Tuesday, May 31, 2011

Aku tulis dalam hati

Hati kau menarik kerana dari segi masa, kedatangan yang meraikan diri.
Tak aku nampak dari mana kau hadir, tanpa sedar atau sekadar mengelamun.

Jangan kau tukar fikiran, demi untuk membazirkan cahaya dari bintang-bintang, melimpah.

Wasting Light

Wasting Light Wasting Light Wasting Light Wasting Light Wasting Light Wasting Light Wasting Light Wasting Light

Monday, May 30, 2011

katanya

"by a great effort of imagination, seen in you the hero of her dreams, and not yourself as you really are. ..."

Sunday, May 29, 2011

Gembira untuk 45 minit

Ini adalah kesengsaraan untuk diri aku sendiri, ditulis secara tak teratur untuk kamu tak mudah tangkap.
Cerita yang jahat, lari dari tajuk bersih dari noda dan dosa kerana aku sendiri bukan suci untuk semua ini.

Kata Lenny Bruce,
"What a fucking wonderful audience"

    Oh, the language is a bit loose
    It's decidedly not Mother Goose
    Outside on the marquee
    This quotation you'll see
    "I was shocked!" And it's signed "Lenny Bruce"!
    -Allen Sherman's 1965 song "It's a Most Unusual Play"

Terima kasih. Kembali kepada cerita.

Beratus tahun yang lalu.

Punk - revisited
Ramai kawan-kawan lama sudah bersara Punk, itupun bila aku belek-belek beberapa laman sosial.
Bukan lagi ikutan, lebih kepada ingatan dan memori lapuk.
Tua!

Hanya beberapa orang lah kecuali yang 'kental' masih meneruskan idealogi yang dipegang.
Punk dalam diri aku pun telah lama bermigrasi dalam pelbagai bentuk dan definisi.Sesuatu yang aku sebatikan dalam diri menurut kehendak dan kesesuaian masa sendiri.

Bukan persoalan untuk memperdebatkan 'Kau Punk?' ataupun tidak.
Signifikasi dan persoalan paling lapuk dalam sejarah pencarian diri.
Betapa distort-nya hidup ini dengan dilingkari banyak benda yang sepatutnya mudah untuk kita hadam.

Macam makan nasi, mudah.Tapi bosan.
Macam sedut sos tabasco guna hidung, payah.Tapi stim.

Dalam era Chaos, Anarcho-Punk sehinggalah cuba diresapi dengan alunan Grindcore, pada circa 90' tak boleh tangkap kelajuannya , aku sebenarnya 'laklok' dalam menghayati album Led Zep yang paling celaka- Remasters.Aku kira album ini dibikin semula oleh Jimmy Page dalam keadaan telinganya sudah tidak berapa betul.
Kaset Remasters aku ulang-ulang dengar menggunakan walkman dalam setiap perjalanan aku menuju ke bandar.Goyang kepala pada irama 'No Quarter' dan 'D'yer Mak'er', menyelami cerita hobbits dalam bentuk irama lagu..dan segalanya aku lihat dan dengar.
Sampai jahanam, tak juga aku pulangkan pada pemilik asalnya.


Kalaulah Bonham masih hidup lagi.Lupakan.

Kini, aku biarkan sahaja muzik sebegitu berlalu pergi.Biar pada zaman langit terbuka ini kononnya, aku bebas mencari dan memilih apa yang aku sukai.


Kini,
Aku mahu cari perempuan, untuk memuaskan nafsu
Gila? pernah ada orang cakap begitu bila aku bilang suka main perempuan.
"Gila kau.."
"Apo pulak?"
"Yelah, salah tu..kau tak takut balasan Tuhan ker?"
"Apo pulak salah? Okay jer ni..tak mati pun?"

Aku capai dompet dan lihat pada baki wang yang ada.
Mahu kegembiraan untuk 45 minit, ya?

"Apa boleh bikin dengan RM150?" aku text pada rakan.Seorang lesbian pintar.
"Langgan pelacur jom?" dia membalas.
"Okay, jumpa tempat biasa."

Kegembiraan untuk 45 minit,
Dalam sebuah bilik hotel.
Ada tiga orang perempuan, kami juga bertiga.Aku, rakan dan si bapa ayam.

Si rakan sudah membuat keputusan, angkat yang di tengah-tengah.Tinggal lagi dua.

Bapa ayam pandang aku , sengih,
"Cincai lah. Lu angkat dua sekali, okay?"

Gila, Rm150 jer aku ada. Mana cukup?

Ah Mei senyum manja diatas katil tersebut. Ah Mei faham. Ah Mei tahu akan selera aku padanya. Dia bangun dan tarik tangan aku keluar.
Aku senyum pada rakan.'Seorang dah cukup' kata aku.

Si bapa ayam sempat bertanya, 'Lu punya kawan aa? itu lelaki ke perempuan?'
Apa kau kisah, dia ada nafsu, dia ada duit. Batang sahaja dia tiada.

Titian lama,
Berbalik kepada pertanyaan, orang selalu tanya kenapa? Nak main-main dengan dosa?
Semenjak tahun 2006, aku tak pernah melakukannya dengan sepenuh hati.
Umpama kupu-kupu malam yang telah berpura-pura mati, secara senyap aku mahukan ia kembali.

Dan bila Tuhan kata, ia takkan menjadi pasti,
Aku pasrah menanti dalam penafian. Mungkin akan ada waktu, akan ada kesempatan untuk aku diberi peluang menjengah rasa bersalah atas segalanya.

Kau,
Jangan ulang apa yang pernah aku lakukan. Ia tak pernah menjadi bab yang tercantik dalam kehidupan, biar pun dari rangkap sinopsisnya, indah. Ini bukan cerita sejarah picisan. Ini bekas laluan aku setiap malam, mengharapkan segalanya dapat diperbetulkan, titian yang secara tak sedar aku telah bakar.


Andai dapat aku ulang waktu, tak..Tak mungkin dapat kita bergerak kebelakang untuk memperbetulkan apa yang telah kita pahat dalam sejarah.

Setiap saat, minit dan jam, bergerak aku dalam sengsara yang penuh kesal. Sengketa yang sepatutnya aku kecilkan menjadi titik hitam biasa, berubah menjadi empayar penuh duka.

Ini bukan bertujuan untuk 'minta maaf atas segalanya'. Aku kini dalam kelompok migrasi ala gipsi, kemana-mana sahaja..

Ah Mei berkata, setelah kami selesai 'bersama'
"Bila bila masa, dengan kamu..Kamu romeo saya,kan?"

Aku senyum, dan membisikkan sesuatu padanya
Dalam satu rangkap,

"And all I do is miss you and the way we used to be
All I do is keep the beat and bad company
All I do is kiss you through the bars of a rhyme
I’d do the stars with you any time"

Apa kau mahu bikin?
Kata Ah Mei 'Jangan menangis lagi, kerana ianya hanya masa yang salah.
Aku tetap akan menanti.'

Ada cerita untuk kita, kau tahu. Seperti dalam kisah-kisah yang kau tonton didalam drama T.V
Kau dan aku, macamana sekarang, Ah Mei?

Dia beri nombor telefon yang dicatatnya dalam lembaran kertas jingga.Aku simpan erat.
'Tukar nombor lagi, ya?'

Penutup
Aku buka pintu bilik, Ah Mei berikan satu ciuman manja.
'Terima Kasih' Aku bilang.
Aku berjalan dan menekan butang lift, menuju ke lobi.Disana, rakan aku si lesbian pintar menanti dalam kepuasan sambil menghembus asap rokok.

Si lesbian pintar bangun dan peluk lengan aku.
"You know something?"
"What?"
"There will be a place for both of us in Hell" Senyum sahaja dia.
"Ladies first, babe" Aku balas.
" I probably should not have done what i did, and yet I believed that is was all I could do. The warmth and closeness I felt for you at that moment was something I have never experienced before..." - Norwegian Wood by Haruki Murakami
Perhaps, I am ready for nothing.

Alasan dia sendiri

Si Gadis ini ada alasannya sendiri.
Dia akan tetap gembira, walau empangan cinta bagai nak ranap.

Si Gadis ini ada cerita dia sendiri.
Dia tetap tersenyum, kerana dia gembira sewaktu dilepaskan.

"Apa yang kau mahu bikin sekarang"
"Aku mahu tunggu sehingga ada bintang baru berkelipan"
"Aku sangka kau suka pada lautan berbanding apa yang ada dilangit?"
"Aku ubah selera. Bintang lebih jauh dari lautan yang ada depan mata. Kurang merengek, kurang membenci"

Salah

Bukan salah takdir kalau tak pernah kena, bila tikam nombor ekor..

*Semua rumah pulak tu, celaka. Sudah tiga kali aku missed satu nombor.

Memulihkan satelit derita

Aku cuba melihat tangisan dan airmata kau itu sebagai satu bentuk kelepasan diri dari beban yang terberat dalam hidupmu.

Aku telah merasai kesengsaraan yang kamu baru ciptakan itu, beribu tahun dahulu. Aku nekad dan tahu, kau takkan mampu mengharunginya. Lemas dan nyawa-nyawa ikan dek kerana fantasi yang kau sangka elok.

"Jaga-jaga, jangan mati cepat."

Naikkan satelit kamu tinggi lagi, tinggi lagi. Pergi jauh-jauh dari derita ini.

Kalau tak mampu pergi jauh, kerana derita mengekori, beli bagasi, sumbat derita kedalamnya, kau pikul lah kemana sahaja.

Aku akan perhatikan kamu dari sini , dengan secawan kopi segar.

Sekarang ini

Berikan aku secawan kopi, supaya dapatku tunjukkan kepada kamu jalan bahagia.

Saturday, May 28, 2011

Takkan Semua Orang Boleh Faham

Untuk berpura-pura memahami kau, mereka, mahupun aku.

Ini adalah diantara petang Sabtu aku yang terlepas untuk diisi dengan jadual kerja.Sekali gus, petang Sabtu yang aku sayang, yang aku dengan rela hati untuk buang dengan masanya dengan melukis pemandangan misteri.
Tiada wajah, tiada bayang pada kanvas.

Hanya dengan setitis dua esen dakwat pura-pura untuk membentuk jalan arah malam (khas untuk membunuh pelangi)

Petang begini sesuai untuk aku penjarakan rasa berkecamuk dan iri hati pada landasan pelangi yang terlihat pada tengahari sebentar tadi.

Hari ini

Aku mahu ke Pusat Penukaran Emosi Dunia sambil mengendong potret destini.
Mahu tukar dengan sedikit titisan imunisasi jiwa.

Thursday, May 26, 2011

Kata Gibran

Jika kau bercerita rahsiamu pada sang angin, jangan salahkannya jika dia menceritakan kisah rahsia itu kepada flora.

Bila kau rasa itu betul

Sebab itulah, kadang-kala bulan, bintang dan cakerawala jadi suram.

Biarkan aku , kau dan kamu terus untuk bermimpi sambil meneroka kejujuran dengan nikmat yang ikhlas.
Takkan aku benarkan gerakan jiwa ini menjadi hakim duniawi atas segala tingkah laku mu itu.


Terbang dan ceritalah pengalamanmu selepas itu.
Bila kau jatuh dan terhempas ke tanah, bangun cepat-cepat.

Tuesday, May 24, 2011

retro : dalam gambar


 Dalam gambar, sekarang ini ada yang baru lepas makan tengahari dekat Belanga, Empire Subang, ada yang kerja dalam bank, ada yang tersadai di Singapura, ada yang duduk kampung basuh motor.

Aku tak tahu kenapa trend rapat-rapat membelakangkan tingkap semasa ambil gambar, agak popular untuk kami ketika itu.

Monday, May 23, 2011

hey hey hey apa nama kau?




"Lady Picture Show"

Lady picture show, she hides behind the bedroom door
Lady picture show she hides behind the bedroom wall
he hides because she don't know nothin', don't know nothin' anymore
She keeps a funny face it's locked and bagged it's just outside the door

She doesn't know her name
She doesn't know her face
She doesn't know her name
She doesn't know her face anymore
And don't believe

Lady picture girl, I think them boys don't like your show
Lady picture show them boys are gone, should just say no

Your wedding presents' not so daisy picture perfect anymore
Lady funny face it's locked and bagged it's just outside the door
Don't know nothin' anymore

Mencari bintang yang lain

Yang tinggal kini, hanyalah lampu-lampu yang terlupa untuk aku padamkan.

Aku sangka dahulu, lampu lampu berkenaan mampu untuk jadi penganti kilauan bintang yang semakin ketandusan cahaya.

Ingin sekali aku padamkan semua lampu yang bernyala itu, dan berlalu keluar dari ruangan ini.
Berjalan keluar hingga ke hujung jalan, untuk menahan mana-mana kenderaan,
Mahu tumpang untuk satu tiket sehala.Menumpang ke arah tempat dimana ada pancutan gembira.


Aku lawan, aku terus lawan, aku rasa masih lagi melawan.

Tuhan, (pohon) beri aku tempoh kerana
Untuk saat ini, aku rasa telah menang.
Menang kerana aku sudah jumpa dimana berakhirnya penantian ini.


Aku dah jumpa kau, aku sudah tahu dimana kau. Pedih campur gembira kerana kenyataannya bintang-bintang tersebut akan tetap bersinar walau tanpa aku menunggunya saban malam.
Kau tetap bahagia kerana ada teman bersama untuk melukis semula setiap bintang yang malap.
Seperti yang kita pernah janji dahulu.

Pedulilah, janji aku mahu ulang tulis
Aku dah jumpa kau, aku sudah tahu dimana kau.

I never seem to have anything that if I lost it I’d care too much about-The Catcher In The Rye 

Selamat berbahagia untuk kau diluar sana.

Tak jadi mahu menumpang kenderaan dihujung jalan.
Mata dan jasad aku sudah boleh beralih kearah bintang lain yang sekian lama jadi pameran langit malam.



Ruang ini,
Bukan untuk kau dan kamu diluar sana.
Ruang ini (kini) milik aku berseorangan melihat bintang sambil memetik kata-kata pujangga Gibran.

Do anything

Today I woke from a sound sleep with curses of joy on my lips, with gibberish on my tongue, repeating to myself like a litany--"Fay ce que vouldras!... fay ce que vouldras!;

Do anything, but let it produce joy. Do anything but let it yield ecstasy. So much crowds into my head when I say this to myself : images, gay ones, terrible ones, maddening ones, the wolf and the goat, the spider, the crab, syphilis with her wings outstretched and the door of the womb always on the latch, always open, ready like tomb.

Lust, crime, holiness : the lives of my adored ones, the failures of my adored ones, the words the left behind them, the words they left unfinished; the good they dragged after them and the evil, the sorrow, the dischord, the rancor, the strife they created.

But above all, the ecstasy!


*an excerpt from Tropic of Cancer by Henry Miller

Sunday, May 22, 2011

kerana ini, aku yakin

Sedikit demi sedikit, aku kutip helaian impian yang telah musnah.

Lama kelamaan, aku duduk mencangkung ditepi longkang untuk memikirkan, dengan seronok.

'Wah, wah, wah..Ini adalah impian hebat'

Kerana aku yakin, kau tetap indah walau tak mandi untuk kesekian zaman.

Aku mahu kembali kepada *impian menjilat 'buah dada' besar.
Kamon, jangan bunuh fantasi aku.

*Muka kena cantik juga. Itu satu keperluan

..dan kekalutan tiang gol

Lagi sedikit sambungan, untuk sesiapa yang pernah membacanya
------------------------------------------------------------------


Pada suatu hari,
Si Paris merengek-rengek sama ibunya. Dia mahu keluar bermain-main. Sudah dibilang, ini baru tengahari, mana boleh keluar bermain.
"Nanti kau demam!" aku menguatkan lagi beberapa hujah dari ibunya (adik aku)

Si Paris sudah sampai tahap hentak kaki pada lantai dan berguling-guling depan ruang tamu. Entah apa perangai keras hati.
"Ala bukan jauh pun. Padang depan jer"

Depan rumah kami ada padang bola yang luas. Cukup sesuai untuk seluruh komuniti di taman kediaman ini beriadah. Main bola, berjogging, bergolek riang-ria. Tapi ini semua hanya pada waktu petang dan bukan tengahari yang amat terik pancaran mataharinya.

Kadang-kala ada juga budak-budak bermain bola sepak yang 'terlajak' waktu hingga lewati jam sepuluh malam.
Setakat itu sahaja waktu permainan mereka kerana mengikut 'urban legend' disini, padang berkenaan 'berhantu' hingga menjelang subuh. Ada banyak cakap-cakap belakang yang mengiakan beberapa kejadian pernampakan 'entiti-entiti' pelik. Khabar angin? Mungkin tipu belaka, sebab ada beberapa puak 'kaki minum' yang selalu melepak hingga subuh ditepi padang menjawap (bila aku bertanyakan hal berkenaan)
"Takde apa pun kat sini..rilek jer kita orang  layan beer sampai tengah malam"


Mungkin perkhabaran ini ada kebenaran disebalik cakap-cakap palsu dan rekaan masyarakat setempat. Atau teori 'Tuhan mahu kau sedar' itu bermula dari keadaan sebegini. Tak payah merenung, aku tak suruh pun.

"Ala, kita pergi main dengan Eppit jer. Dia dah ajak tadi."
Eppit anak jiran yang sebaya dengan Si Paris. Itu pun seorang lagi 'legend' yang terkenal dengan beberapa siri kenakalan yang menyusahkan neneknya.
Nakal dalam erti kata "kecil-kecil sudah pandai bikin prank". Lain kali aku cerita kisahnya.

Ibu Si Paris (adik aku) terpaksa mengalah. Diberikan kebenaran untuk Si Paris keluar bermain di padang bola depan rumah kami.
Tengahari buta! dan aku terpaksa juga 'mengalah' dengan bebelan ibu Si Paris (adik aku), untuk menemani 'setan' kecil ini.


"Mana Eppit?"
"Dia dah tunggu kat padang tu"
"Cepat pakai selipar.Tak mau main lama-lama"

Aku buka pintu pagar dan kami berdua bergerak ke arah padang.
Panas terik! memang aku tak berapa gemar. Sinaran matahari tepat menyirami tubuh kami berdua, dengan hampir tiada bayang-bayang.

"Itu, macam ada Eppit ada main kat tiang gol tu..kita nak pergi kat dia"
Sambil Si Paris menunjuk arah kelibat seorang budak sedang berpait kedua-belah tangan diatas tiang gol.
Aku anggukkan tanda setuju sambil melabuhkan punggung ditepi longkang padang.
Si Paris jalan semacam berkawat menuju kearah tiang gol, gaya riang-ria macam tentera Roman berarak masuk dalam Kota Alexandria untuk mengaut harta Pharaoh.

"Hilang akal ke Eppit tu" bisik aku pada diri sendiri. Punyalah tinggi tiang gol kalau hendak dibayangkan dengan ketinggian Eppit dan Si Paris (mereka sebaya, dan sama tinggi)

Aku merasa sedikit 'tak sedap hati'. Aku jeling jauh pada rumah jiran kami, senyap dan satu kereta pun tiada dalam perkarangan rumah.
"Bila masa pula Eppit boleh keluar main tanpa pengawasan nenek dia?"

Aku jeling betul-betul kelibat budak yang bergayut pada tiang gol tersebut.
Dari jauh aku dapat dengar suara Si Paris,
"Hey, kau buat apa kat sini eh?" tanya Si Paris sambil muka budak tersebut pandang tepat padanya.

Kekuatan pertama;
Sekali lagi, tapi kali ini bukan jeling. Aku amati betul-betul. Celaka.
Bulu roma sudah meremang. Sinaran matahari yang terik menyimbah tubuh aku yang berpeluh kuat,menitik.
Aku cuba kumpul kekuatan untuk berdiri dalam kecelakaan. Perlahan aku membongkok, dan cuba bangun. Lutut sudah rasa bergoyang bagaikan kekurangan bendalir dalam sendi. Aku toleh kiri-kanan, tiada sesiapa yang lalu lalang. Juga, celaka.

Kekuatan kedua;Seterusnya, aku harus panggil Si Paris pulang, dengan segera.
Hendak menjerit tak mampu, hendak baling batu tak terdaya. Ini antara rahsia aku dengan langit, 'Berikan aku kekuatan lagi, Tuhan!'
Lantas, aku kumpulkan tenaga untuk menjerit, harapnya sekuat hati
"PARIS! BALIK, BAPAK KAU DAH BALIK KERJA!"

Kuasa perhubungan antara Si Paris dengan bapanya cukup akrab. Cukup bertuah untuk Si Paris mendapat seorang bapa yang penyayang, tegas tapi tak reti marah.
Bapanya adalah benteng dan sempadan antara kenakalan Si Paris dengan tiang-tiang disiplin serta 'Authority' ibunya (adik aku)

Si Paris toleh kearah aku , lalu berkata kepada budak itu
"Okaylah, lain kali kita main gayut-gayut lagi.Nanti ajar kita pula camner nak bergayut."
Si Paris bergerak (dalam keadaan berkawat) menuju kearah aku dihujung padang.

Ini kalau aku tunggu sampai Si Paris habis berkawat kerumah, mahu sampai senja takkan sampai kerumah. Aku tunggu sampai Si Paris datang menghampiriku.

Kekuatan ketiga; aku pikul Si Paris dan lantas menggerakkan tenaga aku untuk berlari ke arah rumah kami.

"Wah, kenapa ni? Main dukung-dukung?"
"Diamlah kau!"

Aku jeling kebelakang, ke arah tiang gol. Budak tersebut melambai-lambaikan tangannya ke arah kami, dengan sebelah tangan masih lagi bergayut pada tiang gol.

Seram sejuk badan aku mula reda bila berjaya sampai kedalam rumah.
Ibu Si Paris (adik aku) berdiri cekak pinggang menghadap kami berdua.
"Nak mampus kau, masuk rumah macam nak pecah dinding?!"

Aku diam, sambil meletakkan Si Paris kebawah semula. Kepala dengan sedikit bingai, badan longlai. Aku paksa diri untuk berjalan masuk kedalam bilik.
Harus tidur sebentar untuk meredakan hiruk-pikuk dalam jiwa.

Itu bukan Eppit.
Agak celaka pada tengahari itu, bilamana wajah budak yang bergayut pada tiang gol itu--Tiada wajah.
Mukanya kosong. Tak faham? Tiada bibir, tiada hidung, tiada mata. Kosong, segalanya. Macam bila kau cuba padam muka orang yang kau lukis menggunakan pemadam getah. Kosong. Faham? Tak payah renung-renung, tak perlu.

Yang aku tahu selepas itu,Eppit tak jadi keluar bermain kerana telah diambil bapanya untuk pergi 'shopping'.
Si Paris punya pasal, esoknya aku kena ambil MC sebab terkena demam panas.

isi selari

Kehidupan benar aku sungguh 'parallel' sama kontribusi dalam laman ini?
(Aku tulis dimana-mana sahaja, dalam mimpi, ketika berak, dalam perjalanan ke tempat kerja, atau ketika melancap)

Demi lubang bontot Zeus, sejauh mana serius aku dalam menjawap pertanyaan, sama ada aku lebih suka pada sembang kosong.
(Kosong, dalam erti kata, tidak aku menjadi serius. mungkin benar tapi tetap aku ambil berat.Inilah dunia)

Benar-benar, gila kamu semua.

Atau lebih punkish-nya, 'pantek lah, lu'

(Akal babi, semuanya..)

hidup dan hidup lagi

Petang-petang, kaki silang sambil mengenang emosi lama.

Tak lebih atau kurang pada kenangan lama yang aku rasa ia epik, dalam konteks hiburan sendiri.
Jangan bertanggungjawab ke atas 'resurrection', yang kita tak sedar.



Demi ini, kau tak perlu faham.
Hanya baca, dan baca, dan baca

Thursday, May 19, 2011

hey hey!

"Ini apa fesyen tulis bahasa pelik-pelik ni?" kata seorang gadis yang mempunyai buah dada besar (yang aku mungkin pernah ramas)

I used to rave about them

Selalunya bila kau toleh ke belakang, dan lihat semua yang telah terjadi, mudah jadi hampa dan kecewa.
Hendak pusing kembali roda masa.

Menangis siang malam.

Manusia pelik.

Atau ada yang berkata.."My life is fucking good right now"

"Human beings make a strange fauna and flora. From a distance they appear negligible; close up they are apt to appear ugly and malicious. More than anything they need to be surrounded with sufficient space -- space even more than time," - Tropic of Cancer.

Wednesday, May 11, 2011

bila bila masa, dengan kamu

Dalam satu rangkap

"And all I do is miss you and the way we used to be
All I do is keep the beat and bad company
All I do is kiss you through the bars of a rhyme
Julie I’d do the stars with you any time"

Apa kau mahu bikin?
Jangan menangis lagi, kerana ianya hanya masa yang salah.
Aku tetap akan menanti.

Ada cerita untuk kita, kau tahu. Seperti dalam kisah-kisah yang kau tonton didalam drama T.V

Kau dan aku, macamana sekarang?

Kegembiraan untuk 45 minit II

Beratus tahun yang lalu.

Dalam sebuah bilik hotel.
Ada tiga orang perempuan, kami juga bertiga.Aku, rakan dan si bapa ayam.

Si rakan sudah membuat keputusan, angkat yang di tengah-tengah.Tinggal lagi dua.

Bapa ayam pandang aku , sengih,
"Cincai lah.Lu angkat dua sekali, okay?"

Gila, Rm150 jer aku ada. Mana cukup?

Kegembiraan untuk 45 minit

"Apa boleh bikin dengan RM150?"

"Langgan pelacur jom?"

"Okay, set!"

gila

"Gila kau.."
"Apo pulak?"

"Yelah, salah tu..kau tak takut balasan Tuhan ker?"
"Apo pulak salah? Okay jer ni..tak mati pun?"

hey, beautiful fuck

This is a very beautiful..FUCK

Just stand there..there, over there...
Pretty bird..
While everybody can fuck you in the ass.

set things, so we didn't mean..
by doing this,
To know your own strength.

hey pretty bird,
we just stand here,
and hear you cry.

Titian lama

Semenjak tahun 2006, aku tak pernah melakukannya dengan sepenuh hati.
Umpama kupu-kupu malam yang telah berpura-pura mati, secara senyap aku mahukan ia kembali.

Dan bila Tuhan kata, ia takkan menjadi pasti,
Aku pasrah menanti dalam penafian. Mungkin akan ada waktu, akan ada kesempatan untuk aku diberi peluang menjengah rasa bersalah atas segalanya.

Kau,
Jangan ulang apa yang pernah aku lakukan. Ia tak pernah menjadi bab yang tercantik dalam kehidupan, biar pun dari rangkap sinopsisnya, indah. Ini bukan cerita sejarah picisan. Ini bekas laluan aku setiap malam, mengharapkan segalanya dapat diperbetulkan, titian yang secara tak sedar aku telah bakar.


Andai dapat aku ulang waktu, tak..Tak mungkin dapat kita bergerak kebelakang untuk memperbetulkan apa yang telah kita pahat dalam sejarah.

Setiap saat, minit dan jam, bergerak aku dalam sengsara yang penuh kesal. Sengketa yang sepatutnya aku kecilkan menjadi titik hitam biasa, berubah menjadi empayar penuh duka.


Cerita diatas bukan bertujuan untuk 'minta maaf atas segalanya'. Aku kini dalam kelompok migrasi ala gipsi, kemana-mana sahaja..

Not us

" I probably should not have done what i did, and yet I believed that is was all I could do. The warmth and closeness I felt for you at that moment was something I have never experienced before..." - Norwegian Wood by Haruki Murakami

Perhaps, I was ready for nothing.

tidak lagi

Sehingga kau rasa, ini semua tak penting lagi.
Sehingga kau perlu, segalanya yang bukan sekarang ini.

"lebih baik menyendiri dari menderita, tidak tidak dan tidak lagi."

Tapi, kemana sang burung mahu terbang kalau berikrar tak mahu pulang ke sarang?

Friday, May 6, 2011

dari hati

Ini adalah amat penting, bagi diriku untuk mengenal kesunyian



" Ever has it been that love knows not its own depth until the hour of separation." kata Gibran

Thursday, May 5, 2011

kata dia..

"I realize that all I can place in the imperfect
 vessel of writing are imperfect memories and imperfect thoughts"

Wednesday, May 4, 2011

Punk - revisited

Ramai kawan-kawan lama sudah bersara Punk, itupun bila aku belek-belek beberapa laman sosial.
Bukan lagi ikutan, lebih kepada ingatan dan memori lapuk.
Tua!

Hanya beberapa orang lah kecuali yang 'kental' masih meneruskan idealogi yang dipegang.
Punk dalam diri aku pun telah lama bermigrasi dalam pelbagai bentuk dan definisi.Sesuatu yang aku sebatikan dalam diri menurut kehendak dan kesesuaian masa sendiri.

Bukan persoalan untuk memperdebatkan 'Kau Punk?' ataupun tidak.
Signifikasi dan persoalan paling lapuk dalam sejarah pencarian diri.
Betapa distort-nya hidup ini dengan dilingkari banyak benda yang sepatutnya mudah untuk kita hadam.

Macam makan nasi, mudah.Tapi bosan.
Macam sedut sos tabasco guna hidung, payah.Tapi stim.

Dalam era Chaos, Anarcho-Punk sehinggalah cuba diresapi dengan alunan Grindcore, pada circa 90' tak boleh tangkap kelajuannya , aku sebenarnya 'laklok' dalam menghayati album Led Zep yang paling celaka- Remasters.Aku kira album ini dibikin semula oleh Jimmy Page dalam keadaan telinganya sudah tidak berapa betul.
Kaset Remasters aku ulang-ulang dengar menggunakan walkman dalam setiap perjalanan aku menuju ke bandar.Goyang kepala pada irama 'No Quarter' dan 'D'yer Mak'er', menyelami cerita hobbits dalam bentuk irama lagu..dan segalanya aku lihat dan dengar.
Sampai jahanam, tak juga aku pulangkan pada pemilik asalnya.


Kalaulah Bonham masih hidup lagi.Lupakan.

Kini, aku biarkan sahaja muzik sebegitu berlalu pergi.Biar pada zaman langit terbuka ini kononnya, aku bebas mencari dan memilih apa yang aku sukai.

Monday, May 2, 2011

"What a fucking wonderful audience"

Oh, the language is a bit loose
It's decidedly not Mother Goose
Outside on the marquee
This quotation you'll see
"I was shocked!" And it's signed "Lenny Bruce"!
-Allen Sherman's 1965 song "It's a Most Unusual Play"