Sebulan yang lepas , aku mengalami sakit belakang yang amat sangat. Terlalu perit sampaikan berdiri dalam perjalanan di antara stesen Subang Jaya hingga ke Pelabuhan Klang, terlalu azab.
Okay, itu minggu pertama.
Masuk minggu kedua, ego aku luntur. Pinggang aku terasa hendak tercabut sangat-sangat.
Aku pergi jumpa doktor.
"Sakit apa?"
"Macam ini doktor, minggu lepas Astro ada tayang cerita Twilight..."
"Ya, ya..pasal Vampire tu kan?" Doktor wanita ini menunjukkan minat. Sememangnya novel Twilight adalah bacaan porno bagi kaum wanita.(pun intended)
Dia siap topang dagu.
Aku tak nafikan, cedukan ke filem untuk novel berkenaan adalah sangat menarik.
Dia mungkin sekejap lagi akan suruh aku pilih antara Jacob atau Cullen.
"Lepas habis cerita tu, saya terus cari dumbbell..."
"Ini kes awak salah letak dumbbell-lah kan?" pintasnya sambil tergelak. Tergelak dengan kuat sambil pen pada tangan kanannya menunjuk tepat ke fail perubatan aku, 'Status-Bujang'.
Iya, Jacob adalah jawapannya.
Soal ego, walau sebesar mana sekalipun, dalam konteks ini ego lelaki lebih besar dari telurnya, tetap akan kalah pada perempuan.
Dalam banyak cerita, aku bikin banyak salah pada beberapa orang wanita yang pernah aku kenal. Minta maaf.
Dia beri aku ubat tahan sakit dan krim otot.
Okay, ini sahaja untuk bacaan hujung minggu kamu semua dari aku.
No comments:
Post a Comment