Wednesday, December 29, 2010

beri duduk

Rutin harian aku kini lebih terkejar-kejar tapi relaks.Sana lari, sini lari, sampai mampus.Inilah 'penjara' sementara dalam kehidupan transit aku.
The degree of civilization in a society can be judged by entering its prisons. -Dostoevsky

Dengan RM 2 , aku merentas persisiran , menaiki gerabak komuter yang selalunya sesak, penuh dengan payudara gebu , sindrom hipokrasi , bebelan majmuk , retro imaginasi dan lewat, lewat, lewat.

Kadang-kala aku terasa bodoh bila aksi tekan menekan berlaku untuk keluar menggunakan Touch n'Go.Kemudahan ini tak sehebat mana tapi ia membezakan antara kita dengan pendatang.Mereka belum tahu sepenuhnya keupayaan Tn'G.
Selalunya aku jadi terasing bila aksi berposak-posak masuk dalam gerabak berlaku.Payudara yang banyak menganggu.

Who consciously throws himself into the water or onto the knife?
Aku duduk selesa.Peluk beg sandang yang aku bawa bersama selalu.Lentok dan sebelah kiri ada gadis-gadis muda rancak berborak.Sebelah kanan, seorang lelaki melayan perasaan dengan Ipod yang dibawa.Benda itu mahal.Aku tak suka hendak 'mention', tapi ia trend terkini untuk meletakkan dalam tulisan.
Kau hendak aku 'mention' sekali jenama jam tangan yang dia pakai?Kerenah budak-budak 'indie' sekarang, pelik.

Seksi yang meloyakan.
Dihadapan aku, berdiri dua orang gadis.Seksi, berbaju lengan ketat paras bahu.Juga rancak berborak.Pasal sesiapa sahaja yang mereka pernah temui di kolej, rumah atau kawan lama.Cantik, menawan.Maksud aku aset kedua-duanya.Cuma mereka kurang sesuatu atau dengan satu definasi yang lebih realistik- lupa cukur bulu ketiak.Aku tak peduli kalau kamu semua 'fetish' benda-benda sebegini.

Jangan terlalu pemurah,

Kau , aku dan kita semua akan jadi pemarah bila kita bangun dan menawarkan tempat duduk pada yang kita rasa perlu/mahu duduk.Contoh pada orang tua, kanak-kanak atau wanita mengandung.
Kedua dan yang terakhir , akan terima pelawaan dengan hati gembira, riang dan mungkin akan mendoakan kesejahteraan kita.Ikut kepercayaan masing-masing.Aku tak paksa.

Yang pertama , mungkin akan bersifat pukimak sedikit atau lebih.Ikut mana suka.Bila bangun dan tawarkan tempat duduk, mereka kadang-kala berpura tak nampak.Ego sebesar telur cicak.Sampai kena tegur
"Eh Pakcik duduklah"
Dia, masih buat-buat pekak.Dua minit aku terpacak, dia diam juga.Sebenarnya hendak turun di stesen hadapan.Tapi ego keras, tak mahu buka mulut.
Lain kali, berdirilah sampai mampus, aku takkan bangun.

No comments:

Post a Comment