Thursday, July 28, 2011

Hatibesi, Racun dan kultus rock



Circa 96', Zam The Dirty Dogs seret aku ke sebuah pusat beli belah di klang yang makin usang untuk mencari beberapa kaset-kaset band rock, untuk sedikit ilusi rock kapak.

Aku capai Chastain, Poison dan Steelheart.Cukup murah, jual lambak.Tak ingat pula tajuk album mereka.Untuk seminggu dua aku letak semua kaset Led Zep dalam laci :p dan mainkan tiga kaset yang aku beli itu back to back , out loud...!

Lepas 2 minggu, aku tuned-kan kembali telinga dengan Plea For Peace dan Dashown 'Arm in Arm'

Sunday, July 24, 2011

Ini Untuk Selamanya

"I exist. It is soft, so soft, so slow. And light: it seems as though it suspends in the air. It moves. "

Aku seperti biasa pada petang ini, duduk dan duduk dan duduk dengan 12 oz tumbler penuh dengan fresh brewed coffee kegemaran.

Cuba aku nyalakan rokok, tapi tak menjadi. Sayang pada jasad sendiri. Rindu pada saki baki kasih sayang yang masih  banyak..tak pernah terjual. Tidak aku menjualnya, sebelum ini. Maka ianya bukanlah sisa apa-apa.


Teringat aku pada rangkap nukilan Khalil Gibran
"Half of what I say is meaningless, but I say it so that the other half may reach you."


Sama macam apa yang pernah diceduk kembali oleh Lennon dalam album The Beatles, 1968. Aku belum lahir lagi pada waktu itu.


Bermandian aku pada lautan puisi yang asyik seperti kata Rimbaud
"Je me suis baigné dans le Poème,De la Mer...Dévorant les azurs verts."
Tapi tidak sepertinya, aku enggan turut serta untuk melihat turun naiknya kelibat cahaya yang menerangi hari siang.

Aku lebih rela pimpin tangan dan menyaksikan malam yang penuh keindahan, bermandian cahaya bintang kejauhan.Bersedia untuk menaiki perjalanan yang jauh untuk menjejak satelit yang hilang.

Pada kadar ini, tak terlukis apa yang hendak aku terjemahkan, cuma menanti saat-saat bintang semua muncul di atas lelangit senja.


Pernah ternukil pada suatu ketika
"Jealousy which brings you nowhere,with your coldest stare" kata DEP.

Ini, membikin aku takut membawa bagasi cinta untuk menyerah kepada seisi dunia. Satu cahaya yang kian kelam, tapi agak terangsang kini dek satu henjutan hidraulik kasih sayang.

Disini aku menanti, disini aku sendiri. Tak mengharap apa-apa kecuali pada satu titik dilangit yang seakan bawa kegembiraan. Walau untuk sesaat, walau untuk satu renjatan, aku rela terbakar dalam keceriaan.
Aku tuan punya tempat, kamu duduklah selama mungkin.
Hidup kita disini berbumbungkan cahaya bintang, berselimutkan embun segar , tanpa perlu bicara.

Terjemahan aku mungkin berlainan, tapi percayalah ianya sama. Menghala pada satu vektor yang selari pada keinginanmu.


This One's Forever
They said there's a hope for you, One for me and some for everybody
But what difference does it make, When this hope got no possibility?
So who's to blame, now things have gone insane, And we only have to watch them going
So it's better to make our move together, If you really want this right to last forever

Pra Ramadhan

Bila kita lihat sesuatu itu hanya dengan satu faktor; paparan.
Dengan setakat apa yang aku tulis, tak mungkin melangkaui imaginasi kamu.

Mudah kita mudahkan, yang jahat itu, kamu lihat sahaja.

Apatah lagi ianya hanyalah satu partikel kecil dalam ingatan ini-mudahan aku tak terlupa atau sampai satu masa kelak, aku boleh lupa jalan pulang, tersesat dalam transit.

Aku merasakan kadang-kala tak pernah cukup masa yang diberikan. Berkemungkinan tempoh masa yang hampir tamat, siapa tahu?

Maafkan jika ada yang terasa. Aku tak merasakan semua ini berkaitan dengan situasi semasa aku. Mungkin ada sedikit, mungkin ada banyak.
Kesannya aku terima, hadam atau sedikit sebanyak aku muntahkan kembali.

Disaat inilah aku menghabiskan banyak masa , menghisap rokok, melayan dan mengira setiap aksara memori indah/pahit.
Mungkin sudah sampai masa nya untuk aku tunduk sujud. Syukur atas nikmat yang diberikan.

Ini dunia aku, jalan aku, hentian transit aku.

Ramadhan pasti menjelma, aku masih dengan begini nakal. Tak pernah aku cukupkan sebulan. Atas sikap individu agaknya, bukan kerana kurang didikan agama. Arwah datuk selalu marah, aku tak endah.
Keluarga? Rakan atau masyarakat mahu ulang marah? Aku tunjuk jari tengah.

Tiap kali munculnya bulan ini, terjerit bait lagu "Pertama Ramadhan ini. Aku tidak berlapar lagi. Kerna mengingati Mu"

Mana pernah aku gagal mengingati Nya, walau dalam keadaan aku melakukan perbuatan jahat sekalipun. 


Mana satu yang harus aku ingati? baik atau buruk?


Saat aku kelaparan ditengah hari, masuk kedalam kedai makanan segera. Dua set ayam goreng?
Atau pada satu ketika menogok 100 plus tanpa segan silu di pekan yang sesak?
Atau dengan aktiviti yang melibatkan batin? hehe
(Jangan risau, tiada unsur sensual dalam cerita ini)



Aku teringat pada suatu hari, di bulan Ramadhan ketika duduk menghadap dermaga yang penuh sesak dengan himpunan kapal dagang. Sekumpulan pemuda dari Sarawak datang dan duduk bersama. Mereka adalah pekerja dermaga atau 'gang' untuk operasi kapal.


Aku hulurkan rokok pada mandur.
"Takpe bang, puasa hari ini."
"Bila kau convert?"
"Tahun lepas, bang..saya kan dah beritahu dulu?"
"Owh..tatto kau penuh satu badan, mana aku nak ingat."
"Tapi benda saya dah sunat bang.." 
"Sibuk dia canang , benda dia dah halal..hahaha" sampuk rakan disebelahnya.

Kami tergelak. Gurauan kami ganas, semua boleh terima. Keceluparan dan kelucahan yang membawa bahagia.

Saudara seislam akhirnya. Memang pernah dia khabarkan pada aku tentang hasratnya itu.
Tapi kalau bukan Muslim sekalipun, ada juga yang pernah mengaku aku saudara mereka.

Teringat aku pada Jeya yang menunjukkan penumbuknya pada seorang yang lorat ingin cari pasal dengan aku.
"Dey, itu kawan saya punya saudara..adik beradik..you usik, you siap!"

Simpulan yang mudah. Hidup mesti saling menghormati dan berbuat baik sesama manusia. Hati mesti mahu baik.



Aku sambung kembali,
"Habis, panas-panas nie, larat korang puasa eh?" tanya aku.
"Sudah biasalah, bang.." sambut yang seorang lagi.

"Kadang-kadang air suam pun jadi buat berbuka, bang..Tapi kompeni bagus, derang bagi rehat dengan makanan untuk berbuka juga" Tambah lagi seorang.



Aku tak sambung perbualan. Hanya nyalakan rokok yang melekat dibibir aku untuk sekian lamanya. Hembus pada persekitaran.


Antara sebab-sebab mereka tak dapat berbuka dengan sempurna adalah kerana dari aku juga.
Aku, yang memberi arahan, 'work through meal'.

Aku, yang menurut arahan yang semuanya mahu cepat.
Berapa kali agaknya dalam sebulan, mereka mungkin terpaksa mencaci aku dan kompeni.


Menyesal atau sedih? Tidaklah. Ini kerja aku, tugasan aku.



Apa apa pun, sekali lagi, untuk sekian kalinya

Terima Kasih Tuhan..dan dunia..

Saturday, July 23, 2011

gila kau

Ya, aku ini beyond segala definisi untuk diperbaiki.
Hence,
Pergi mampus sama kau.

Friday, July 22, 2011

Dua minggu ini

Petang yang damai aku kadang-kala memerlukan sedikit warna ghetto, atau huru-hara, atau pukimaknya sana-sini (dari segi idealoginya)

Ketakutan itu tak mungkin, walau ada sedikit cuak pada hujung batang konek. Puas aku terbahak-bahak membaca Kasino, keluaran Fixi,
Kini, puas pula aku merayu supaya tidak dicampakkan ketengah laut.

"Jangan selalu gelakkan orang" Pesan salah seorang mentor aku. Apa pun, celaka punya Mohd Narcissus Yusof. Dalam sedikit perenggan, terlekat sedikit sebanyak sial dan contohnya pada aku. Cuma aku tak minum Wain. Sedikit sebanyak aku pernah menyumpah bila terpaksa menukar aliran kepada 'minum Malta jer lah'
Mabuk semasa solat..err lain kali aku cerita.

Ringgit Malaysia Tiga Ribu. Itulah harga paling palat dan celaka aku perlu harungi untuk tempoh dua minggu ini.Aku ada hak, walau bagaimanapun untuk melarikan diri. Dek kerana kawan yang celuparnya kalah ahli politik yang dahagakan promosi murahan.

"Lain kali kalau trojan-trojan ini bikin kacau, kau diam saja." Sebaris 'nasihat terlambat' dari aku kepadanya.
"Habis macamana? 3 ribu sial..."
"Habis apa pula macamana? Suruh bini kau jadi pelacur lah untuk seminggu dua. Boleh?"

Jumlah yang tak banyak mana, tapi dekat-dekat hendak puasa/raya ini...memanglah cibai, kan?

"Dengan kau pun terlibat. Kami tak kira"
Kalau tak kira, janganlah libatkan aku, wahai leluhur neraka.

Dalam ugutan untuk mencampakkan kami ke dalam laut, "Tapi Insyaallah tak lah, kami orang baik"
Kata-kata penuh ketuhanan dari penyangak sarang neraka, tak meredakan kegusaran aku.

Kalau jatuh laut, mati kau tahu? Sebab aku tak tahu berenang.
Kawan aku hanya merenung tepat.Pada aku lah tu.

"Tengok macamana aku nak cekau RM3k dalam masa 2 minggu. Pukimak korang lah."
Jerit aku dalam hati pada trojan-trojan diraja tersebut.

Dana setakat hari ini, 1.8K masih jauh lagi untuk aku capai bakinya. Celaka pukimak main tikam nombor ekor pun belum tentu boleh cover sekaligus. Tiga rumah mahu tekan besar-kecil, tak kira Ibox lagi?

Aku masih boleh bahagiakan diri kerana bukan duit yang aku cari dalam hidup.Tapi banyak-banyak duit.
Aku tak suka sesakkan pemikiran dengan mengelabah kuis tanah sana-sini untuk mengharapkan harta Si Qarun timbul, atau merompak, atau makan harta anak yatim.

Apa yang penting strategi. Pun pelik juga, strategi mencari dana hanya akan terbuka luas bila aku memerlukan duit, seperti keadaan yang sedang aku ceritakan ini.
Masa aku berhempas-pulas kerja macam setan kehausan beer, tak pula datang rezeki melimpah.
"Sekejap, beer itu air kencing setan kan?"
Tengok gred mana lah setan-setan tu kencing.

"Tak baik, kufur nikmat" kata seorang pemikir yang menjadi kawan aku.
"Bapak kau Dato', memanglah kau tak pernah merasa miskin, pundek." jerit aku.

Aku gandakan kapital yang ada untuk menyediakan separuh dari yang dipinta.
 Kalau macam ini punya ligat dalam masa seminggu, dah lama aku kaya.
1.8K ermm.. tapi Tuhan Maha Adil. Dia bagi sedikit dan uji banyak pada aku.


Satu panggilan telefon dari seorang rakan baik , yang aku perlu bikin sujud syukur selepas ini.
"Ada lebih sikit duit ni. Nanti aku bank in kan bila dah confirm alirannya.Bagi aku 2 hari"

Ayat diatas merupakan bentuk bantuan yang tak perlu aku balas, atau dalam kata asas 'Ini bukan hutang'
Aku tak pernah berkira dalam hidup ini, tapi bila aku menekan suis laungan SOS, mesti akan ada yang sambut. Faham?

Apa-apa pun..
Aah, terima kasih Tuhan..dan dunia.

Monday, July 18, 2011

What's the frequency?

You wore a shirt of violent green. I never understood the frequency
You wore our expectations like an armored suit, I couldn't understand

You said that irony was the shackles of youth, I couldn't understand
You wore a shirt of violent green, I couldn't understand

I never understood, don't fuck with me

adakah ini?

seawal langit gelap yang tidak bercita-cita untuk memberikan laluan untuk mentari muncul kembali?

Saturday, July 16, 2011

time

There were times in my life , when I was going insane
Trying to walk through the pain.

Thursday, July 14, 2011

Elegantly Wasted


Michael Kelland John Hutchence (22 January 1960 – 22 November 1997)

Friday, July 8, 2011

There is a time for everything

I hope it's worth it,what's left behind me.
I know you'll find your own way when I'm not with you.

So tell everybody, the ones who walk beside me
I know you'll find your own way,when I'm not with you tonight..

Monday, July 4, 2011

kata dia dahulunya...

As I bail through the empty halls, breath stinkin' in my draws
ring, ring, ring
quiet y'all  incoming call
-Tupac Amaru Shakur

Apa sahaja Yang Diperlukan




There goes my old girlfriend
There's another diamond ring
And a all those late night promises
I guess they don't mean a thing
So baby, what's the story
Did you find another man
Is it easy to sleep in the bed that we made
When you don't look back I guess
The feelings start to fade away
I used to feel your fire
But now it's cold inside
And you're back on the street
Like you didn't miss a beat, yeah

Tell me what it takes to let you go
Tell me how the pain's supposed to go
Tell me how it is that you can sleep
In the night, without thinkin' you lost
Everything that was good in your life
To the toss of the dice
Tell me what it takes to let you go

Yeah,

Girl, before I met you, I was F.I.N.E - fine
But your love made me a prisoner
Yeah, my heart's been doing time
You spent me up like money
Then you hung me out to dry
It was easy to keep all your lies in disguise
'Cause you had me in deep
With the devil in your eyes

(Chorus)

Guitar!

Tell me that you're happy that you're on your own
Yeah, yeah, yeah
Tell me that it's better when you're all alone
Tell me that your body doesn't miss my touch
Tell me that my lovin' didn't mean that much
Tell me you ain't dying
When you're cryin' for me

(Repeat Chorus)

Tell me who's to blame for thinkin' twice
'Cause i don't wanna burn in Paradise
Oh, let it go, let it go...

I don't wanna burn....

Terjumpa Satelit Yang Hilang

Tertinggal disebalik ribuan bintang, dia menjauh selama ini. Berkelana di alam sendiri. Haluannya adalah demokrasinya sendiri, putarannya adalah peraturan dia sahaja.

Dia dalam navigasi kilauan permata yang dikelilingi api yang marak

Jika kau tegur, maka lenyap kembali satelit ini, bersembunyi.

"Kau takkan jadi aku"

Aku teropong dari jauh, teringin untuk membeli tiket satu hala untuk menjejak diri padanya.

Sunday, July 3, 2011

Kopek kau

Circa 2005

"Apa lagi kopek la durian tu, aku dah lapar ni" kata aku disusuli dengan jelingan tajam oleh sekumpulan gadis 'pantai timur' yang sedang mengerumuni sebakul durian kampung.

Kopek? hehehe...
Circa 2002

"Kalau tiga hari tak mandi, bau telor boleh tahan naik juga kan?" kata Al-Razi sambil jeling pada sehelai boxer (mempunyai 'lining' kuning yang bukan dari kilang) yang digantung pada kerusi

lama lagi agaknya

Untuk ini, aku bercadang untuk lebih lama distesen transit .

Beg hitam

Selagi sempat akan aku tarik segala masa yang ada dalam satu karung beg plastik hitam, dan hadiahkan kepadamu.

Awal pagi Ahad yang jernih dan panas aku ditemani nasi lemak, tak mandi, rokok sebatang, baju semalam, rambut kucar-kacir dan lelehan otak yang merapu, berhadapan seorang pegawai.

"Gemuk kau sekarang"
"Selalu bagi orang makan suap, saya yang naik gemuk, tuan"

Hidup-HidupDibakar