Thursday, January 20, 2011

Ini aku

Aku keseorangan, dalam sinaran tertib cahaya kaca yang dihasilkan dari refleksi songsang.
Menekup, bangun atau terduduk , aku cari arah dalam ruang sempit pemikiran lucah.

Aku tiada kawan
Kendalian mudah, semangat rendah.

Adalah dua tiga kerat yang bersemangat menghubungi aku melalu teks pesanan ringkas.
Tak berapa ringkas, adakala panjang berjela.
Namun aku senang dengan kehadiran mereka.aku mereka sebagai anggap adik, abang atau sebahagian diri aku dari dimensi yang berlainan.
Tak ramai, sebab ada sesetengahnya, tak faham.
Aku ada jasad yang kadang-kala kesempitan juga.Masa, tenaga dan sedikit sahaja rizab.


Aku tak mampu.
Banyak yang tak mampu aku nukilkan dek tahun tersalah sangka.Salah faham, angkara sebutan tak selari dengan niat.Pada pandangan orang.

Kita boleh meramal cuaca, tapi tidak pada takdir.


I never seem to have anything that if I lost it I’d care too much about-Holden Caulfield.The Catcher In The Rye

No comments:

Post a Comment