Monday, November 16, 2015

Colors

Les hommes seront toujours fous; et ceux qui croient les guérir sont les plus fous de la bande - Voltaire.

Monday, November 9, 2015

Sejarah dalam Magic

circa 2007

Boss : Apa you gelak-gelak ? looking at my desk? What?!

Aku : Hehe

Boss : See laa .. when the time comes ...you replacing me..then you will know..

Dalam minggu lepas

Aku : Apa korang sengih-sengih? Charges ni semua siapa nak bayar?

Dua ekor mangkuk berdiri depan aku tersengih macam kambing nak kena hambat.


Karma memang celaka.


2 minit lepas

Aku : Happy Deepavali , boss

ExBoss : Thank you bro


Pundek....

Sunday, November 8, 2015

jawapan

Separuh dari diri aku masih lagi Punk Rock. Masih lagi takkan berubah walau lagi 50% selebihnya sudah compromise ke arah bendalah seperti "Aku..Aku..Aku"... ah fuck.

Separuh jiwa aku masih hilang semenjak 2006 entah kemana aku cicirkan. Terlekat pada dinding-dinding Hentian Bas Temerloh?

Yang pastinya apa yang berbaki dalam jasad ini , aku seret kesana-kemari.

Aku tak boleh daftarkan diri ini pada mana-mana kelab jiwa raga.

Dude, aku dah berhenti merokok.


Dunia tanpa Letterman dan  Sir Terry Pratchett memang buat aku hilang sarkastik. Sekurang-kurangnya Supernatural masih ada.

Saturday, November 7, 2015

Hidup

Apa boleh cakap lagi bila aku rasa melonjak gila dengan Pearl Jam - Alive dalam playlist, untuk sekian lamanya?

Untuk sekian kali dan untuk selamanya.

Atau rasa bersalah dan sedih tak hilang-hilang dalam "would?'

Monday, August 31, 2015

Why not pay people in Cocaine or Unicorns??!

"We are one blink of an eye away from being fully awake."
Pema Chödrön

"Blink already, dammit!"
Chuck Lörre

Saturday, August 22, 2015

Pegangan masa tidur

"Guaranteed to solve every minor problem by turning it into a major disaster."

Friday, June 19, 2015

19 June 2015

Salam Ramadhan..

Aah dah mula puasa, ya?

Aku antara yang tak mahu menonton segala animasi dari Studio Ghibli, sebab takut tak boleh keluar dari mimpi.

Semua orang sudah membesar pada ketika ini.

Aku antara yang tak suka berkongsi gembiranya Ramadhan.

Tuesday, May 26, 2015

Kronikel : skrin sesentuh

Manis tidak terasa bila marah datang bak celaka. Dahulu merempat , kini banyak harta.

Banyak yang bodoh disini, tak lupa juga pada sesalan. Terlalu banyak , tapi tidak pula ada masa untuk aku menghitungnya.

Masa akan tetap pergi berlalu, biar labuh tutup tirai , mengapa pula kau perlu ambil tahu?

Perasaan aku ada kegilaannya , buat sementara, ada kematiannya.

Sampai masa, asyik-asyik sampai masa. Kau , kita semua takkan terkejar.

Kenapa pula kau menanti , aku yang disini sekadar melawat.

Kenapa semua kena ambil tahu?

Thursday, March 12, 2015

kapten wub wub

Selamat tinggal, Sir Terry Pratchett.

Ada seorang gadis yang ajar aku tentang Discworld.
Sesudah itu aku tinggalkan dia dan dia hilangkan aku.

Yang tinggal kenangan rupanya hanyalah seekor penyu gergasi diruang angkasa.

Thursday, January 22, 2015

susah hidup//

Satu lompat, dua lompat, tiga lompat bila yang lain tanya , macamana?
sampai kesudah, tak pernah habis.

gembira bagai nak mati, ye tak?


jangan pijak sangat, aku pun ada had sempadan.

Tuesday, January 13, 2015

stpd

oi..aku ini memang more than meets the eye lah.

fucking bastard piece of shit punya konservatif hipster.

Sunday, January 4, 2015

post rebel

Ini dalam satu tahap kehidupan aku kena tinggalkan aksi rebel
dan mula membelek ikan di pasar besar.

Daripada liberal dunia kepada pergi kenduri sanak saudara.

Saturday, January 3, 2015

Dua ribu lima belas

Bila dia hampir dan melepasinya, biar semua berdarah hinggakan toleh tidak, katakan apa sahaja pun
diam begitu.

Jalan pergi, jalan hilang sampai masa semua tiada.

Dia ketuk pintu, tetapi adakah mahu mereka keluar menyambut.

2015.

Friday, January 2, 2015

et al

Iya iya banyak mahu cerita tapi nantilah dahulu,
Aku bukan penglipura kamu.