lagu bait-bait asmara.

Zaman anak dara bergetah melonjak naik. Gebu dalam segenap pelusuk, menghairahkan.  
Mak Jah pandang Milah dengan ekor mata. "Milah oi..jangan lupo mandi" Magrib sudah dekat. 

Sebentar lagi pulang lah abah Milah dari kebun. 

"Iyolah, Milah nak poie mandi lah ni" Sahutnya. 

"Seri Langkat Kuala Tungkal, amboi
Padi pulut enak rasanya, sayang"
 
Riang-ria Milah nampaknya, berlagu. Maklumlah cinta berbalas, dengan jejaka kacak pula tu.  
"Ekau ni, kang ado yang kono sampuk me-magrib ni haa" Ibu Milah menegur perangai anak daranya. 

"Pandai Milah nyanyi..." kata mereka.  


Milah buat tak tahu sahaja teguran ibunya. Dia masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian sekolah. Habis ditanggalnya, lalu di salin berkemban dengan kain batik. 

Tuala diletakkan di atas kepala.
Berlenggang keluar rumah menghala ke bilik air.  


"Jangan nak bernyanyi manjang kek dalam bilik air tu, datang lak puako karang!" Pesan ibunya.  

"Kalau lah kail, kalau lah kail panjang sejengkal
Janganlah laut hendak diduga

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat

Dayunglah sampan menuju pulau, amboi
Bila sampainya daku tak tahu, sayang"
  Milah buat tak tahu lagi.
Mulut asyik sangat bernyanyi.Tubuh Milah bagaikan menari-nari sambil tangan ligat membersihkan tubuhnya dengan sabun.  
Sungguh menghairahkan Milah pada ketika itu, dengan hanya berkemban. Badan penuh dengan buih sabun.
Milah mahu tanggalkan kain kemban yang dipakainya agar mudah untuknya membersihkan tubuh.
 

"Cantik Milah, putih kulitnya, suaranya pun sedap" kata mereka.
"Aah, aku tak kira mahu ambil dia" sahut salah seorang dari mereka.
"Gila kau.." 


Dari pohon kelapa disebelah bilik air, dia meloncat naik keatas atap zink betul-betul diatas Milah.

"Ombak dan badai, ombak dan badai takkan kuhirau
Asalkan sampai tempat kutuju" sahut dia, bagaikan berduet dengan Milah
 
Milah terdiam. Rasa pelik. Siapa pula yang menyahut itu?
Bunyi suara yang kedengaran dari atas zink bilik air. 

Tak jadi untuk tanggalkan kain kemban.

"Siapa tu???" jerit Milah. Hatinya rasa tak sedap.

Gerak hatinya lantas mencadangkan agar Milah mendongak keatas siling bilik air.  

  Milah dongak keatas, badannya serta merta jadi seram sejuk.
Tangan yang tadinya memegang sabun , terlepas.

Kepala Milah hampir mahu pitam. Bulu roma pada lengan meremang. Lutut Milah jadi longgar. Mahu membaca ayat suci, tapi tiada kekuatan.
 

  Di atas Milah, lebih kurang dua inci dari muka ada lembaga yang terjojol kepalanya. Dia tersenyum memandang kearah Milah yang berkemban.

Lidahnya panjang, hampir menjalar kearah leher jinjang Milah.


Air liurnya menitis dengan banyak, hampir memasuki lurah kemban yang dipakai oleh Milah.

"Buahlah betik dalam perahu, amboi
Enak dimakan di hari petang, sayang"

Dia senyum, dia gembira. Anak dara ini bakal jadi miliknya. Boleh dibawa lari, mudah sahaja. Senja ini bakal mendatangkan hasil lumayan baginya.

Milah bagaikan tak bernyawa, hanya nafas kencang turun naik. Kepalanya jadi kosong seakan dijampi serapah.

"Seri Langkat lagunya ini, amboi

Bunga melati di dalam hidup, sayang

Bagaikan sifat, bagaikan sifat si batang padi
Makin berisi tambah merunduk

Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Seri Langkat
Seri Langkat "

Dia telah turun sepenuhnya dan kini dihadapan Milah. Matanya galak seakan 'membogelkan' tubuh Milah.


Dia perlahan berjalan mengelilingi Milah. Lidahnya bermain-main diantara leher dan tengkuk anak gadis ini.

"HEHE, SAYANG MARI IKUT AKU.." kata dia, yang kini memeluk Milah dari arah belakang. Badannya rapat pada tubuh Milah, manakala tangan yang berkuku hitam panjang melingkari perut Milah.


Milah mengumpul tenaga yang ada. Biarlah, buat kali terakhir untuk dia menjerit meminta pertolongan.

"OMAAAKK!! TOLONG MILAAAH!" pekik Milah dalam ketakutan.
Tapi sayang suara Milah tersangkut dikerongkong.  
 
Bagaikan sudah terlambat, dia memeluk tubuh Milah erat untuk dibawa terbang.
Hidungnya bergesel-gesel pada leher Milah. "HEHE, SEDAP BAU KAU", lemah tubuh Milah mendengarnya.  
Milah bakal hilang buat selamanya.   

PAAANGG!!!!


Pintu bilik air diterajang oleh orang tua Milah. 


Dengan sebilah parang ditangan, Abah Milah berdiri tegap mahu menuntut kembali anak dara kesayangannya. 

"Kau lepaskan anak aku tu!"   Dia tercengang. Ada sedikit berani, tapi banyaknya takut bermain dalam minda terlaknat. 


Perlahan pelukannya pada Milah dilonggarkan.  
Milah terjatuh,lalu merangkak kearah abah.

"TOLONG MILAH..TAKUT!!" tersedu-sedu Milah sambil memegang kaki abahnya.  

Abah Milah masih menggengam parang. Abah Milah tahu senjata tidak berguna untuk makhluk dihadapannya tapi dia cukup yakin kepada KekuasaanNya.  


Dia tersenyum, "TAK MENGAPA, KAU MENANG INI KALI..HEHE" lalu hilang dari pandangan. 

Ibu Milah berlari dari arah dapur rumah menuju kebilik air untuk mendapatkan anaknya.
"Alahai Milah..Omak dah pesan tadi.." Emak Milah yang tersedu-sedu peluk anak daranya kuat-kuat. 

"Sudahlah, awak bawak Milah naik keatas rumah," Kata Abah kepada Ibu Milah.  


Milah terselamat pada hari itu. Mujur abahnya pulang segera dan terus menuju kearah bilik air.. Pesan orang tua, jangan kita buat tak endah.

Saturday, September 3, 2011

Friday, September 2, 2011

pagi

Selalunya, aku tak boleh buat tak kisah pada benda-benda manis yang pernah terjadi dalam hidup.

Apa-apa pun terima kasihlah.

Pagi-pagi sudah mengarut.

xoxo