Tuesday, June 14, 2011

Kamera

Bila sendiri-sendiri ini, aku lebih mellow.Hilang segala kemahiran radikal, sinikal. Yang tinggal, hanya sifat melankolik jiwa. Jadi lemah dan pemalu pada persekitaran.

Bukan seperti dahulu , lantang bersuara, keras hati dan tegas. Bukan seperti dahulu yang senang-lenang makan mencangkung tepi perhentian bas klang, atau hisap rokok sebatang tapi kongsi ramai-ramai , atau curi-curi makan pada lebihan dikedai makanan segera.

Dalam satu ketika, aku pernah jadi runsing berbekalkan wang RM600 sebulan, tapi berhajat mahu genggam impian besar.

Kami tak pernah bergambar. Kalau dapat pun, bila berkumpul ramai-ramai dengan sanak saudara. Dengan kata lain, terlalu miskin untuk memiliki kamera.

Kini, hampir 3 set telefon mudah alih, siap dengan binaan kamera yang tak pernah terdetik untuk aku gunakan untuk jadi memori. Sesuatu yang perlu aku anggap kenangan sekarang.

Sekarang dalam kesusahan? Dahulu, sejuta kali lagi susah apa?

2 comments: