Tuesday, November 2, 2010

carpe diem: kampung 1

"To choose this or that is to affirm at the same time the value of what we choose, because we can never choose evil. We always choose the good, and nothing can be good for us without being good for all." - Jean-Paul Sartre

Pernah aku ditanya,

"Apa lagu kesukaan you?"

Ambil masa 2 minit untuk menyelak kenangan. Kemudian, diam untuk seminit dua lagi.Nyala sebatang rokok, sedut dan hembus.Selesai.Aku jawap,

"Anything that's good".

Jangan salah sangka  yang aku jenis mendengar semuanya.Kadang-kala aku terbuka namun playlist aku terhad.Kebanyakkan yang aku dengar bertahun dahulu sudah tiada dalam playlist mahupun koleksi CD.

Mungkin lebih kepada grind, sedikit melodi, lirik lucah, bunyi solo gitar panjang.

Aku dengar melalui ingatan.Aku hayati melalui pendengaran masa lampau.Aku mainkan terus dari memori kepala.Bila lirik hilang, aku capai rokok dan nyalakan.Sedut, hembus dan sambung kembali pada memori.

"I had Mr. Mozart to keep me company...[points and taps his head.] It was in here. [gestures over his heart] And in here. That's the beauty of music. They can't get that from you. Haven't you ever felt that way about music?" - The Shawshank Redemption

Ingatan aku tak kuat kini.Dahulu lain.SPM, Sejarah dapat 2.Itu paling tinggi.Lain semua cukup makan.Lepas bawa masuk ke ITM.

Aku suka baca apa sahaja mengenai sejarah.

Aku tak hafal.Sambil baca, sambil aku bayangkan diri berada dalam cerita berkenaan.Berangan.Aku ambil masa 3 tahun untuk habiskan Hikayat Inderaputra, dan setahun lagi untuk fahamkannya.Aku masih tak faham-faham sehingga kini.
Aku suka bayangkan diri berada disisi mereka.Dalam konsep sebagai seorang dewa.Aku mahu ketuk kepala mereka dan mengingatkan bahawa perbuatan mereka ini akan mendatangkan masalah pada anak cucu.
Tapi tak boleh.Jadi, aku kekal jadi dewa yang tiada kuasa.
Selepas itu aku beralih membaca Hikayat Amir Hamzah, beberapa naskah novel lucah (mungkin kepunyaan pakcik aku, dia ini celaka sedikit.) dan siri-siri bercakap dengan jin.

"Many a man fails to become a thinker only because his memory is too good. " - Nietzsche


Dekat kampung, dusun emak terletak dibaruh.Adalah sebatang dua pokok durian dan beberapa pohon manggis.Arwah datuk yang tanam.Malam-malam jika datang mengambil durian yang luruh, boleh nampak kelibat beberapa ekor arnab yang membuat sarang pada lubang yang ada ditepi-tepi pokok.Arnab-arnab milik salah seorang saudara mara.Jenis orang yang suka berbakti pada tanah.Tanam macam-macam, bela pelbagai binatang.Okay , yang ringkas-ringkas macam lembu dan kambing.Dia hidup seorang tanpa teman.Aku tak pasti bagaimana dia menyalurkan nafsu seksnya.Melancap bila lihat kambing senggama, mungkin.Tapi dia orang baik, tak kacau orang.

Belakang dusun, ada beberapa buah rumah orang kampung.Ada sebuah rumah ini, mereka (orang kampung kata) milik keluarga Pendeta Za'ba.Kecil , tak besar.Dengar kata ada ular sawa yang tumpang menginap.
Semasa kecil aku selalu berjalan kaki, bermula dari pintu pagar rumah berkenaan hingga kejalan besar.Depan jalan besar ada sebuah kedai runcit kecil.Bersebelahannya ada Pusat Giat MARA, bekas tapak sekolah.Kini jadi tempat pelajar lepasan SPM, PMR (yang bodoh) untuk menerusikan cita-cita mereka setelah Uitm menjadi tempat golongan orang kaya menghantar anak-anak mereka untuk belajar.Padan muka kamu, siapa suruh hidup miskin?
Aku cuba merasai, apakah perasaan Pendeta Za'ba tatkala hendak kesekolah, atau disuruh pergi kekedai.Apa yang dia fikirkan ketika itu? Aku tak pasti sama ada dia tinggal lama disana (atau benar-benar pernah tinggal disana).

Dibelakang dusun tersebut ada banyak lagi rumah sebenarnya.Tapi sudah lama ditinggalkan.Tinggal hutan.Menurut mak, orang kampung pernah bersawah dibahagian belakang hutan tersebut.Aku tak berani sangat untuk meneroka jauh-jauh.Ada banyak puaka berkeliaran.Boleh kena demam panas seminggu kalau kena 'tegur' dengan puaka-puaka ini.
Arwah nenek komen.."Tok-tok nenek kau juga"

Pernah seorang arwah nenek saudara aku, minta mahu ditemankan untuk kembali ke rumah lamanya yang terletak jauh sedikit dihutan baruh.Malam Aidil-Fitri.

"Adik-beradik aku datang.Nak buka lampu bagi terang" katanya.Adik-beradiknya yang telah lama meninggal dunia.
Orang Linggi, biasalah.


Aku tak pastilah esok, bila aku sudah mati ada diantara adik beradik aku yang akan membuat perkara seperti nenek saudara aku lakukan. Maksud aku, bukanlah mahu 'kembali' seperti hantu atau jembalang.Memadai hadir dalam bentuk hologram seperti dalam 'ending' Star Wars:New Hope.Itu pun jika penjaga neraka membenarkan aku keluar.Bukan lama mana pun.Kan?

No comments:

Post a Comment