Tuesday, August 14, 2012

whr th mmry

DSC_0024
buuu bum

tasty

DSC_0028
Puasa Rock n' Roll

Monday, July 23, 2012

nervous twitchin' in my head

I may wish for something, or maybe this is just a beginning.
While the punk rock in me just don't believed in it anymore.
So, hell yeah been rocking up and down.

Guess I'll have to make it through this time.
Yet, better days are far behind me.

yes

To err is human.

"Young at heart an' it gets so hard to wait when no one I know can seem to help me now. Old at heart but I mustn't hesitate, if I'm to find my own way out.."

Back down, torn apart, don't talk so loud..anymore

Monday, July 9, 2012

Bandwagon's full, please catch another

I am an arms dealer fitting you with weapons in the form of words (don't really care which side wins)

Thursday, June 28, 2012

In large

Say a prayer but let the good times roll. Just in case.

Tuesday, June 5, 2012

Pokok Kayu (tipu, plastik sebenarnya)


Aku text pada Rie

"Mano.Poit? Copek lah. Badan lenguh, jom gi urut!"

Rie balas,

"Haha boleh jang. Den pinjam ko seratus dulu, boleh?"

Hahaha. Pundek. Lain aku suruh lain dia minta.

Rie tiba selepas jam tengah malam. Muka macam konek tersumbat dengan kondom yang tak boleh tanggal.

"Apahal, hujung bulan sudah loan aku?"
"Aku bagi seratus setengah kat pakcik guard. Kereta dia nak kena tarik.  Kesian aku tengok. Tak perasan aku pun sangkut jugak sen"

(*Aku bukan orang minang, walau lahir di Negeri Sembilan. Perangai orang Linggi. Cuma sesekali mengikut dialek mereka. Bunyi Kelantan jer aku payah nak bikin.)

Aku buat tak tahu, masuk dalam bilik hulur seratus. Aku tiada masalah untuk menghulurkan bantuan pada Rie, sebab dia proksi aku yang berguna.

Aku boleh jadi pemurah pada sesiapa, tapi jangan melampau sangat. Ada budak perempuan yang selalu panggil aku sebagai abang (dan aku yang mulakan panggil dia adik, sebab tak mahu terjerat dengan kebarangkalian nafsu untuk ajak dia beromen. Kita kena hormati dulu sesuatu yang boleh atau bakal kita sayang.) cukup dua bulan sekali akan text mesej, "Pinjam 500 bang, gaji tak masuk lagi".
 Itu pada kiraan bulan pertama, dua bulan lepas itu, dia 'up' lagi nak pinjam seribu pula, alasan kekal "Gaji tak masuk lagi"

"Bayar balik pakai body kau, boleh dik?" Nak jer aku balas text mesej sebegitu.Hehe.

Sambung balik cerita aku dengan Rie;

"Aku berborak dengan jiran baru sebelah rumah tadi"

"Apahal? yang pinjam gergaji minggu lepas?"

"Membongak jer layan dia cerita.Poit. Pakai Proton BLM ado hati nak kelentong aku nak beli rumah kat Ampang harga 800K, tapi takde dapur.."

Hidup-hidup Rie kena 'goreng' dengan jiran baru.

Selalu sangat orang bila bergebang, lupa yang mitos digambarkan itu tak selari dengan realiti.
Iya, hendak menipu jangan lah lari sangat dari dunia sebenar.

Agak-agak dah lah.
Hidup lebih kurang panas, sejuk atau sederhana. Boleh pilih kesemua sekali , kalau tahan.

Ada juga sesekali dapat text mesej, orang ajak dinner atau lunch. Aku jarang nak penuhi sebab kurang minat pada konsep 'makan free'.

Aku jarang hendak ingat nama orang, salam tangan orang, beri salam atau pun kemaruk mahu makan percuma.

Berlaku juga bila 'receptionist' pejabat menahan aku dari pulang awal, "Janganlah balik dulu, ada makanan kat conference room"

Aku faham erti jangan membazir, tapi tak mengapalah. Bukan salah  aku kalau makanan itu tak meriah tanpa kehadiran aku. Lagipun, minum wain lepas tu berlari mengejar tren komuter amatlah tak digalakkan.

Sejak dari dulu aku amalkan, 'bila hendak makan, aku bayar sendiri'. Mungkin belanja sesekali itu ada 'exception' nya. Segelas teh tarik , bila kau bayarkan tidak akan menjejas apa-apa persahabatan kita.

Tapi tidak dari jenis manusia yang bila mengajak makan, isi kandungan berboraknya lebih kepada mengangkat martabat diri sendiri.

Makan otak, bila ada seorang teman terlalu obses berbicara seperti "Daddy kita tak suka kita masuk Uitm. Dia nak anak dia masuk U yang macam Yale atau Harvard"

Aah lah. Masa interview kerja pun, English kau lintang-pukang. Dalam resume pun tulis UNITEN jer..Yale nenek kau.

Atau pada satu ketika, aku makan bertiga. Orang pertama (lelaki) bercerita tentang masakan yang pelik-pelik. Ia berterusan hingga muka dia pun aku lihat sudah macam jelmaan kuali mahal yang ada di kedai Aino. Orang kedua (biasanya, perempuan) akan mula 'backup' bila lihat wajah aku terpapar muka senget, "Oh, he always cooks for me.."

Bila situasi itu bermula, aku akan capai Galaxy Tab (model lama, jangan mula hendak tanya harga. Selalu sangat orang duk tanya harga SGT bila aku mula pegang Tab ini. Belinya tidak) dan mula buat-buat tengok email kerja.

Atau silap haribulan sebelum cerita dia bersangkut paut dengan bershopping di Kota London, aku akan segera angkat tangan pada waiter dan jerit, "Bawak bil, dik"

Jangan silap.
Aku tak cemburu, tiada sebab walaupun aku tak pernah menikmati 'luxury' yang cuba mereka tampilkan. Tapi, internet kan dah ada. Google jer, dah cukup puas. Dua kali aku tolak usul untuk 'memindahkan aku' ke Singapura dan Hong Kong. Duduk di Malaysia, hati aku tenang dan senang.

*Jangan asyik tanya aku mana kedai denim yang bagus, atau line denim yang berkain lembut lagi berkualiti. Aku pakai raw denim tanpa seluar dalam ketat (walau cuma Nudie & Tarik Jeans, dan bukan Iron Heart atau Samurai). Lain bangsa dengan kau, pre-washed!

Tuesday, May 29, 2012

carpe diem (untuk esok)

aku boleh lalui semua ini.

Monday, May 28, 2012

untouchable heart

Just another,
Fuckin' warm fuzzy feeling.

Existing midway between the unhinged death rattle of my insanity.

Maybe, that's all right.

Wednesday, May 23, 2012

Hot Wheels (revisited)

Hobi ini buat aku puas, dan kosongkan kocek.



 DSC_0001

Monday, May 21, 2012

(apa cerita) hari yang macam selalu

"...I wanted to eat of the fruit of all the trees in the garden of the world... And so, indeed, I went out, and so I lived. My only mistake was that I confined myself so exclusively to the trees of what seemed to me the sun-lit side of the garden, and shunned the other side for its shadow and its gloom" . De Profundis, Oscar Wilde

Tuesday, May 8, 2012

Would?

Know Me, Broken, By My Master, Teach Thee On, Child, Love Hereafter

Into The Flood Again. Same Old Trip It Was Back Then
So I Made A Big Mistake. Try To See It Once My Way

Drifting, Body's Soul Exertion.Flying, Not Yet Quite The Notion

Into The Flood Again. Same Old Trip It Was Back Then
So I Made A Big Mistake
Try To See It Once My Way

Am I Wrong?  Have I Run Too Far To Get Home?
Have I Gone? And Left You Here Alone?

If I Would , Could You?

Sunday, April 22, 2012

Bila kau rasa,"Banyak cantik?"

Beberapa minggu ini aku banyak mengurung kepala otak. Isolated jauh-jauh. Memikirkan yang tempat yang sepatutnya jadi 'asylum' suci tanpa gangguan, tiba-tiba dalam setahun ini menjadi tumpuan.

Aku tutup telinga dengan hanya menghadkan kepada laungan dari Joey Ramone. Ia lebih menggembirakan. Punca rebel aku sekitar remaja yang lepas-lepas. Punca dimana aku sedar, dunia tak hutang aku apa-apa.

Favorite band playing all my favorite songs.

Kertas putih, kita conteng dan lakarkan sendiri. Lepas itu buang dalam tong sampah - Kalau lah sesedap itu memori yang boleh dinyah-jauh dari otak.

"Everyday my time runs out. Live like a fool, that's what I was about"

Bila masa, ini adalah diantaranya aku berbogel diruang tamu sambil terjerit-jerit mahakarya Gibran dan berhenti lima saat untuk melaungkan "I believe in miracles!"

Daripada hati aku berkata,
"If she can find a reason to forgive.Then i can find a reason to live"

Malam ini aku 'mute' kan segalanya.

Friday, April 20, 2012

so fucking what?

Yeah, better than everyone. I mean you, we do remember.
We parted. It was mine. The courage was mine, misery.

Sunday, April 15, 2012

mendengar

"Lu kalau tak pergi Siam, mati mata tak boleh tutup tau..." Kata Andy pada aku dengan penuh semangat.

Aku dengar dengan penuh disiplin. Hidup mendengar mesti ada disiplin. Kita sentiasa kena jadi pihak yang mendengar.
Terutama sekali berkenaan dengan cerita perempuan, ehem ehem, tempat mana murah, yang mana puas, yang mana satu kau boleh 'bela'.

Aku suka mendengar. Kadang-kala aku ikuti dengan fantasi. Itu sudah cara aku.

Pernah juga aku menjadi mangsa untuk mendengar seorang kawan berceloteh. Tentang macam-macam. Err lebih kepada dongeng atau mitos. Aku tahu dalam sepuluh patah dia cerita, seluruh abjad umpama mahu ejek dia kembali, "Tipu lah lu cerita"

Jadi apakah keperluan untuk aku mendengar? Macam aku cakap tadi, 'diikuti dengan fantasi'. Sambil dia berceloteh mitos diri sendiri ( cerita tipu dia ), aku dengar sambil merenung sekali-sekala pada celahan buah dada.
Give and take. Tipu kalau aku tak perlu merenung pada bahagian tersebut.
Dia bagaimanapun bukan jenis yang aku suka bawa mendengar sembang hingga ke atas katil. Mulut dia berbau bila mula mengerang.
Ramai lupa akan kepentingan mengosok gigi dan berkumur.
Bau nafas mengurangkan rasa sensasi seksual. Listerin punyai taraf yang sama seperti kondom.

Berbalik kepada cerita asal. Andy ajak aku pergi Siam untuk memantat.
"Nanti mata tak boleh pejam woo.." Berulang kali dia meracun.
Babi punya kawan.
Aaah, yang penting malam ini, mata aku kena pejam. Esok banyak kerja mau bikin.

Tuesday, April 10, 2012

pagi ini

Apa benda menarik yang menanti aku setiap awal pagi?

Perasaan mahu ke bilik  air untuk mandi dan tiba-tiba deria bau menangkap ilustrasi nasi goreng atau nasi lemak.

Jiran selang dua rumah rajin memasak. Celaka, bau sedap!

Monday, April 9, 2012

Alasan

Dee Dee Ramone menulis antara bait terhebat,

"Tattooed your name on my arm. I always said my girl's a good luck charm.
If she can find a reason to forgive, Then i can find a reason to live"

Rangkap terakhir buat diri aku. Untuk segalanya. Buat semua, aku tak tahu, tak pernah tahu, mungkin akan cuba untuk ambil tahu.

Sunday, April 8, 2012

Hujung minggu menarik?

DSC_0076

The Pickers, Diva Universal dan secawan french roast.

Toast untuk satu kehidupan bosan tapi macam roller coaster.

fragmentasi dari mesin (atau novel Kasino)

"Dude, aku dah kalah dekat seribu minggu nie je"
Itu orang sebelah kanan aku. Yang sebelah kiri?

"Pantek! dua ribu setengah"

Kau nak salahkan Baccarat, senyuman perempuan Filipina yang putar Roulette atau novel Kasino?

Dua ekor ini salahkan aku sebab biar mereka terpengaruh kembali ke arena 'mesin'.
Tak boleh tahan bila kita cuba mengalihkan kenangan ikan lumba terbang melintas atau seekor beruang
memanjat tiang pokok, kan? Itu semua bonus.

Cerita dan tips yang terkandung, lebih kurang tidak , adalah berguna.
Cuma bila kita tamak, ada impian dan mahu ikut nafsu firaun masa bina piramid?
Hancur, sial...

Yang bahagian rajin sembahyang itu, tak pulak ikut.



Ini adalah novel yang patut semua 'kaki mesin' yang sudah bersara, jauhi!

Aku? kalah lima ratus.Babi!

Wednesday, April 4, 2012

goes away

DSC_0358

Over my shoulder, I keep looking back.  I feel a presence following me.
So I know I'll never be free

lenguh

Badan aku kiri-kanan terasa sengal.

Celaka punya dumbbell .

Aku benci orang mengarah. Terperincinya, untuk laluan hidup aku.

Contoh pukimak,

"Nak tidur ni, penat"

"Okay, you penat. Pergi tidur tau. I rasa u penat sangat. So tidur awal tau.."

Kalau aku dah beritahu, hendak tidur maka itu adalah alasan muktamad.
Seboleh-boleh mahukan monopoli juga, kan?

Dua kali pukimak malam ini. Aku mahu tidur.

L'homme est libre au moment qu'il veut l'être.

hujan lagi

DSC_0347

Tuesday, April 3, 2012

latip kau gila

Bila lati0s PLE? kan semua orang.

Sunday, April 1, 2012

pergi

Aku tulis dalam tertekan.

Dia suka buat sesuatu benda gelisah, nampak hebat dan kelakar.
Kambing, kucing atau semuanya.
Kari Landak atau lidah Seladang.
Perut boroi, pantai Port Dickson.

"Datang Bahau bawa rokok. Ude nak."

Aku tak dapat nak tulis kesemuanya.

Moga tenang disisi Nya, Pak Ude..

Thursday, March 29, 2012

Tempat memancing aku

Aku curi image dari web entah mana.

Nampak pokok sawit sebelah kiri?
Itu tempat aku ambil 'lesen' untuk memancing udang.

Diantara hari-hari terbaik dalam hidup yang kita takkan mampu lupakan.

Tuesday, March 27, 2012

kuburan

And the night, when the moon is bright,
Someone cries, something ain't right.

Sunday, March 18, 2012

wira hijau

DSC_0084

malam minggu

Aku suka tengok siri Law & Order.
Tak banyak cerita bercorak sebegini pada waktu ini.

carpe fuckin diem, anyone?

mine

DSC_0094

Saturday, March 17, 2012

Thursday, March 15, 2012

Thursday, March 1, 2012

Bidadari kurang menjadi

Dia, Bidadari Perjalanan.



Bukan susah nak cari pun. Dimana-mana pun dia ada. Maksudnya, dalam gerabak ini. Sama sahaja, pusing terbalik, naik turun bendanya tetap satu. Walau beribu hentian wajib.



Payah hendak lari dari khayalan, ini bukan pertama kali. Bagaikan imaginasi walau untuk seminit, sejam mahupun setahun. Bidadari ini merangkul tubuhnya setiap kali ada cubaan untuk bangkit dari sini.



Bidadari ini takkan lepaskan dia.



"Aah, celaka..aku mahu pergi!!"

"Duduklah dahulu untuk seminit lagi..Lagi pun Ridwan dah janji, kan?" 



Tak terdaya untuk bangun mahupun melawan. Kakinya mengeras tak boleh untuk bangkit. Ini alam nyata yang berpaksikan mimpi. Segala doa tak menjadi. Bagaikan beribu tahun tanpa hentian masa dia disini.

Dia pasrah untuk keberapa kalinya.



Sepatutnya ini hanyalah perjalanan yang ringkas. Dari satu stesen ke stesen yang berikutnya. Destinasi mudah, sepatutnya kalau ikut jadual perjalanan.



Selasa pagi,

Dia seperti biasa bersiap ringkas awal pagi. Diniatkan setiap hari dari Isnin hingga Jumaat,selepas solat subuh, untuk pergi bekerja, mencari rezeki.

Dia bukan tiada kenderaan, cuma selesa berposak-posak dicelah umum mengunakan perkhidmatan keretapi ketempat kerja. Jimat perbelanjaan.

Namun atas siulan yang terlaknat, perjalanan menaiki keretapi ke tempat kerja kini menjadi transit sesal dan syurga-neraka bergerak.



"Awal kau datang hari ini" tegur abang kaunter tiket.

"Takut lewat lah bang. Ada banyak kerja tak siap kat pejabat." Balas Ridwan.



"Tak pernah-pernah abang jual tiket tu tegur aku.." kata Ridwan sendirian selepas meninggalkan kaunter tiket.



Awal pagi, belum ada pun orang datang menunggu keretapi. Ridwan duduk dibangku stesen, menunggu.



Bunyi hon yang kuat, menandakan keretapi sudah hampir tiba. Dia menoleh kiri-kanan.

Belum ada orang lagi. Sedikit hairan, tapi apa peduli



Keretapi tiba, pintu gerabak dibuka dan dia masuk lalu duduk ditengah-tengahnya. Lapang tanpa sesiapa kecuali seorang gadis berbaju kurung putih dihujung kanannya.



"Awak hendak ke tempat kerja, ya?" Tegur gadis manis berbaju kurung putih yang kini duduk disebelahnya.

Laju pula dia bergerak, hatinya tertanya.

"Aah," Dia balas dengan senyum pendek disaat mindanya menjadi sedikit mengantuk.

"Sejuk juga ya pagi ini." Seakan mahu ajak berbual.

"Iyalah, lagipun tak ada orang pun dalam gerabak ni, mungkin suhu aircond jadi rendah." Jauh pula dia membalas kali ini. 



Tak terperasan langsung yang keretapi ini bergerak dengan perlahan sekali. Ada lebih kurang sepuluh stesen harus direntas sebelum dia tiba ke destinasi. Untuk pagi ini, lima belas minit berlalu tanpa menempuh stesen yang kedua. Dia langsung tak menyedarinya.



"Saya Asmara." Dia menghulur tangan, salam perkenalan.

"Haa? err saya Ridwan" balas pendek seraya menyambut salam perkenalan itu.



"Ridwan? ermm nama malaikat penjaga Syurga. Indah kan?" senyum gadis tersebut.

"Err, iya.. Nama Asmara pun apa kurangnya.." Ridwan balas sambil tergelak kecil.



Di pandangnya Asmara dari bawah keatas. Manis sungguh rupawan ini. Terlihat sungguh keayuan Asmara. Bak wangian kasturi, kulit yang putih bersih, rambut lurus panjang ke bahu, dan ya..buah dada yang terhias cantik dibalik baju kurung putih. Akal Ridwan mula menjadi sedikit nakal, dek terdorong dengan tiupan nafsu awal pagi.



Selanjutnya, mereka berdua hanyut dalam perbualan panjang. Cerita tentang macam-macam. Dari laut hingga kedarat. Langit tinggi hingga turun kebumi. Lupa Ridwan pada tujuan asal mahu ke tempat kerja. Tak dihiraunya lagi tentang gerabak yang dinaikinya kini, tak pernah singgah dimana-mana stesen. Hanya bergerak, cuma kini makin laju.



Asmara yang berada disebelahnya senyum manis. Bak bidadari, ulang hati Ridwan banyak kali. Jatuh cinta dia untuk perkenalan yang sekejap ini.



"Seronok saya dapat berborak dengan awak, Asmara" Kata Ridwan.

"Saya pun, kalau boleh tak payah berhenti ya?" balas gadis tersebut dalam bentuk pertanyaan ikhlas.

"Iya, kalau boleh saya tak mahu turun dari keretapi inilah..hahaha" Ridwan tergelak sedikit tanpa menyedari sedikit pun yang tangannya sudah pun mengenggam erat tangan gadis tersebut.



"Betulkah, Ridwan?" Senyum balas gadis tersebut bagaikan mengiyakan suatu akad, persetujuan antara dua insan.

"Iya Asmara. Walau untuk seminit pun tak mahu saya keluar dari gerabak ini."





********************

Biasanya dia datang duduk bersebelahan. Pakai Baju kurung putih, celak yang agak tebal. Bila dia tegur, jawap hanya sepatah. Jangan sesekali memanjangkan perbualan. Kau takkan dapat menghidu siapa dia pada awalnya, namun dalam hati akan ada bisikan mencengkam, "Jangan..jangan berbual dengan dia.." Setelah itu terjadi, bisikan nafsu mencelah, "Apa salahnya berkenal-kenalan"



Itulah silap yang kau takkan dapat tebus walau mohon rayu untuk meminta kembali jiwa yang telah terbeli dalam akad yang tidak sah.



Akibatnya, kau takkan dapat meninggalkan gerabak ini walau untuk seminit sekali pun. Hidup mati sampai kiamat, hanya untuk memandang tingkap melihat pohon-pohon dan bangunan-bangunan, bersilih ganti dalam gerabak yang takkan berhenti.



"Temankan Asmara untuk seminit dua, ya?"

lama

Hoi, lama tak menjilat langit bogel.

Hari ini aku hidup semula disini berteman dengan CD mahal, Ramones Anthology dan Metallica & Lou Reed.

Bagasi aku kosong dan mahu berambus dari khayalan celaka pukimak haram jadah

Sunday, January 29, 2012

Menyaksikan langit malam ini

Secawan Nescafe French Roast , sedikit nikmat dunia atau mungkin aku terbang mengelamun.
Kafein hebat, rokok kool.Kaiser Chief dalam playlist malam ini.

Inikan sebahagian dari fungsi memoir hidup aku yang takkan habis.

Untuk seumur hidup ini, Cheers!

Monday, January 16, 2012

monolog 16012012

Kadang-kala aku tutup mata, membayangkan tempat-tempat yang pernah aku duduki.
Membayangkan segala bentuk kenangan, riuh rendah dan kegilaan.

Untuk seketika dalam tahun ini, duduk diam.

Tahun untuk lebih 'dark' dari segi etika. Mungkin yang sebelum ini aku langgar segala hukum. - Pernah langgar.

Ini masih lagi pantai dan lautan aku sendiri.

Not so bad at all.

What sort of godding do you do?

" I am actually self-employed," he said, as brightly as he could manage.

"How can you be a self-employed god?"

"Ah, well, you see, if any other god wants, perhaps, you know, a holiday or something, I cover for them. Yes. That's what I do."

Friday, January 6, 2012

Where my world is..

My world rides through space of time, with some exception in Discworld, on the back of a turtle