Saturday, October 29, 2011

angin pagi

Hujan fucking lebat disini.

Kepala aku semakin bengong. Jenis entah ke mana mengelamun. Tujuh kali aku selak jam ditangan. Jenis setting lima belas minit awal.
"Be the first one" kononnya. Itu sewaktu aku masih penuh semangat dan attitude positif yang selambak.

Semangat yang kuat, selalunya tak berapa tahan lama. Biasanya timbul masa hujung-hujung bulan (dekat-dekat gaji).

Perut aku juga membuak-buak. Memang terasa kosong. Jenis makan cerewet. Aku tak berapa suka makan yang tempatnya terlalu sesak, atau berada dikedai makan (melayu) yang menyajikan juga lagu-lagu sedih dicorong radio.

Rasionalnya? Pukimak apanya nak dengar lagu sedih, semasa tengah lapar? Oliver Twist ke apa?

Berbalik kepada hal tadi,
Perut mengembung sakit. Dapat keluarkan angin sedap juga ni. Sekadar melegakan isi dalaman. Rasional aku cuba mengingatkan secara baik, "Ini stesen komuter,"

Aku suka bikin masa awal pagi. Semasa masih lagi diatas katil, lepas tu tarik selimut naik sampai kepala. Menanti lemas yang tak senonoh.

Ada sekali aku terlupa, tarik dan pura-pura lemas. Tiba-tiba terdengar suara gadis seberang, bersebelahan aku yang berkongsi selimut yang sama semalaman tadi,
"Abang, lain kali jangan bikin lagi ya? Pitam saya ini."

No comments:

Post a Comment