Monday, August 29, 2011

Entah

Tahun ini aku beraya tanpa nasi himpit, atau kuah kacang atau kuih raya..



Selamat Hari Raya


Thursday, August 25, 2011

Apa lagi?

Menarik juga bila baca bukan-bukan. Terangsang juga bila lihat komentar. Aah, aku suka jadi anon. Jadi orang lalu-lalang.

Apasal pula aku letak iklan? Bukan bawa untung.

Takde cerita, aku diam. Mata kuyu, aku bantai tidur. Bila mahu raya? Entah.

Khayal dalam keletihan.

Tiga biji coklat Snickers , aku simpan dalam beg buat bekal dikala kelaparan. Iya, bulan ini aku tak kelaparan lagi.

Tuesday, August 23, 2011

If I leave here tomorrow, would you still remember me?

God knows, I can't fucking change everything


Bye, bye, it's been a sweet love.Though this feeling I can't change.But please don't take it badly
Because God knows I'm to blame..

Wednesday, August 17, 2011

Khayal dalam nombor

Petang ini, aku rasa beban terlepas. Sempat untuk membayar Zakat Fitrah berhampiran dengan Bazaar Ramadhan. Benda wajib walau kau punk macamana sekalipun.

Sampai sahaja dirumah, aku letak juadah yang dibeli atas meja makan. Buka baju, dan terlentang diruang tamu.

Emak Si Paris membebel entah apa di dapur, manakala bapanya diluar rumah membasuh motor.
Si Paris ternganga kepenatan, duduk disebelah aku yang melingkar kepanasan. Sibuk lah kau!

Selang lima minit, aku jadi khayal. Terbang dalam illusi, kejar mengejar bersama bidadari, tapi tak terlalu rapat. Bulan puasa mesti elak benda-benda ghairah. Asalkan tangan bukan dalam seluar.

"Dua tiga kosong lima"

"Tiga lapan lapan enam"

Aku diam dalam khayal. Mata lelap melayan enaknya pusingan kipas siling.

Tangan atas dahi, menantikan waktu untuk berbuka. Baring dan rehat-rehat dilantai ruang tamu, enak dan romantis. Tolak Si Paris yang menyebuk disebelah aku. Entah apa yang dia kira.

Lantak kau lah.

"Lapan enam tiga enam..."
"RM 10..err b.i.g ..apa ni? ahah, small.."

Lain macam bunyinya.Susunan nombor yang bacakan oleh Si Paris. Tak begitu asing bagi aku. Perlahan aku seluk kocek seluar yang dipakai.
"Eh Mana pula kertas ni??" hati aku mula risau.

Aku buka mata, perlahan dapat tengok emak Si Paris berdiri cekak pinggang, pegang sudip.

"Engkau ni tak memang senonoh! bulan puasa pun buat kerja macam ini!!"

Aku jeling sebelah, ke arah Si Paris yang buat muka tak bersalah.
Ada beberapa helaian kertas kecil ditangannya. 
Dia tengah belek beberapa helaian slip nombor ekor.

Cilakak!





zakat kuda toto & magnum

Zakat Fitrah RM 7, Kuda sama Toto sama Magnum RM12 tiap satu rumah. Main Ibox modal perlu besar sedikit.


Duit selebihnya, aku beli ayam golek.
Selesai belanja untuk hari ini

p/s Kadang-kala , kita tak boleh buat kerja bertangguh. Sepatutnya, 'sememangnya' lah. Kau bukan aku atau bukan sesiapa untuk buktikan kebaikan yang datang itu benar-benar bersih, suci atau sekadar celaka.


daging dan elektronik

Taklah mewah sangat benda ini, tapi aku bangga sebab ia mempunyai daya tahan hidup yang cekal.
Hampir setahun dua juga lah aku rehatkannya. Aku bukan golongan gamers mana pun.

Salah aku juga sebab gatal ter- update pada OFW, langsung kena main original, sehinggalah UMD player itu sendiri mengalah pada nafsu aku.

Lepas berbuka dengan daging yang entah apa ini, aku kuatkan kaki untuk menapak bertanya kedai disekeliling.


Patut aku boleh bikin sendiri, tapi malas.
Lepas berjaya dengan transformasi OFW kepada CFW, campak duit, kemudian aku berlalu dengan siulan gembira, dalam hati.
Cuma aku tak berapa berkenan pada Custom Firmware yang ada kini.


Sunday, August 14, 2011

Retro : Ahli Band of Brothers

Circa 2003-2004,


Aku telah mencapai tahap senioriti dalam kelompok pelajar. Tak sesukar mana, hanya perlu extend beberapa matapelajaran (!)

Betapa pemalasnya aku pada era tersebut. Orang tak pandang sangat, dan aku bahagia, dengan sedikit pengaruh 'menjadi orang lama'. Pergaulan aku jadi luas, tidak terhad kepada kelompok kursus aku sahaja.

Petang sebelum berbuka,

Aku duduk sandar pada tepi katil dua tingkat, menanti waktu untuk ke Pasar Ramadhan yang terletak bersebelahan dengan pintu pagar utama.

Aku capai sekotak Dunhill merah yang terselit dibalik tilam katil, sekali dengan lighter. Nyalakan sebatang rokok dan hulur kotak beserta lighter berkenaan kepada Man, yang sedang sibuk mengocok daun terup.

Man, dikira sebagai senior tahun akhir jurusan akaun. Bukan dari kelompok aku, cuma jiran bersebelahan bilik aku menginap. Sopan dan peramah orangnya. Intelektual Man juga hebat. Belum pernah mengulang siaran mana-mana subjek. CGPA yang mantap. Setiap buku nota kepunyaannya menjadi idaman para pelajar bawahan, laris umpama DVD porno pada waktu itu.

Kelompok dia juga lebih utuh tahap persahabatan. 'Kami, Band of Brothers lah' kata mereka bangga.

Leka aku melihat Man mempraktikkan skill mengocok daun terupnya. Tak jatuh berderai, menang pun selalu , Ahah!

Pintu bilik aku diketuk dari luar.
"Masuk!" jerit aku.

Setelah pintu dibuka,
Ada lima pelajar lelaki, terpacul sopan, dengan mata terjojol ke arah kami.

"Apahal?"

Abang Zamri suruh kami datang cari dan jumpa Abang Osman"

Aku pandang pelik. Siapa pula Osman? Aku jeling pada Man..Bila masa aku ada kawan bernama Osman? Nama yang cukup Turki bagi aku.

"Sial, nama penuh kau  Osman?" hampir aku tergelak, dia hanya tersengih.

'Haah, nak apa ni ramai-ramai datang?" Tanya Osman dengan sopan.

Situasi biasa bila pelajar-pelajar baru masuk, menyerah diri untuk tujuan berkenalan dengan pelajar senior pada peringkat orientasi.

"Kau orang dah kenal nama aku, kemudian nak apa lagi?" Usik Man atau Osman sambil menjeling pada aku.

Mereka berlima diam menikus, dan sedikit letih. Mungkin baru sahaja selesai sessi suaikenal bersama Zam, seorang lagi senior perakaunan.

"Jangan berkerumun depan pintu bilik aku lah, masuk semua" Kata aku sambil mematikan rokok yang sedang dihisap, sekadar menghormati mereka yang berpuasa.

Mereka berlima menurut arahan dan masuk dan bersalaman dengan kami berdua. Dalam hati pasti menyumpah sesal, umpama memasuki jirat setan.

"Dekat-dekat nak berbuka ni lah kau orang datang kan?" sengih Man. Dari raut wajah Man, ada benda yang dia nak suruh mereka lakukan, teka aku sendiri.

Aku hanya diam dan memanjat naik ke atas katil. Ini adalah antara situasi yang tak perlu dan tak akan aku campur. Urusan hal ehwal dalaman jurusan perakaunan. Meraung atau menjerit sekalipun aku takkan tolong.
Ahli Band of Brothers ini takkan sampai mencederakan fizikal kader-kader muda mereka.

"Nampak tak ada banyak bekas tupperware dalam baldi, bawah meja tu?"

"Iya, nampak Bang Osman.." Sahut salah seorang dari mereka, Si Kutu (Atau singkatan untuk, Kesatuan Melayu-Melayu Bersekutu)


"Pergi ke dewan makan, ambil makanan untuk..ermm tujuh orang makan" Kata Osman.
"Kita buka puasa sama-sama dalam bilik ni, Okay?" sambil memandang ke arah aku, seakan meminta isyarat 'tiada halangan'.

Waktu berbuka kami meriah malam itu dengan lima orang pelajar baru yang memenuhi ruang bilik tidur aku. Osman peramah dan banyak berceloteh, diiringi dengan lawak-lawak lucah dari pelajar-pelajar baru ini.

Mereka berlima ini datang dari keluarga susah. Jenis ada Mak Bapa yang tak punya kereta, cuma ada motor untuk pergi menoreh getah awal-awal pagi. Aku faham. Tempat belajar ini pun, pada mulanya di khas kan untuk pelajar-pelajar pintar dari golongan susah.

Osman telah berjanji untuk menolong lima ekor ini dengan semua masalah pelajaran yang mereka tak fahami kelak. Zaman dimana belum ada lagi 'kemeriahan internet dan komputer' ,  kami pada waktu itu amat menghargai pertolongan dan sedikit wasiat buku-buku nota senior dari orang macam Man atau Osman.

Selesai berbuka, mereka semua angkat bekas-bekas makanan dan membasuhnya di pantry. Aku masih belum dapat tangkap lagi dimana kelicikan Man bersembunyi. Ada bau-bau nakal dan jahat, tapi belum mampu aku teka.

Mereka berlima meminta diri mahu ke Masjid untuk menghadap Tuhan dan bertarawikh.
"Karang dekat-dekat jam 3 pagi, datang balik ke sini, kita bersahur sama-sama" Arah Man, ringkas.

"Baik, Bang Osman" Sahut mereka berlima.

----

Sekitar jam 3 pagi,

"Pergi ambil balik tupperware yang kau orang dah basuh malam tadi. Lepas ini ke dewan makan, ambil makanan untuk sepuluh orang makan."
"Ada yang nak join lagi ke , Bang Osman?" Tanya salah seorang dari mereka.
"Aah..ikut je lah apa yang aku suruh"

----

Sekitar jam 4 pagi, waktu bersahur.

"Sekarang, aku nak kau orang semua habiskan makanan ini.."
"Tapi, Bang Osman.."

"Jangan ada tinggalkan baki atau sisa walau sedikit pun. Membazir itu kan amalan Syaitan" Senyum sahaja Si Osman ini menyimpulkan arahan.

Lima orang anak muda duduk bersila, menghabiskan lauk sahur untuk sepuluh orang. Agak berair juga mata mereka semua tatkala menyuap nasi berkerak keras,berkuahkan sup sayur layu dan sepuluh ekor ikan jaket pejal beserta 3 botol besar air suam.

Aku kira, ini sessi suaikenal yang paling etika pernah dijalankan, oleh Man atau nama sebenarnya, Osman bin Yusuf.

imuniti gulai tempoyak


Tiada apa yang bahagia dengan duduk bersandar, merokok dan besarkan perut hasil dari nikmat gulai tempoyak (dan sedikit petai). Aku juga kini kemaruk dengan jeritan Slayer dan Body Count.




Thursday, August 11, 2011

tidur

Kepenatan membawa aku hanyut, terbuai dalam tidur di atas kerusi tren komuter. Aku peluk beg galas kuat-kuat. Aku benci bila beg galas terjatuh saat aku lalai tertidur.

Volume pada pemain MP3 hanya sekadar dalam mendengar sahaja. Berputar dengan lagu-lagu dari Them Crooked Vultures untuk melepasi rindu pada permainan bass John Paul Jones. Aku mahu sedikit retro.

Bunyi gerabak bergerak laju, yang aku suka, sambil pandang-pandang pada luar tingkap. Tren tak pernah ambil jalan pintas. Landasan tetap sama, haluan dan hentian begitu juga.

Sudah seminggu lebih aku cuba hadamkan karya Haruki Murakami, alih bahasa oleh Philip Gabriel, bertajuk Umibe no Kafka atau Kafka on the Shore. Moga ada banyak masa untuk aku hayati novel berkenaan.Ada sikit-sikit porno ringan.

Bila dah tiba ke destinasi, aku mahu ke Bazaar Ramadhan (Baca dengan bukan dengan pengunaan singkatan yang amat jijik, bagi aku). Aku gemar menghabiskan duit di sana dengan membeli lauk yang sama, untuk tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Mahu letih/jemu orang lain makan, tapi aku percaya kepada lauk yang aku beli.


Lain pada itu? Aku tunjuk jari tengah.

Monday, August 8, 2011

Biarkan ia jatuh

Itu semalam , atau hari ini atau apa kau panggil seminggu, sebulan, setahun dan tak kisah antara kau, aku , katakan kesemuanya persendakan, persetankan duniawi.

Mungkin ada esok, takkan mungkin ada esok!

Minggu ini aku bergilir-gilir pada playlist membenamkan telinga pada Stone Roses, sedikit The Smiths, sebanyak gangguan dari jilatan gitar Hendrix.

Ini dunia aku.

Saturday, August 6, 2011

Kata mereka

If I leave here tomorrow would you still remember me?