Thursday, June 30, 2011

Perjalanan silam

Bila merasakan aku perlu buang beban, dan tumpu pada kesunyian, akan bermulanya perjalanan ke tempat asal.
Suatu ketika dahulu, ia hebat.

Kini hanyalah, kedengaran tangisan para syuhada anarkis.
Dalam satu daerah terbuang.


Jadi, perjalanan tak terancang bermula apabila seorang sahabat yang mahu bergerak tempat kerja menuju ke Tampin, daerah isterinya bekerja.
"Ikut aku? nanti singgah kampung kau. Aku hantarlah."
Aku anggukkan sahaja. Terbilang dalam jari , cuti dua hari boleh aku manfaatkan untuk sekali ini melawat daerah yang lama aku lupakan.

Perjalanan yang tak jauh, cuma aku sahaja yang degil. Merajuk entah apa-apa.
Stereng kereta usang dipusing-pusing meredah Selangor hingga ke Negeri Sembilan. Singgah sekejap di Port Dickson untuk menyerahkan bekalan kepada seseorang.
Kami tiba di kawasan kampung, tika harinya gelap sekitar jam sebelas malam.

"Kau nie ingat lagi ke jalan balik?" Ayat yang diputarkan oleh kawan, setelah kami sesat sampai ke dalam kawasan perkuburan.

"Celaka, aku rasa macam salah suluh lampu kereta.." Dengus kawan aku.
Apa kau boleh jangka dalam kegelapan disekitar kawasan perkuburan? Tok nenek yang telah lama mati bergayut diatas pohon manggis? Mereka tidak pemurah untuk memberikan sebarang nombor ekor kecuali dengan menunjukkan muka yang sadis, dan jika tersilap lihat, bertaring.


Hanya rumah Imam kampung menjadi pedoman aku. Belakang rumahnya , adalah rumah peninggalan arwah datuk.

Bukan orang asing, dek kerana 'perjuangan orang lama' yang kahwin banyak. Isteri tok imam adalah adik tiri kepada arwah nenek. Pusing-pusing, peribahasanya tetap sama, aku takkan berlapar disini.

Mahligai rasmi imam kampung.

Dalam kegelapan tercari-cari mana arah pintu pagar rumah. Agak sunyi sekali, buat aku tersedar yang tiada siapa didalamnya.

Mungkin nasib sedikit baik, salam aku bersambut. Ada Mak Ucu yang membuka pintu. Antara manusia yang cukup memahami jiwa aku yang tak pernah berkata-kata.
Dia pulang bersama suaminya, pak cu yang agak asing bagi aku. Mereka berkahwin tak sampai setahun. Seorang duda. Asalkan Mak Ucu gembira aku tak kisah walau ramai membantah. Dia yang sanggup berparang untuk mempertahankan aku, maka aku disini (walaupun jauh) untuk mempertahankan pilihan hatinya.


Kediaman rasmi aku di kampung.

Rumah yang pada asalnya cukup kecil, muat-muat sahaja tapi arwah datuk cukup tekun berwawasan untuk membesarkannya. Tiga bilik tidur, tiga bilik air, hampir lima ruang luas (25 pintu,berpuluh tingkap- aku belum habis mengira jumlah tingkapnya sehingga kini) cukup untuk aku fahaminya setelah hampir sekian lama menyangkakan rumah ini ibarat kapal angkasa yang bergerak. 


Waktu Magrib, segala tingkap harus ditutup rapat. Nyamuk banyak.
Pernah aku bertanya
"Nak buat apa ni tuk, tambah-tambah rumah?"
"Senang anak cucu esok nak tidur.."



Dari arah ini, terlihat bilik mandi dibelakang pohon kelapa. 'Petunjuk sembahyang raya' bagi kami semua. Selagi Imam kampung tak keluar dari bilik air, maka masih ada waktu untuk melengahkan waktu untuk ke masjid bersembahyang sunat hari raya.

Sedikit sebanyak aku terasa bangga kerana setiap yang terdirinya, pasti aku hadir untuk memerhati atau membantu kerja tangan arwah datuk. Dia tegas dan baran. Tak boleh mengelat, maka kena bantu jugalah dalam kerja-kerja menaikkan pagar rumah, siling di dapur dan sebagai-bagainya lagi




Pohon belimbing ditepi rumah, ini adalah lebih enak dari melayan ganja. Masak lemak cili api dengan buah belimbing.Faham?




Bukan gambar untuk tujuan 'black metal' tapi lembu milik Imam kampung yang datang untuk mencari asylum dan menaburkan beberapa 'jerangkap samar'. Apa dedak kau makan sampai cair jer memanjang?hah?

Aku silap perkiraan, dia telah datang menyerang. Antara anjing dan lembu, aku lebih fobia pada yang terakhir itu. Lain macam weh!






Dibelakang rumah ada deretan pohon manggis, milik saudara-mara yang jauh berkelana di ibukota. Mereka tak kisah kalau tiba musim buah , kami beratur untuk 'menurunkan' buah manggis secara berkelompok. Janji ada sebesen dua untuk anak-anak mereka bila datang melawat. 


Duit hasil dari jualan kepada peraih, cukup untuk kami belanjakan di pasar malam untuk membeli seluar bundle.




Ini adalah reban ayam, kambing, itik dan sebagainya. Bermodalkan dekat seribu ringgit, haram tak terjaga selepas pemergian aku. Adik pernah bersemangat membela, tapi hatinya jadi runtuh bila semua ayam itik menjadi 'mangsa' jamuan di hari raya. 


"Benda dah jinak, kau bikin kawan, alih-alih jadi rendang?" kata dia.




"Kau nak buat apa tarik pokok bunga kertas jadi macam ini?"
"Besok kalau aku kahwin, nak nikah bawah pokok ni lah"
Dah siap, baru dia beritahu.."Orang nikah belah perempuan.."




Aku tak pasti lagi bila akan kembali ke daerah ini. Aku takkan dapat jangka bila masanya. Tapi 'benda biru' ini pasti akan aku tunggang lagi kelak..

kau tunggu aku tahun depan.Jangan rosak!


Aku ingin menyanyikan lagu retorik jiwa. Sedut dan hembus pada bingkai-bingkai kosong, kepulan asap rokok, bebas sayuran. Aku ingin menyanyikan lagu penuh sinikal.

Buka dan tutup bekas Nescafe, 3 sudu penuh, sedikit gula, bebas mengantuk.

Aku ingin buang nikmat membaca dan memerhati para fasis yang mencemburui segalanya. Mereka melimpahkan alam maya ini dengan idealogi yang betul, menidakkan segala yang tak bermoral.

Lanskap kehidupan mereka meriah dengan irama-irama kebersihan naluri.

Biarkan aku hanyut dalam geli-geleman puisi Gibran. Menikmati alunan dengan riang-ria tanpa diskusi pemberat otak.

Sekian

Tuesday, June 28, 2011

dahulunya, kata dia

Circa 2003

Dia : Boleh bikin sesuatu untuk aku?

Aku : Apa?

Dia : Sekali sekala..cubalah belajar untuk setia, demi aku

tuju tuju tinggam terlaknat

hanya singgah

Bila merasakan aku perlu buang beban, dan tumpu pada kesunyian, akan bermulanya perjalanan ke tempat asal.
Suatu ketika dahulu, ia hebat. Kini hanyalah, kedengaran tangisan para syuhada anarkis.
Dalam satu daerah terbuang




















Aku terpaksa mengira lebihan suku-sakat yang tinggal, hadir dalam bentuk titisan gerimis yang lesu, kecundang.


Monday, June 27, 2011

Wednesday, June 22, 2011

keinginan tak bermoral aku..

Aku ingin menyanyikan lagu retorik jiwa. Sedut dan hembus pada bingkai-bingkai kosong, kepulan asap rokok, bebas sayuran.

Aku ingin menyanyikan lagu penuh sinikal. Buka dan tutup bekas Nescafe, 3 sudu penuh, sedikit gula, bebas mengantuk.

Aku ingin buang nikmat membaca dan memerhati para fasis yang mencemburui segalanya. Mereka melimpahkan alam maya ini dengan idealogi yang betul, menidakkan segala yang tak bermoral. Lanskap kehidupan mereka meriah dengan irama-irama kebersihan naluri.

Biarkan aku hanyut dalam geli-geleman puisi Gibran. Menikmati alunan dengan riang-ria tanpa diskusi pemberat otak.

Tuesday, June 21, 2011

Hilang

Sejak bila aku menjadi sesuatu yang menyesakkan? Bukan kerana mahu, aku tak inginkan serupa ini.

Bila terasa sesak hidup, berselindung dibalik pintu bilik, aku mahu keluar. Rimas dengan lautan masalah dan kepulan asap rokok. Aku hisap rokok terus menerus secara kronik dan kopi, gaya kolonial punk.
Atau sedikit masa lalu, terbongkang langgar tiang akibat mabuk yang teramat sangat.

Mungkin muzik banyak mempengaruhi emosi aku. Atau gangguan dari langit biru. Atau 'pelawat-pelawat' kehidupan. Dewa-dewi yang hancur. Bidadari yang tak menjadi. Semua datang, untuk aku pertuhankan.

Led Zep, DEP, segala macam grindcore dan sedikit jazz. Bukan Metal, aku tak pernah memahami istilahnya.
Tali gitar aku pun sudah tinggal 5 string. Barulah punkish, kan? Tak boleh aku hendak 'impress' sesiapa pun setakat 3 kord yang aku tahu dan main berulang kali.


Jarang aku mahu menulis, mengenai apa sahaja. Jika ada, dalam keadaan buka/tutup laman blog. Dahulu tiada CMS macam ini, dahulu aku bina guna pearl, macam celaka.

Dilahirkan untuk hidup macam semua programmer, yang kelaparan. Pernah aku merempat dibandar yang jauh dari rumah untuk bait-bait dalam  C++JAVA PHP , mengharap pada bayaran yang tertunggak.

Bandar yang penghuninya akan berasa pelik jika ada seorang melayu beli 3-4 tin beer, tapi tak pernah hairan kalau lihat budak kampung main ganja tepi simpang. Hakikatnya, golongan yang terakhir itu lebih cool dari aku yang mabuk alkohol bersendirian. Gadis-gadis mudah tertarik pada mereka.

Aku tiada isu untuk mereka yang menggunakan ganja atau dadah..Bonham, Hendrix, Cobain, Marley..
Cuma tiada nasib bagi aku, mereka lebih dinantikan.
Disana, hari-hari makan lebihan kurma puasa tahun sebelumnya. Babi punya majikan.

Tak perlu lagi untuk semua itu.Aku korbankan prinsip untuk kepuasan berbelanja dan konsumerisme. Kerja yang aku ada sekarang jauh lebih baik bayarannya, cuma tiada masa untuk semua orang.

Celaka! aku masih ada hati, atau jantung, atau jiwa, atau perasaan, atau nafsu.

'Kau buat apa'
'Aku tengah try buat coklat' kata adik aku.

Adik nombor dua, ibu kepada Si Paris, yang paling keras kepala dalam sejarah adik beradik aku. Mood swing yang segila-gilanya, tapi dia faham aku. Tak perlu untuk aku memahaminya.

Aku lihat semacam coklat berwarna hijau.
'Wasabi ke apa ni?'
'Hah?'
"Wasabi ke?'
'Hah, ape tu?'

Coklat berwarna hijau. Perisa mint rupanya. Eloklah, tak boleh aku jamah.(Dia paksa aku jamah akhirnya)

'Kau nak makan ke?'
'Tak mahu.Kenyang' walau perut aku dalam keadaan anarki, huru-hara.

Menyusahkan dan tersusahkan untuk aku elak.
'Mo gi mana' tanya adik ipar yang baru pulang dari main bola.
Atau berjogging atau mengeluarkan peluh. Aku jenguk ke arah padang puaka, sunyi.

'Kuar kejap'
'Balik tak malam ni?'

Bukan kerana dia menyibuk, hanya sekadar lakaran peramah. Dia juga seorang jiran yang bagus, semua orang masuk rumah dia nampak dia, peramah sangat. Seorang bapa yang jarang sekali aku lihat memarahi anak-anak.

'Anak-anak nie, kawan kita'
Yelah, cuba kau cakap macam itu pada bapak mertua kau, bapak aku.
Aku tak pernah berbicara dengannya semenjak tahun 2006.


Meronda aku diluar rumah mencari tenang, dan sedikit nasi atau makanan atau apa sahaja selain dari alkohol.
Aku selesaikan dengan berada dalam hiruk-pikuk kaunter makanan segera.

'Makan sini atau takeaway , Sir?'
Sedikit pukimak bahasanya, ' Bungkus.Kentang size large...dan kopi'
Benar, aku boleh hidup dalam longgokan kentang goreng, dan kopi..wajib.

'Lawa baju, bang'
'Err haah'
'Study sana ke dulu?'
Dulu? ceh
'Tak..kawan punya'
Aku rembat dari almari ex-gf semasa tergesa-gesa mahu keluar dari rumahnya.
Bukan saiz dia pun, mungkin orang lain punya. A very young talented PR , blogger hebat, ada tattoo , rasanyalah. Dia masih marah pada aku mungkin.


Selangkah keluar dari kedai makanan segera, telefon bimbit berbunyi
'Aku on the way'
Kawan yang datang bawa duit untuk aku. Bagus, rezeki sudah sampai.
'Kau datang lewat sedikitlah.Aku baru nak makan'
'Okay'
'Jangan datang rumah aku bawa basikal'

Kegilaan orang zaman sekarang, berkayuh dengan basikal fixie. Menyusahkan kalau dia datang dalam keadaan baru lepas kena rompak. Kawasan tempat aku ini penuh dengan mafia kecil. Perlu jaga keselamatan wang aku juga.

Sampai sahaja dirumah, aku masuk. Kelihatan ada tiga ketul coklat berwarna hijau di hadapan bilik aku, atas mesin basuh...Celaka, kena jamah juga akhirnya.

kata dia lagi..

"I eat as much as I ever did, I drink more than I should, and my sex life is none of your goddamned business."  - John Wayne, 1971 Playboy interview.

Monday, June 20, 2011

susun batang mancis lagi

Aku berjanji mahu susun semula hidup ini. Macam susun batang-batang mancis. Lurus-lurus, tak mahu selerak.

Tapi , apakan daya.

Bukan untuk aku, semua yang dihadapan ini.

Sunday, June 19, 2011

marathon

Dalam satu larian kehidupan, aku berjaya ukur dan sukat kebolehan sendiri.

Tetapi, untuk beberapa marathon seterusnya, aku lemah dan hampir mengalah.

*"

I should like to be there when Fanny opens the trunk,
"See, Fanny, this is what I wear in Budapest from an old Jew.... This is what they wear in Bulgaria - It's pure wool.... This belonged to the Duke of something or other - no, you don't wind it, you put it in the sun .... This I want you to wear, Fanny, when we go to the Opera .... wear it with that comb i showed you .... And this, Fanny, is something Tania picked up for me .... she's a little on your type ...."

And fanny is sitting there on the settee, just as she was in the oleograph, with Moe on one side of her and little Murray,  Murray the genius, on the other. Her fat legs are to little too to reach the floor.

Her eyes have a dull permanganate glow. Breast like ripe red cabbage; they bobble a little when she leans forward.

But the sad thing about her is that the juice have been cut off. She sits there like a dead storage battery; her face is out of plumb - it needs a little animation, a sudden spurt of juice to bring back into focus.

Maldorf is jumping around in front of her like a fat toad.
His flesh quivers. He slips and it is difficult for him to roll over again on his belly.

She prods him with her thick toes. His eyes protrude a little further.

"Kick me again, Fanny, that was good." She gives him a good` prod this time - it leaves a permanent dent in his paunch. His face is close to the carpet; the wattles are joggling in the nap of the rug. He livens up a bit, flips around, springs from furniture to furniture.

"Fanny, you are marvelous!"

He is sitting now on her shoulder. He bites a little pieces from her ear, just a little tip from the lobe where it doesn't hurt.

But she still dead - all storage battery and no juice. He falls on her lap and lies there quivering like a toothache.
He is all warm now and helpless. His belly glistens like a patent leather show. In the sockets of his eyes a pair of fancy vest buttons.

"Unbutton my eyes, Fanny, I want to see you better!"
Fanny carries him to bed and drops a little hot wax over his eyes. She puts rings around his navel and a thermometer up his ass.

She places him and he quivers again. Suddenly he's dwindled, shrunk completely out of sight. She searches all over for him, in her intestines, everywhere.

Something tickling her - she doesn't know where exactly. The bed is full of toads and fancy vest buttons.
"Fanny, where are you?" Something is tickling her - she can't say where.

The buttons are dropping of the bed. The toads are climbing the walls. A tickling and tickling.
"Fanny, take the wax out of my eyes! I want to look at you!" But Fanny is laughing, squirming with laughter.

There is something inside her, tickling and tickling. She'll die laughing if she doesn't find it.
"Fanny, the trunk is full of beautiful things. Fanny do you hear me?" Fanny is laughing, laughing like a fat worm.

Her belly is swollen with laughter. He legs are getting blue.
"O God, Morris, there is something tickling me.... I can't help it!"
"
 *an excerpt , Tropic of Cancer, 1934

So you see why

"..Once in the while I must let myself be sucked by a Lesbian..."

Disini

Ia..tiada kena mengena dengan kau...

Mungkin kesilapan aku, menyangka jika turun taraf itu, masih ada nilai persahabatan.
Dalam kekalutan aku pada waktu itu, memikirkan jika ada yang sudi membantu, - aku silap kerana mencari salah tempat.
Maaflah jika ia tak bisa bikin kau senang.

Ia sekadar , dalam cerita ini, aku menghormati dan masih anggap kenangan itu suci dan persahabatan itu mulia.

Bukan untuk suka-suka, bukan untuk kepuasan sendiri, bukan untuk aku injak-injak kan diri ini pada sesuatu yang pakai buang.


Terpulang jika anggapan, aku mempergunakan kepercayaan itu sesuka hati..tak mengapa, kau boleh letak kesalahan itu pada aku. Aku layak.

Ego aku tinggi, tapi aku masih boleh laraskannya, untuk keperluan dan sedikit penghormatan pada kau.


Bukan logikal yang aku pegang.

Saturday, June 18, 2011

Adalah sesuatu yang perlu.



2006
" I should have known.."

"Tidak sayang..tidak..maafkan sahaja cinta ini.."

"Tidak akan saya maafkan awak"

"Pergilah..sejauh mana awak mahu pergi.Walaupun semuanya tak mahu bertegur sapa denganmu"

"Tapi, saya akan mati tanpa awak.."

"Percayalah, awak akan hidup lama tanpa saya..awak akan bahagia tanpa saya seksa awak setiap hari"


2005

"Sanggup ke tunggu aku?"

"Sanggup.."

"Walau tiada apa yang dapat aku berikan sebagai jaminan?"

"Walau apa sahaja yang 'tidak akan' kau berikan, aku turutkan"

"Walau hakikatnya aku tidak lagi suci?"

"Iya, kerana kau tetap indah tanpa sempadan masa.."

"Kau mulut manis"

"Kau kuat membebel.."

"Hahaha"

2004
"Kalau tak dapat milik kau, biarlah sekadar dapat menatap wajah setiap hari"

"Okay, janji kau datang ke kuliah setiap hari?"

"Janji"

"Janji yang kau akan ada di pintu pagar, menjemput bila aku turun dari bas?"

"Setiap minggu, walau dalam keadaan basah kuyup sekalipun."

"Okay, lain kali bawa payung. Dengan aku sekali basah ni.."

1997
"Tapi , saya suka kat awak.."

"Terlalu jauh , awak..terlalu jauh untuk awak ketahui apa yang saya inginkan"


1996

"Abang mahu pergi?"

"Aah"

"Kenapa?"

"Sebab serabut jiwa.."

1995
"Dia tanya, kenapa kau buat begitu?"

"Begitu, apa dia?"

"Buat benda yang tak sama macam orang lain?"

"Orang lain buat apa? pakai seluar labuh pergi ke sekolah?"



I never wanna leave, i never say goodbye..Forever, whenever, Forever, whenever

Semua tahun tersebut hanyalah sedikit dari fragment kehidupan aku. Sedikit sejarah dari apa yang aku ingat, tapi gagal untuk mempelajarinya.

Puas aku berlari, menjauhkan aku dari diri sendiri.
Cuma seketika ini aku berehat, dalam transit.

Dalam perhentian transit ini, aku ada buka juga ruangan untuk sesiapa sahaja yang mahu berhenti, berteduh.

Ada yang datang sekejap sahaja, ada yang pergi tanpa pesan, ada yang terus menerus hadir dalam dimensi yang berlainan (dia, keras hati dan mahu kembali kepada masa lalu),
ada pula yang aku 'halau' dengan senyuman.


Puas aku hidup dalam siri melankolik, siri anarkis, siri liberal dan sedikit gangguan dari langit biru.

Kamu, boleh sahaja membaca di sini, kutip dan hadam segala cerita benar, kecewa, fantasi yang aku salurkan.

Salahkan aku sahaja, segalanya. Tak mengapa, aku mohon maaf. Aku perlu melakukannya kerana kehilangan kau adalah sesuatu yang perlu.

Thursday, June 16, 2011

buat dia disana

Jadi kuat, dan belajar sesuatu untuk pulihkan kehidupan



carpe diem!

jalan transit

Ini bukan kali pertama dan tidak akan jadi yang terakhir.

Setiap malam, awan akan malu-malu untuk berada ditengah antara bumi dan kilauan bintang. Setiap kelompok bintang mewakili satu kenangan, ingatan atau memori, yang aku sendiri sampai sekarang tak pasti, apakah yang sedang atau patut aku lakukan.


Disini aku selalunya keseorangan. Tiada siapa yang sukakan kesunyian, kan? Aku tak pasti adakah wajar mencari atau mengajak sesiapa untuk mengait bintang bersama-sama.
Mungkin itu, aku takut ianya akan berakhir dengan penyesalan dan kesedihan.


Aku mempunyai sifat bersabar dan sudi menanti, walau untuk berjuta tahun (selagi ada kerlipan bintang pada waktu malam). Kesabaran yang aku miliki untuk menanti, melebihi apa yang aku ada untuk diri sendiri. Sekadar mengatakan siapa diri aku yang sebenarnya.

Mungkin aku harus bermula dari sifar, maknanya banyak yang perlu aku pelajari, semula.

Tuesday, June 14, 2011

Kamera

Bila sendiri-sendiri ini, aku lebih mellow.Hilang segala kemahiran radikal, sinikal. Yang tinggal, hanya sifat melankolik jiwa. Jadi lemah dan pemalu pada persekitaran.

Bukan seperti dahulu , lantang bersuara, keras hati dan tegas. Bukan seperti dahulu yang senang-lenang makan mencangkung tepi perhentian bas klang, atau hisap rokok sebatang tapi kongsi ramai-ramai , atau curi-curi makan pada lebihan dikedai makanan segera.

Dalam satu ketika, aku pernah jadi runsing berbekalkan wang RM600 sebulan, tapi berhajat mahu genggam impian besar.

Kami tak pernah bergambar. Kalau dapat pun, bila berkumpul ramai-ramai dengan sanak saudara. Dengan kata lain, terlalu miskin untuk memiliki kamera.

Kini, hampir 3 set telefon mudah alih, siap dengan binaan kamera yang tak pernah terdetik untuk aku gunakan untuk jadi memori. Sesuatu yang perlu aku anggap kenangan sekarang.

Sekarang dalam kesusahan? Dahulu, sejuta kali lagi susah apa?

kenapa?

sebab dia selalu betul..

Monday, June 13, 2011

would?

Thinking something today, but I am sure it wasn't important anyway

It is like, right the fuck now..

Saturday, June 11, 2011

sekali ini

Akan ada suatu masa, bila aku merasai seluruh dunia takkan mencukupi.
Bila ada satu masa kelak, aku tukarkan segalanya dengan perasaan diam dan terasing dalam ruang sendiri.

Tidak aku menyukai keterasingan ini, mahu pun membencinya.

Tuhan, berikan aku masa, sekali lagi.

Friday, June 10, 2011

Til the best part of you starts to twitch

Freak out!
I'm alone now .I feel just like I'm losin´ my mind .´Cause love is like the right dress
On the wrong girl.You never know what you´re gonna find.

You never know what you´re gonna find .You think you´re fine as calamine but not enough to scratch a seven year itch .´Cause love is like the last licks
Outta Hendrix...

You think you´re high and fine as wine.Then you wind up like a dog in a ditch .´Cause love is like wrong turn
On a cold night...yeah


Wednesday, June 8, 2011

katanya lagi..

I can't remember all the times I tried to tell myself to hold on to these moments as they last

God Of Thunder

Going back and forth again

Go to hell with others pointless things,

But now what?

Is there a place in your heart?
You know,

It's a place where a garden never grows?

You should have known better.

Tuesday, June 7, 2011

Walk

A million miles away. Your signal in the distance.To whom it may concern
I think I lost my way. Getting good at starting over. Every time that I return

I'm learning to walk again. I believe I've waited long enough.Where do I begin?
I'm learning to talk again. Can't you see I've waited long enough
Where do I begin?

Do you remember the days. We built these paper mountains. And sat and watched them burn
I think I found my place, Can't you feel it growing stronger
Little conqueror

I'm learning to walk again. I believe I've waited long enough.Where do I begin?
I'm learning to talk again. I believe I've waited long enough
Where do I begin?

Now
For the very first time. Don't you pay no mind.Set me free again
You keep alive a moment at a time.But still inside a whisper to a liar,To sacrifice but knowing to survive
The first to find another state of mind ,I'm on my knees, I'm waiting for a sign.

Forever, whenever
I never wanna die
I never wanna die
I never wanna die
I'm on my knees
I never wanna die
I'm dancing on my grave
I'm Running through the fire
Forever, whatever
I Never wanna die
I Never wanna leave
I'll Never say goodbye
Forever, whatever
Forever, Whatever

I'm learning to walk again. I believe I've waited long enough. Where do I begin?
I'm learning to talk again. Can't you see I've waited long enough
Where do I begin?

I'm learning to walk again. I believe I've waited long enough
I'm learning to talk again. Can't you see I've waited long enough

Biarkanlah

Dulu, kini atau hingga masa depan , aku tetap orang lain. Biar jauh, biar berzaman.
Hingga akhir nanti, milik berseorangan..

"Supaya tiada apa yang harus dicemburui?"

Dunia akan berasa tak senang melihat aku, jika berjaya memiliki satu bintang
yang tak pernah gagal berkerlipan.

Sunday, June 5, 2011

Beggars And Hangers On

God help me rid this feelin', Cause i'm fallin' to pieces
And i can't get out of bed
...

Saturday, June 4, 2011

Not Enough

"Takkan mencukupi...jika dituangkan selautan air itu kedalam rongga untuk menghilangkan kehausan.."

sekarang ini

Berada dalam satu temasya hidup.

"I love you when you bow in your mosque, kneel in your temple, pray in your church. For you and I are sons of one religion, and it is the spirit." - Khalil Gibran

Thursday, June 2, 2011

hey hey hey anarki aku

Mengait bintang dilangit untuk ditunjukkan satu-satunya, keadaan aku.
Kehidupan biasa, sebahagian aku,


"In your mind, called me up, in your mind."

Wednesday, June 1, 2011

Wasting Light by Foo Fighters


Ini adalah mereka, post-grunge, rock tanpa henti, kemarahan, hingar-bingar, deretan hentakan drum yang kau tahu, lirik untuk kuotasi hidup.

Bila kita lihat kembali, dengan ingatan segar, segalanya umpama...

I have nothing to offer you but myself