Monday, January 3, 2011

Nota kaki : kepada semua ghouls

Sedikit masa dahulu ada seorang gadis bertanyakan satu soalan;
Out of curiosity.
"Apa kamu fikir tentang wanita yang merokok...?"

Aku terbuka, dalam diam.Tiada apa-apa masalah.Aku sendiri tegar merokok, anti kepada bau asap.Hipokrasi yang aku mainkan sendiri untuk santapan akal,logik yang selalu berangan-angan.Fantasi.Mabuk.
Okay, aku tak mahu bercerita tentang gadis diatas.Dia ada perang individual tersendiri.

Aku menulis, rekaan atau datang dari dunia sebenar.Tiada klasifikasi mahupun penekanan.Sekadar beberapa catatan , moga aku tak terlupa.Ini betul-betul, bukan rekaan.

Banyak benda hebat kau pernah lakukan.Dalam sedar, atau sekadar jelingan mimpi.
Semua hampir kembali pada penghujung usia sebagai Retro.Kenangan.Memori.Tragis.

Dunia aku.
Senyap.Tak berapa suka hingar bingar terbarai sana sini.Maksud aku dari segi audio.Pendengaran, kalau nak mampus tak faham.Nada aku bercakap dengan diri sendiri.Pinggiran aku sesuai untuk diri sendiri.

Walaupun kehidupan macam cibai, kita perlu tabah.Kan?


Jangan datang lagi.
Jangan keliru.Sini tiada pembaca.Tiada link apa-apa.Cuma perlu aku catatkan disini moga tidak lupa.Setiap tahun ada orang datang minta maaf atas dosa-dosa silam.Aku bukan penyelamat, JC mahupun Mikail.Cari lautan kamu sendiri, keluar dari bayang-bayang...Dan selalu gunakan Listerine sebab nafas kau memang berbau dan menyesakkan.


Selamat Tahun Baru 2011.
Moga tahun ini kurang sikit cibainya dari tahun lepas.

No comments:

Post a Comment