Saturday, June 18, 2011

Adalah sesuatu yang perlu.



2006
" I should have known.."

"Tidak sayang..tidak..maafkan sahaja cinta ini.."

"Tidak akan saya maafkan awak"

"Pergilah..sejauh mana awak mahu pergi.Walaupun semuanya tak mahu bertegur sapa denganmu"

"Tapi, saya akan mati tanpa awak.."

"Percayalah, awak akan hidup lama tanpa saya..awak akan bahagia tanpa saya seksa awak setiap hari"


2005

"Sanggup ke tunggu aku?"

"Sanggup.."

"Walau tiada apa yang dapat aku berikan sebagai jaminan?"

"Walau apa sahaja yang 'tidak akan' kau berikan, aku turutkan"

"Walau hakikatnya aku tidak lagi suci?"

"Iya, kerana kau tetap indah tanpa sempadan masa.."

"Kau mulut manis"

"Kau kuat membebel.."

"Hahaha"

2004
"Kalau tak dapat milik kau, biarlah sekadar dapat menatap wajah setiap hari"

"Okay, janji kau datang ke kuliah setiap hari?"

"Janji"

"Janji yang kau akan ada di pintu pagar, menjemput bila aku turun dari bas?"

"Setiap minggu, walau dalam keadaan basah kuyup sekalipun."

"Okay, lain kali bawa payung. Dengan aku sekali basah ni.."

1997
"Tapi , saya suka kat awak.."

"Terlalu jauh , awak..terlalu jauh untuk awak ketahui apa yang saya inginkan"


1996

"Abang mahu pergi?"

"Aah"

"Kenapa?"

"Sebab serabut jiwa.."

1995
"Dia tanya, kenapa kau buat begitu?"

"Begitu, apa dia?"

"Buat benda yang tak sama macam orang lain?"

"Orang lain buat apa? pakai seluar labuh pergi ke sekolah?"



I never wanna leave, i never say goodbye..Forever, whenever, Forever, whenever

Semua tahun tersebut hanyalah sedikit dari fragment kehidupan aku. Sedikit sejarah dari apa yang aku ingat, tapi gagal untuk mempelajarinya.

Puas aku berlari, menjauhkan aku dari diri sendiri.
Cuma seketika ini aku berehat, dalam transit.

Dalam perhentian transit ini, aku ada buka juga ruangan untuk sesiapa sahaja yang mahu berhenti, berteduh.

Ada yang datang sekejap sahaja, ada yang pergi tanpa pesan, ada yang terus menerus hadir dalam dimensi yang berlainan (dia, keras hati dan mahu kembali kepada masa lalu),
ada pula yang aku 'halau' dengan senyuman.


Puas aku hidup dalam siri melankolik, siri anarkis, siri liberal dan sedikit gangguan dari langit biru.

Kamu, boleh sahaja membaca di sini, kutip dan hadam segala cerita benar, kecewa, fantasi yang aku salurkan.

Salahkan aku sahaja, segalanya. Tak mengapa, aku mohon maaf. Aku perlu melakukannya kerana kehilangan kau adalah sesuatu yang perlu.

No comments:

Post a Comment