Tuesday, October 25, 2011

Wangi

"Usah malu-malu sama saya"
Aku diam sahaja bila dia berkata begitu.

Hakikatnya, belum datang nafsu aku untuk seluk dan teroka apa yang ada dihadapan mata. Biarlah hanya jemarian aku sahaja melayakkan diri untuk memicit apa yang perlu.

"Kita rehat-rehat sahajalah,ok?"
Dia senyum sambil memeluk, bukan peluk bantal tapi aku.

Seperenggan dalam kehidupan, bukan nikmat 45 minit yang aku cari.
Cuma jika perlu adanya pendengar. Cuma dengar. Tak perlu faham. Tak perlu analisa keadaan. Selalunya, aku yang mendengar.

"Bau perfume abang sama macam bau perfume pacar saya." katanya bila aku sedang rancak meluah isi hati.

"Ye ke? Dia beli kat mana? Aku beli kat Parkson. Mahal ni"

No comments:

Post a Comment