Petang yang damai aku kadang-kala memerlukan sedikit warna ghetto, atau huru-hara, atau pukimaknya sana-sini (dari segi idealoginya)
Ketakutan itu tak mungkin, walau ada sedikit cuak pada hujung batang konek. Puas aku terbahak-bahak membaca Kasino, keluaran Fixi,
Kini, puas pula aku merayu supaya tidak dicampakkan ketengah laut.
"Jangan selalu gelakkan orang" Pesan salah seorang mentor aku. Apa pun, celaka punya Mohd Narcissus Yusof. Dalam sedikit perenggan, terlekat sedikit sebanyak sial dan contohnya pada aku. Cuma aku tak minum Wain. Sedikit sebanyak aku pernah menyumpah bila terpaksa menukar aliran kepada 'minum Malta jer lah'
Mabuk semasa solat..err lain kali aku cerita.
Ringgit Malaysia Tiga Ribu. Itulah harga paling palat dan celaka aku perlu harungi untuk tempoh dua minggu ini.Aku ada hak, walau bagaimanapun untuk melarikan diri. Dek kerana kawan yang celuparnya kalah ahli politik yang dahagakan promosi murahan.
"Lain kali kalau trojan-trojan ini bikin kacau, kau diam saja." Sebaris 'nasihat terlambat' dari aku kepadanya.
"Habis macamana? 3 ribu sial..."
"Habis apa pula macamana? Suruh bini kau jadi pelacur lah untuk seminggu dua. Boleh?"
Jumlah yang tak banyak mana, tapi dekat-dekat hendak puasa/raya ini...memanglah cibai, kan?
"Dengan kau pun terlibat. Kami tak kira"
Kalau tak kira, janganlah libatkan aku, wahai leluhur neraka.
Dalam ugutan untuk mencampakkan kami ke dalam laut, "Tapi Insyaallah tak lah, kami orang baik"
Kata-kata penuh ketuhanan dari penyangak sarang neraka, tak meredakan kegusaran aku.
Kalau jatuh laut, mati kau tahu? Sebab aku tak tahu berenang.
Kawan aku hanya merenung tepat.Pada aku lah tu.
"Tengok macamana aku nak cekau RM3k dalam masa 2 minggu. Pukimak korang lah."
Jerit aku dalam hati pada trojan-trojan diraja tersebut.
Dana setakat hari ini, 1.8K masih jauh lagi untuk aku capai bakinya. Celaka pukimak main tikam nombor ekor pun belum tentu boleh cover sekaligus. Tiga rumah mahu tekan besar-kecil, tak kira Ibox lagi?
Aku masih boleh bahagiakan diri kerana bukan duit yang aku cari dalam hidup.Tapi banyak-banyak duit.
Aku tak suka sesakkan pemikiran dengan mengelabah kuis tanah sana-sini untuk mengharapkan harta Si Qarun timbul, atau merompak, atau makan harta anak yatim.
Apa yang penting strategi. Pun pelik juga, strategi mencari dana hanya akan terbuka luas bila aku memerlukan duit, seperti keadaan yang sedang aku ceritakan ini.
Masa aku berhempas-pulas kerja macam setan kehausan beer, tak pula datang rezeki melimpah.
"Sekejap, beer itu air kencing setan kan?"
Tengok gred mana lah setan-setan tu kencing.
"Tak baik, kufur nikmat" kata seorang pemikir yang menjadi kawan aku.
"Bapak kau Dato', memanglah kau tak pernah merasa miskin, pundek." jerit aku.
Aku gandakan kapital yang ada untuk menyediakan separuh dari yang dipinta.
Kalau macam ini punya ligat dalam masa seminggu, dah lama aku kaya.
1.8K ermm.. tapi Tuhan Maha Adil. Dia bagi sedikit dan uji banyak pada aku.
Satu panggilan telefon dari seorang rakan baik , yang aku perlu bikin sujud syukur selepas ini.
"Ada lebih sikit duit ni. Nanti aku bank in kan bila dah confirm alirannya.Bagi aku 2 hari"
Ayat diatas merupakan bentuk bantuan yang tak perlu aku balas, atau dalam kata asas 'Ini bukan hutang'
Aku tak pernah berkira dalam hidup ini, tapi bila aku menekan suis laungan SOS, mesti akan ada yang sambut. Faham?
Apa-apa pun..
Aah, terima kasih Tuhan..dan dunia.
No comments:
Post a Comment