Tuesday, June 21, 2011

Hilang

Sejak bila aku menjadi sesuatu yang menyesakkan? Bukan kerana mahu, aku tak inginkan serupa ini.

Bila terasa sesak hidup, berselindung dibalik pintu bilik, aku mahu keluar. Rimas dengan lautan masalah dan kepulan asap rokok. Aku hisap rokok terus menerus secara kronik dan kopi, gaya kolonial punk.
Atau sedikit masa lalu, terbongkang langgar tiang akibat mabuk yang teramat sangat.

Mungkin muzik banyak mempengaruhi emosi aku. Atau gangguan dari langit biru. Atau 'pelawat-pelawat' kehidupan. Dewa-dewi yang hancur. Bidadari yang tak menjadi. Semua datang, untuk aku pertuhankan.

Led Zep, DEP, segala macam grindcore dan sedikit jazz. Bukan Metal, aku tak pernah memahami istilahnya.
Tali gitar aku pun sudah tinggal 5 string. Barulah punkish, kan? Tak boleh aku hendak 'impress' sesiapa pun setakat 3 kord yang aku tahu dan main berulang kali.


Jarang aku mahu menulis, mengenai apa sahaja. Jika ada, dalam keadaan buka/tutup laman blog. Dahulu tiada CMS macam ini, dahulu aku bina guna pearl, macam celaka.

Dilahirkan untuk hidup macam semua programmer, yang kelaparan. Pernah aku merempat dibandar yang jauh dari rumah untuk bait-bait dalam  C++JAVA PHP , mengharap pada bayaran yang tertunggak.

Bandar yang penghuninya akan berasa pelik jika ada seorang melayu beli 3-4 tin beer, tapi tak pernah hairan kalau lihat budak kampung main ganja tepi simpang. Hakikatnya, golongan yang terakhir itu lebih cool dari aku yang mabuk alkohol bersendirian. Gadis-gadis mudah tertarik pada mereka.

Aku tiada isu untuk mereka yang menggunakan ganja atau dadah..Bonham, Hendrix, Cobain, Marley..
Cuma tiada nasib bagi aku, mereka lebih dinantikan.
Disana, hari-hari makan lebihan kurma puasa tahun sebelumnya. Babi punya majikan.

Tak perlu lagi untuk semua itu.Aku korbankan prinsip untuk kepuasan berbelanja dan konsumerisme. Kerja yang aku ada sekarang jauh lebih baik bayarannya, cuma tiada masa untuk semua orang.

Celaka! aku masih ada hati, atau jantung, atau jiwa, atau perasaan, atau nafsu.

'Kau buat apa'
'Aku tengah try buat coklat' kata adik aku.

Adik nombor dua, ibu kepada Si Paris, yang paling keras kepala dalam sejarah adik beradik aku. Mood swing yang segila-gilanya, tapi dia faham aku. Tak perlu untuk aku memahaminya.

Aku lihat semacam coklat berwarna hijau.
'Wasabi ke apa ni?'
'Hah?'
"Wasabi ke?'
'Hah, ape tu?'

Coklat berwarna hijau. Perisa mint rupanya. Eloklah, tak boleh aku jamah.(Dia paksa aku jamah akhirnya)

'Kau nak makan ke?'
'Tak mahu.Kenyang' walau perut aku dalam keadaan anarki, huru-hara.

Menyusahkan dan tersusahkan untuk aku elak.
'Mo gi mana' tanya adik ipar yang baru pulang dari main bola.
Atau berjogging atau mengeluarkan peluh. Aku jenguk ke arah padang puaka, sunyi.

'Kuar kejap'
'Balik tak malam ni?'

Bukan kerana dia menyibuk, hanya sekadar lakaran peramah. Dia juga seorang jiran yang bagus, semua orang masuk rumah dia nampak dia, peramah sangat. Seorang bapa yang jarang sekali aku lihat memarahi anak-anak.

'Anak-anak nie, kawan kita'
Yelah, cuba kau cakap macam itu pada bapak mertua kau, bapak aku.
Aku tak pernah berbicara dengannya semenjak tahun 2006.


Meronda aku diluar rumah mencari tenang, dan sedikit nasi atau makanan atau apa sahaja selain dari alkohol.
Aku selesaikan dengan berada dalam hiruk-pikuk kaunter makanan segera.

'Makan sini atau takeaway , Sir?'
Sedikit pukimak bahasanya, ' Bungkus.Kentang size large...dan kopi'
Benar, aku boleh hidup dalam longgokan kentang goreng, dan kopi..wajib.

'Lawa baju, bang'
'Err haah'
'Study sana ke dulu?'
Dulu? ceh
'Tak..kawan punya'
Aku rembat dari almari ex-gf semasa tergesa-gesa mahu keluar dari rumahnya.
Bukan saiz dia pun, mungkin orang lain punya. A very young talented PR , blogger hebat, ada tattoo , rasanyalah. Dia masih marah pada aku mungkin.


Selangkah keluar dari kedai makanan segera, telefon bimbit berbunyi
'Aku on the way'
Kawan yang datang bawa duit untuk aku. Bagus, rezeki sudah sampai.
'Kau datang lewat sedikitlah.Aku baru nak makan'
'Okay'
'Jangan datang rumah aku bawa basikal'

Kegilaan orang zaman sekarang, berkayuh dengan basikal fixie. Menyusahkan kalau dia datang dalam keadaan baru lepas kena rompak. Kawasan tempat aku ini penuh dengan mafia kecil. Perlu jaga keselamatan wang aku juga.

Sampai sahaja dirumah, aku masuk. Kelihatan ada tiga ketul coklat berwarna hijau di hadapan bilik aku, atas mesin basuh...Celaka, kena jamah juga akhirnya.

No comments:

Post a Comment