"Alaaa, u lah.."
Apa pulak? Aku? Apa pasal?
"Alaaa, u lah.."
Masa dan ketika , aku jadi agresif, dalam hati.
"Alaaa, u lah.."
Susah sangat.Lagi-lagi aku.Sampai mampus aku jugak.
Tak payah! aku boleh makan dan bayar sendiri.
Monday, November 29, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Menunggu
Sejuk.
Aku menunggu lama.Tengok jam.Sudah menunjukkan jam tiga petang.Menyandar aku pada kerusi plastik.Menanti aku pada panggilan jururawat.Aku tunggu keputusan ujian perubatan.Aku bawa teman yang berada disebelah kerusi plastik,toleh kiri-kanan.Jenis tak tahu duduk diam secara statik.
"Kita patut bawa PSP untuk hilangkan kebosanan"
Bau ubat sudah naik dalam kerongkong.Aku tak suka bau ubat.Tak alergik, cuma aku tak suka.
"I am a sick man… I am a spiteful man. I am an unpleasant man. I think my liver is diseased." kata seorang penulis Russia.Dia tulis dalam bahasa Russia.Aku baca yang telah diterjemahkan dalam bahasa yang semua orang boleh faham.
Orang kata, kau akan rasa dekat dengan Tuhan bila datang sakit.Kalau tidak, Saidina Umar takkan menangis bertanya mengapa dia tidak demam,kan?
Sekarang ini, aku rasa mahu keluar dari hospital, jauh dari kompaun dan mahu merokok kembali.
Jururawat jalan laju-laju.Ada orang atas kerusi roda, ditolak oleh seorang remaja.Dia bekerja disini juga.Pakai vest hitam ada lambang hospital.Kerusi kiri-kanan penuh dengan manusia.Mereka duduk, sabar menanti panggilan.Jumpa doktor.Menanti untuk diagnosis.Ambil ubat.Tunggu keputusan ujian.
Kalau jenis yang tak tahan sabar, mereka mengamuk "Ini Hospital berbayar!" Dikatanya doktor lembab, jururawat tembel.Padahal kau datang lambat untuk temujanji perubatan.
Aku dalam kategori yang terakhir.Tunggu keputusan ujian.Seminggu lepas dikatakan terkena demam denggi.Aku anggukkan sahaja walaupun aku tahu, ini tonsil punya pasal.Hari terakhir, doktor kata "Kamu harus buang tonsil".Aku masih minta tangguh.
Aku suka pada suara aku sekarang ini.Nanti bila buang tonsil, suara jadi macam itik jantan.
Minggu lepas, empat hari dalam wad.Dua orang dalam satu bilik.Aku baring rehat.Seronok sebab ada Astro.Alat kawalan jauh juga dberikan.Makan sedap, bil kompeni yang bayar.Ikut perjanjian kerjaya, 7K untuk perbelanjaan perubatan setahun (tak termasuk jika aku mati ketika dalam tugasan).Ini lebih baih dari duduk di hotel yang ada bintang.Bila mati, lain cerita.
Yang tak seronoknya, tangan kiri dicucuk dengan jarum.Ada tiub getah yang dinaikkan setinggi Empat kaki.Penghujungnya ada air yang diletakkan dalam satu gelembung plastik.Selang beberapa ketika, jururawat akan injek ubat kedalamnya.Biasanya warna putih, air aku kira.Kadang-kala mereka injek, keluar warna kuning.Aku perasan satu malam, warna biru dalam gelembung plastik tersebut.
Aku tak maklumkan pada keluarga.Tak payah susahkan sesiapa.Aku check-in sendiri, aku keluar sendiri.Bil bukan aku yang bayar, kan?
Tonsil memang buat sistem badan aku lemah.Tekak jadi sakit.Badan jadi longlai.Nafsu makan hilang.Minum air manis tak terasa gula.Rokok punya pasal.Biasanya aku selesaikan dengan menghisap gula-gula lozenge.Terlalu malas untuk membelinya, lalu tonsil serang kuat.
Rokok membahayakan kesihatan dan membazirkan wang.Yang pertama aku setuju, tidak pada yang terakhir.Rokok aku percuma.Atau sekurang-kurangnya, selagi aku masih bekerja.
Doktor klinik kata , jangan beli yang ada dikedai.Hendak lozenge, datang ke klinik.Yang terdapat dikedai itu, tidak bagus.Aku tahu, itu semua tipu.Kalau sudah beli dikedai, buat apa ke klinik lagi, kan? Rugilah para doktor yang membuka klinik untuk orang yang ada sakit tekak macam aku.
"Awak, keputusan sudah keluar" kata sang jururawat sambil menyerahkan fail warna biru pada aku.Didalamnya ada keputusan ujian perubatan aku.Semuanya okay, sihat kembali.Macam biasa.Aku selak-selak sedikit.Memang, semuanya okay.
"Wah, mereka bikin ujian HIV pada aku juga" antara kedengaran atau tidak, aku berkata.
Teman sebelah aku menjeling jauh.Dia tak masuk campur sangat.Tapi, dia hendak juga bersuara.
"Wait, that's one is negative right?"
Nasib baik kau yang drive.

Sunday, November 21, 2010
Jauh
"Beauty is a terrible and awful thing! It is terrible because it has not been fathomed, for God sets us nothing but riddles. Here the boundaries meet and all contradictions exist side by side." - Fyodor Dostoevsky
Ambil masa untuk mengenali keadaan sendiri.Aku bukan dalam kondisi seperti dahulu.Aku bukan lagi riang-riang meloncat-loncat.
This is so fucking nightmare!
Kopi sampai ke meja aku.Buka penutup tumbler.Ada diskaun RM2 sebenarnya.Aku celup jari kedalam bekas tumbler.Suam panas.Aku jilat jari.
Dalam hati aku berkata; "Beritahulah pada semua orang, bahawa kamu semua bahagia tanpa aku menganggu jasad seluruh umat"
Jiwa aku selari dengan kesakitan Lucifer.Naluri aku terpendam dengan niat anak-anak gadis Noah.
Harapan aku, ada yang menanti disebalik pintu pagar.Menyambut kehadiran aku yang terluka kesakitan, teraniaya, terumbang-ambing.
Aku jual jiwa untuk satu kenikmatan, kegembiraan yang sebentar.Aku jilat kasih sayang demi perintah yang diminta oleh berjuta sel dalam kepala.
Demikianlah, pengakhiran aku.Menanti, terseksa, sadis dan luka berdarah direjam sepanjang perjalanan pulang.

menyusun batang mancis
Adakah menjadi kebiasaan untuk menuang segala kegembiraan yang ada kedalam satu mangkuk plastik.Biarkan untuk semalaman.Pagi, bangun, lihat dan tuang segala yang ada ke dalam singki.
Kiraan tempoh kehidupan umpama mengeluarkan kesemua batang mancis dari kotak dan kita susun secara bersiri.
Kembali kepada mangkuk plastik tadi.Petang, selepas pulang dari kerja.Ambil mangkuk tersebut dan letak di ruang tamu sebagai perhiasan.
"empty decorations"

Wednesday, November 17, 2010
Sunday, November 14, 2010
Nasi Ayam
Pada satu peringkat kehidupan, ada seorang insan prihatin suka tanya aku soalan-soalan pelik macam,
"Antara seks dan alkohol, yang mana satu kau kenal dahulu?"
Aku jawap, "Nasi Ayam kedai Cina"
Tahun '95 ;
"Jom ikut aku, kita rehat kat luar macam biasa.." kata Rashid.
"Tak mampus ke kalau kena tangkap? Selalu sangat"
"Kau takut pehal? Nak ikut ke tak?"
Jadi, seperti biasa kami berlari ke arah pagar sekolah.Lompatan perlu cantik, tapak kaki tak perlu berbunyi banyak sangat.Jangan kecoh, nanti kena pulau.Jangan lupa beli rokok awal-awal.Ini era '90an, era dimana semua budak sekolah pakai seluar lilit kaki mesti mahu 20inci keatas.Erra Fazira pun masih lagi gebu, berlakon dalam filem Sembilu.
Waktu rehat sekolah sessi pagi: Kedai Samsu.
Aku duduk bersama beberapa rakan senior.Penat berlari tak hilang lagi.Pesan kopi dan roti stim sapu kaya.
Cepat sangat habis makan sebab berkongsi dengan Si Rashid.Badan dia besar, kuat makan.Seperti aku, suka melihat perempuan berdada besar.
Sekarang sudah jadi orang buruan polis.
Semeja dengan aku, ada Pesot sama Perut dan beberapa orang lagi otai sekolah.
Tengah makan nasi ayam.Seperti biasa, memang tiada sifat ajak-mengajak dalam hati mereka.
"Bila masa sini ada gerai nasi ayam?" bisik Rashid.
Aku diam tak menjawap.Selesai roti aku jamah, isap rokok dengan kaki bersilang.Masih lagi lapar dan tak puas. Babi punya Rashid.
"Psst...kau rasa halal ke?" Rashid tanya aku.
"Entah.." Ikhlas, aku masih terpinga-pinga.
Ini kawasan kedai makanan cina.Belum ada Melayu yang berani bersaing niaga disini.
Melayu berani nak jual berasaskan konsep "Economy Rice" ? Jual makanan yang sedap, panas dengan harga murah.Pelanggan tetap ramai.
"Boss! kasi tambah kicap atas ini ayam" Pesot menjerit kearah kedai sebelah.
Kedai makan cina.Berlari seorang pemuda Tionghua, pakai apron kuning bertulisan Cina.Ambil pinggan ayam yang dihulur oleh Pesot.
Aku terasa berada dalam satu kelompok melayu yang pelik.Pemalas bila masa belajar tapi cerdik bila hendak hidup.Jenis bila bawa basikal ke sekolah , tak pernah fikir hendak kunci atau mangga supaya tak hilang.
Tak kira halal haram.Menarik!
"Boss!! kasi satu pinggan nasi ayam.Ayam sama kicap lebih!" Aku jerit pada kedai sebelah.
Perut yang baru selesai menjamah nasi ayam, senyum.Capai kotak rokok milik aku , ambil sebatang dan nyalakan.Jenis bangsa tak tahu minta izin kalau nak sesuatu.
"Kau nak tahu satu petua bugis?" Si Perut mula berbicara.
"Apa dia?"
"Kalau hendak, minta.Tak bagi? Rampassss!!" Jawap Si Perut sambil tersengeh.Patutlah perut kau buncit, ye tak?
Pemuda Tionghua itu kembali dengan pinggan ayam milik Pesot dan sepinggan nasi ayam untuk aku.
Selesai makan,
"Besok nak order itik pulak" kata aku kepada Rashid.

Ulang semula
Bila aku membuat kesilapan, biasanya aku akan biarkan sahaja.
Jadi relic, jadi tinggalan, mereput dan jadi baja kompos.Lepas itu, kitar semula.Guna balik.
Jangan membazir.
Ada masa, aku tercari-cari button 'Undo' dalam kehidupan.
Bila jadi begitu, aku akan cuba jauhi komputer untuk tempoh selama mungkin.
Pengaruh tab/button UNDO kuat sangat.Sial.

makan 1
Sebagai seorang manusia yang..err..manusia..
Aku agak lurus dalam satu-satu hal.Okay, kadang-kala aku buat putar belit.Ikut suka.
"Fools follow rules when the set commands you."- RATM
Datang satu fakta yang baru aku sedari.
"Kalau dah satu tempat kau pergi makan, kat situ lah kau pergi sampai kedai tu punah ranap.Lepas tu baru cari kedai lain"

insanity 2
Jangkaan kehidupan macam sehelai baju yang kta pakai seharian.
Tak boleh pakai sampai dua-tiga hari..
Tak macam stokin, sebab tiada siapa tahu berapa kali aku tukar stokin dalam masa seminggu.
Yang tak berapa seronok jadi manusia ialah, kena selalu mandi.

Sunday, November 7, 2010
insanity 1
Aku berada pada satu peringkat translasi diri.
satu, satu atau dua dua perkara yang tidak penting menjadi permainan diri.
"The thought of become more and more useful to others."
Secondly, of being insane.Well, that was yesterday.Gila pada kata dasar, riang pada permukaan.Sunyi pada kedalaman.
Apa yang baik bagi diri aku, takkan semestinya menjadi bijak jika dipadankan dengan orang lain.
Itu kata dasar dalam membincangkan kebijaksanaan kita dikaca mata orang lain, adalah kebodohan yang terserlah.
" In everything one thing is impossible: rationality" Kata Nietzsche.
My insanity went into history section of my life.Becomes a relic of the past.I blame nothing and fuck you all.

Wednesday, November 3, 2010
carpe diem: otak paling asas
Dalam lima minit, bersulam secawan kopi, aku cuba menulis beberapa perkara yang bermain dalam minda.
Ianya dalam bentuk paling asas/raw.
1.Antara kerasnya kopi yang aku minum, berbanding pejalnya payudara gadis itu?
2.Siapa yang berani membunuh si itik yang telah banyak melakukan kerosakan didalam kolam.Sang ayam kecut, sekelompok babi hutan hanya memandang sayu.
3.Kiamat berlaku bila rambutan berbuah tanpa bulu.
4.Dunia , kau tak gila.Cuma mendapat hidayah dari manusia yang menerima wahyu dari corong radio.jangan jadi zombie bodoh sekitar bandaraya.
5.Perempuan yang aku jumpa ini, dia riang.Sedikit gila.Seluruh dunia boleh beri tumpuan padanya.Jenis roh bebas.
6.Berfikir, terus laju.Tak, aku tak boleh berhenti berfikir sekerat jalan.Kecelakaan telah berlaku pada bintang-bintang yang dicipta.
7.Moleskine, Crocs dan Buff adalah lambang kekayaan dan keselesaan aku.Tak lupa, duduk kaki silang.Dalam kafe Starbucks sambil melancap.Pedulikan pada suara-suara protes.

Tuesday, November 2, 2010
carpe diem: kampung 1
"To choose this or that is to affirm at the same time the value of what we choose, because we can never choose evil. We always choose the good, and nothing can be good for us without being good for all." - Jean-Paul Sartre
Pernah aku ditanya,
"Apa lagu kesukaan you?"
Ambil masa 2 minit untuk menyelak kenangan. Kemudian, diam untuk seminit dua lagi.Nyala sebatang rokok, sedut dan hembus.Selesai.Aku jawap,
"Anything that's good".
Jangan salah sangka yang aku jenis mendengar semuanya.Kadang-kala aku terbuka namun playlist aku terhad.Kebanyakkan yang aku dengar bertahun dahulu sudah tiada dalam playlist mahupun koleksi CD.
Mungkin lebih kepada grind, sedikit melodi, lirik lucah, bunyi solo gitar panjang.
Aku dengar melalui ingatan.Aku hayati melalui pendengaran masa lampau.Aku mainkan terus dari memori kepala.Bila lirik hilang, aku capai rokok dan nyalakan.Sedut, hembus dan sambung kembali pada memori.
"I had Mr. Mozart to keep me company...[points and taps his head.] It was in here. [gestures over his heart] And in here. That's the beauty of music. They can't get that from you. Haven't you ever felt that way about music?" - The Shawshank Redemption
Ingatan aku tak kuat kini.Dahulu lain.SPM, Sejarah dapat 2.Itu paling tinggi.Lain semua cukup makan.Lepas bawa masuk ke ITM.
Aku suka baca apa sahaja mengenai sejarah.
Aku tak hafal.Sambil baca, sambil aku bayangkan diri berada dalam cerita berkenaan.Berangan.Aku ambil masa 3 tahun untuk habiskan Hikayat Inderaputra, dan setahun lagi untuk fahamkannya.Aku masih tak faham-faham sehingga kini.
Aku suka bayangkan diri berada disisi mereka.Dalam konsep sebagai seorang dewa.Aku mahu ketuk kepala mereka dan mengingatkan bahawa perbuatan mereka ini akan mendatangkan masalah pada anak cucu.
Tapi tak boleh.Jadi, aku kekal jadi dewa yang tiada kuasa.
Selepas itu aku beralih membaca Hikayat Amir Hamzah, beberapa naskah novel lucah (mungkin kepunyaan pakcik aku, dia ini celaka sedikit.) dan siri-siri bercakap dengan jin.
"Many a man fails to become a thinker only because his memory is too good. " - Nietzsche
Dekat kampung, dusun emak terletak dibaruh.Adalah sebatang dua pokok durian dan beberapa pohon manggis.Arwah datuk yang tanam.Malam-malam jika datang mengambil durian yang luruh, boleh nampak kelibat beberapa ekor arnab yang membuat sarang pada lubang yang ada ditepi-tepi pokok.Arnab-arnab milik salah seorang saudara mara.Jenis orang yang suka berbakti pada tanah.Tanam macam-macam, bela pelbagai binatang.Okay , yang ringkas-ringkas macam lembu dan kambing.Dia hidup seorang tanpa teman.Aku tak pasti bagaimana dia menyalurkan nafsu seksnya.Melancap bila lihat kambing senggama, mungkin.Tapi dia orang baik, tak kacau orang.
Belakang dusun, ada beberapa buah rumah orang kampung.Ada sebuah rumah ini, mereka (orang kampung kata) milik keluarga Pendeta Za'ba.Kecil , tak besar.Dengar kata ada ular sawa yang tumpang menginap.
Semasa kecil aku selalu berjalan kaki, bermula dari pintu pagar rumah berkenaan hingga kejalan besar.Depan jalan besar ada sebuah kedai runcit kecil.Bersebelahannya ada Pusat Giat MARA, bekas tapak sekolah.Kini jadi tempat pelajar lepasan SPM, PMR (yang bodoh) untuk menerusikan cita-cita mereka setelah Uitm menjadi tempat golongan orang kaya menghantar anak-anak mereka untuk belajar.Padan muka kamu, siapa suruh hidup miskin?
Aku cuba merasai, apakah perasaan Pendeta Za'ba tatkala hendak kesekolah, atau disuruh pergi kekedai.Apa yang dia fikirkan ketika itu? Aku tak pasti sama ada dia tinggal lama disana (atau benar-benar pernah tinggal disana).
Dibelakang dusun tersebut ada banyak lagi rumah sebenarnya.Tapi sudah lama ditinggalkan.Tinggal hutan.Menurut mak, orang kampung pernah bersawah dibahagian belakang hutan tersebut.Aku tak berani sangat untuk meneroka jauh-jauh.Ada banyak puaka berkeliaran.Boleh kena demam panas seminggu kalau kena 'tegur' dengan puaka-puaka ini.
Arwah nenek komen.."Tok-tok nenek kau juga"
Pernah seorang arwah nenek saudara aku, minta mahu ditemankan untuk kembali ke rumah lamanya yang terletak jauh sedikit dihutan baruh.Malam Aidil-Fitri.
"Adik-beradik aku datang.Nak buka lampu bagi terang" katanya.Adik-beradiknya yang telah lama meninggal dunia.
Orang Linggi, biasalah.
Aku tak pastilah esok, bila aku sudah mati ada diantara adik beradik aku yang akan membuat perkara seperti nenek saudara aku lakukan. Maksud aku, bukanlah mahu 'kembali' seperti hantu atau jembalang.Memadai hadir dalam bentuk hologram seperti dalam 'ending' Star Wars:New Hope.Itu pun jika penjaga neraka membenarkan aku keluar.Bukan lama mana pun.Kan?

For the sweetened broken heart ones
"Don't you know you need some time...all alone"
What seems too reckless and unfair.Disgust and beautiful naked.
Better days are far behind.
More would come, if you would,
Thus, an epic story of mine to be untold,
Fold and wrapped onto reckless dreams.
Unfair;
For the sweetened broken heart ones,
I've studied The Prophet all night long,
This i would give without nothing to offers, except mine.
"For even as love crowns you so shall he crucify you. Even as
he is for your growth so is he for your pruning."
Yet, as i lay..still hold the candle,
Walked away from the pain of being fools.
Above me, just the star we created,
"Remains, untouched and let it be" she said.
The door was open, candle blew and then she disappeared.
Being rejected as i am still sniffing....
Grunge and fuzzy like an old punks shredding this six strings, uttering
"You fuck the only one!"
Selamat malam, pukimak, this is not a love poems.

Subscribe to:
Posts (Atom)