Friday, April 29, 2011

intelektual besar tungau

Sedikit sambungan, untuk sesiapa yang pernah membacanya
*********************************************



Malam yang dingin, sunyi.Aku ambil peluang untuk berehat diatas katil. Dilantai bilik, ada Si Paris sedang bereksperimentasi dengan satu 'benda' pelik.
"Wah..wah..kau hebat"

Si Paris angkat dan lambung-lambung 'benda' tersebut ke atas, sampai melekat pada lampu kalimantang.  Ikut lumrah dan resmi graviti, 'benda' tersebut jatuh kembali. Menyerah secara 'total' kepada Si Paris.

Ditarik-tariknya badan 'benda' itu. Elastik dan melekit-lekit buat Si Paris jadi kagum. Dibaling-balingnya ke dinding dan melekat.

"Wah..wah..kau macam getah!"

Si Paris begitu bangga dengan permainan terkininya itu. Aku diam sahaja, bergolek atas katil. Malas untuk aku memperbetulkan intelektual budak 'besar tungau' ini. Ini lebih elok sebenarnya, biar dia kaji sendiri.

Si Paris cuba cium 'benda' itu. "Bluuueeekk, bau kau masam!"

Diambilnya secawan air kosong yang terletak diatas meja belajar lalu direndam benda tersebut berkali-kali. Si Paris banyak lakukan pengulangan dalam setiap tindak-tanduknya. Selesai merendam, dilapkan 'benda' tersebut dengan hujung seluar pendek yang dipakainya.

"Hahaha, kini kau telah berbau wangi.."  gelak bangga Si Paris.

Pertama kali aku datang, aku sangkakan bahawa sehelai kain kuning bergambar ikon masakini 'SpongeBob' adalah kain buruk. Jenuh mendengar bebelan ibunya(adik aku), setelah Si Paris merajuk tak mahu makan dek kerana seluar pendeknya itu aku jadikan kain buruk untuk mengelap kuah megi yang tumpah.

'Benda' itu, yang kita tahu sudah longlai tak bernyawa berada dalam pegangan Si Paris. Dia cuba untuk memasukkannya kedalam kocek seluar pendeknya, namun Si Paris batalkan sahaja rancangan itu. Seluar pendeknya tiada kocek. Jenis seluar pendek yang mati hidup balik sekalipun, kita akan terasa geli untuk pegang. Jenis seluar pendek yang kita takkan tahu bila kali terakhir ianya dibasuh.

Kita pergi semula pada pengenalan,

Si Paris sedang khusyuk membaca komik sambil berbaring  telentang dilantai bilik. Aku atas katil, bergolek. Sepatutnya ikut arahan asal, Si Paris harus menelaah buku pelajaran. Dasar degil yang diwarisinya turun temurun, Si Paris khayal sambil membayangkan dirinya menjadi hero dalam siri komik tersebut.
"Hahaha, akulah perwira gagah" katanya sambil menyelak komik berkenaan.

Kaki Si Paris bergoyang-goyang, menandakan dia sedang alpa dalam dunianya sendiri. Dia ini jenis bila berbaring tak perlukan bantal.
"Belakang kepala dia macam ada bonjolan pelik" bicara ayahnya(adik ipar aku) sedikit masa dahulu.

Tiba-tiba Si Paris merasakan sesuatu menjalar di jari kaki kanannya. Dia berkerut sebentar tanpa rasa ada mahu untuk menoleh melihat 'benda' yang menjalar itu.

Gaya pejuang.
Jari jemari kaki Si Paris bingkas bertindak melawan 'benda' itu.Ini seakan pertarungan sengit, dengan banyak penyesalan dari benak 'benda' itu, aku rasa. Pertarungan yang berakhir dengan kekalahan pada 'benda' itu. Ada nyawa yang telah melayang.

Si Paris tetap tekun menghabiskan pembacaannya sambil jari kaki mengentel 'benda' tersebut yang sudah longlai, mati. Selesai membaca, Si Paris duduk bersila sambil meletakkan 'benda' itu diatas tapak tangannya.
"Kan aku dah kata, aku ini kuat." ego seorang budak 'besar tungau'.

Penamat;
Si Paris terus leka dengan permainannya itu.
"Esok kau ikut aku pergi sekolah tau?" terkulai 'benda' elastik itu ditelapak tangan Si Paris.
Aku perhatikan dengan penuh minat tanpa masuk campur.Hendak ditegur, tapi minda aku berkata "Tunggu sampai dia cuba kulum 'benda' itu"
Kemuncak itu tak sampai kerana ibu Si Paris (adik aku) terpacul dihadapan pintu.
Aku cepat-cepat tutup mata, dengan harapan untuk berpura-pura tidur.Tak mahu disangka cuba berkomplot dengan aktiviti Si Paris.

"Kau, kalau nak merasa tidur luar rumah mainlah lama-lama dengan bangkai cicak tu." kata ibunya(adik aku).

Untuk Orang Linggi

Buat Tok Bon,

Selamat Jalan..Moga tenang disana bersamaNya.


"Memancing nie, hobi buang masa.."

Monday, April 25, 2011

Pergi

pergi cari mimpi kau sendiri.

Disini aku punya mimpi, aku punya langit, aku punya lautan.

Tropic Of Cancer : An excerpt 1

  "Going back in a flash over the women I've known.It's like a chain which i forged out of my own misery.Each one bound to the other.A fear of living separate, of staying born.The door of the womb always on the latch.Dread and longing.Deep in the blood the pull of paradise.
The beyond.Always the beyond.It must have all started with the navel.They cut the umbilical cord, give you a slap on the ass, and presto! you're out in the world, adrift, a ship without a rudder.You look at the stars and then you look at your navel.
You grow eyes everywhere-in the armpits, between the lips, in the roots of your hair, on the soles of your feet.What is distant becomes near, what is near becomes distant.Inner outer, a constant flux, a shedding of skins, a turning inside out.
You drift around like that for years and years, until you find yourself in the dead center, and there you slowly rot, slowly crumble to pieces, get dispersed again.
Only your name remains"
-Tropic Of Cancer, Henry Miller

Sunday, April 24, 2011

pernahkah kau?

Pernahkah kau lihat segalanya?

Bila matahari gagal keluar?

Pernahkah kau lihat ianya terjadi?

Bila lautan berhenti membekalkan ombak yang kuat untuk pantai?


Diantara semua yang indah-indah belaka, aku mahu terbang dengan sayap luka ini,
Masuk ke dalam mimpi indahmu, meneroka ruang legar yang haram bagiku cecah selama ini.

Kerana ini semua perlu bagiku,
Untuk mengekalkan ingatan terhadapmu.

petang ini

Jangan terlalu bersikap sempurna hinggakan kau bebas mengadili sesiapa sahaja.

Ada sebab kenapa hitam itu gelap, ada cerita untuk segalanya.

Thursday, April 21, 2011

Bebelan halusinasi

Setiap hari, malahan setiap malam aku bisikkan pada diri sendiri;
"Ini aku, baik-baik sahaja melorot jauh dalam diskriminasi perasaan"

Setiap waktu, malahan setiap saat aku bisikkan pada hantu dalam diri ini;
"Kau duduk diam-diam, ini untuk aku segalanya"

Moga aku takkan tewas dalam mencari arah menggunakkan kompas yang bebal. Moga aku gagah menelusuri denai-denai serabut otak tanpa sebarang vektor dan pandu arah.

Kompas bebal yang seringkali menipu aku dalam keadaan sedar gegak gempita hidup, berceloreng dengan nafsu sendiri.
Kerana kau, yang aku yakin hidup disana, tersenyum penuh kegembiraan sendiri.

Cairan idea memuntahkan segalanya dalam transit ini. Maksud aku, segalanya yang tersembunyi dari perasaan benteng hadapan.

Disini aku luruh sebentar, sebelum meneruskan perjalanan yang tiada destinasi.
Tiada jalan pulang, tiada penyambut, tiada pelukan.

Kompas yang bebal, biarkan disini dahulu.Esok bila aku bangun dan capai kau semula, bolehlah kita bergembira bersama dalam kesesatan.

literasi penat

Di antara pedih, penat dan longlai,
Terlindung dua bentuk kejayaan,
Kejayaan yang layak dicintai,
Bukannya permainan.

Akal (babi) dan licik.

Macam aku hari ini, bagi text message "Lewat kerana urusan pejabat".
Padahal, enak sangat tidur sampai malas nak bangkit awal.

Wednesday, April 20, 2011

bikin sebelum bosan

tik tok tik tok!,

Anis hentak meja laju-laju dengan batang pensil. Buku dan jurnal bersepah depan mata, atas meja.
Anis jenguk pada jam loceng diatas meja , "Aah, lambat lagi"

tik tok tik tok!,

Bunyi yang takkan diam.Bunyi jarum jam yang bergerak. Batang pensil masih digengam hebat oleh Anis yang tak keruan. Dia melecur pada jalan kehidupan yang dangkal dan bosan.

Mahu jadi bodoh untuk dua minit, sebelum sambung menelaah. Ada banyak benda Anis kena hadam dalam perut minda intelek dia.

tik tok tik tok!,

Anis berkata, "Ini tak boleh jadi!" dia perlu ambil resolusi yang penting.
Dia angkat kedua jari telunjuk supaya rapat pada kedua belah telinganya seraya menjerit, tapi perlahan.
"Woob..Wooob..Woooob"

Bangga!

*homej buat Kapten Carrot.

esok lusa

Biarkan kegelapan berarak kesini,
Kita pasti dapat cari jalan keluar.

Bukan sekarang, bukan hari ini.
Mungkin esok lusa kau mampu cari.

Buat para pelesit yang berjemaah dalam keranda kosong,
Mencari ilham, mencari akal babi.

Kalau ada..

Kalau ada cerita, kita tulislah.
Tiadanya bagaimana? Diam-diam sudah, walau setakat ini aku hanya menulis ala syok sendiri. Asalkan tergerak dek fenomena minda yang selari dengan dasar gila aku.
Terlantar diatas puing-puing gersang. Asap rokok yang berkepul-kepul bagaikan awan simpulan buatan.

Mungkin hidup memerlukan diri kita untuk menjadi hero atau 'champion' atau watak yang hebat.

Aku, yang menjadi Jeneral dibilik kecil ini dalam kesejukkan. Ingin mengimpikan syurga yang 'enak', kemahuan yang tiada batas. Jika boleh kita imaginasikan satu kenyataan, 'Awak gila, awak akan hidup lama'

Satu demi satu, kurasakan.Tempik dalam kecelakaan, birah dalam kelambu sunyi.
Bak kata hati, 'Tangan kiri pegang tetek kecil, tangan kanan usap tetek paling besar'

Tidak pada yang lain, bukan pada yang ini. Tak, tidak mahu aku gapai.

again

"I have no money, no resources, no hopes. I am the happiest man alive."- Tropic of Cancer, Henry Miller

Tuesday, April 19, 2011

last.

opps,

telefon aku kena barred.
Jawap sms dalam hati jer la, ye?

Semalam

Semalam aku eksiden.Tergolek atas jalan.

In case kalau kau tanyalah.
Tak, belum nak mati lagi.

Sunday, April 17, 2011

Kehabisan cerita

Membaca itu, satu nafsu tak seperti mana menulis, yang ada satu (atau dua atau beribu) kesukaran.

Diatas adalah frasa yang hadir pada hujung minggu aku yang paling terkini - sehingga ini ditulis, sekarang.
Sedikit demi sedikitlah, atau berpura-pura kita ini ada anjakan.
(Berpura-pura adalah imej bagus untuk kita sebenarnya. Ia acapkali memberikan pesona yang semua orang tahu, kau berpura-pura)

Atas nama lubang bontot Zeus;

Walaupun aku tahu, ini malas.
Aku malas kerana sekarang sudah semakin sempit ruang untuk diteroka - memori lama.Mungkin kehabisan, atau bersembunyi dicelah-celah kemaluan aku.
Diatas adalah mengenai kemalasan untuk menulis. Ruang rekacipta untuk aku menulis ini sebenarnya, kecil.
Semacam;
Kepala ada idea, tapi tangan selalu sibuk. Bila sudah tidak sibuk, tangan (tiada mulut) untuk bertanya pada kepala, yang pelupa.
Kepala dalam konteks ini, tidak berpura-pura. Cuma malas hendak ulang dua tiga kali.


Bagaimana pula dengan membaca?
Ya, aku baca juga.Ada sedikit, sekali-sekala saat terperosok dalam himpunan manusia didalam tren komuter. Seringkali hanya untuk
'menyegarkan' memori aku tentang plot cerita pada buku yang aku genggam.
Iya, memegang buku semasa menunggu ketibaan tren adalah efek 'champion' yang terkini. Jauh lagi hebat dari menggunakan Iphone, atau Ipad, atau Ipod, atau pun Ilancau. (Atau berlagak 'cool' semasa memegang batang besi dalam gerabak)

Aku dalam proses untuk menyudahkan bacaan buku Tropic of Cancer,(sepatutnya ada fullstop, tapi aku tegar) namun (seperti biasa) sibuk dalam hal ehwal kerja. Isinya bagus, jalan ceritanya menarik, zakar boleh tegang.Setahun aku tunggu.

Oleh kerana mempunyai lebihan dalam akaun, aku beli juga 'cewah' (blook). (Okay, ada fullstop)

Apa lagi yang aku beli dan sudah selesai baca? The Color Of Magic, karya Pratchett. Humor dalam fantasi Discworld tak pernah gagal untuk buat aku gelak- sama seperti orang lain yang pernah membacanya. Ianya lebih hebat dari melanggan pelacur (dapat klimaks, secara amnya)

Antologi Body2Body membuatkan aku mengenali semula seorang sahabat sekolah rendah.Bagus. (Juga, fullstop)

Apa lagi? Tiada. Kau ingat aku ada masa?

Sayap-sayap rindu, didalam seluar.

Kalau kau ghaib, akan ku seru nama mu dalam setiap kalimah cintaku.
Tiada 3gp buat penenang rindu, tiada gambar bogel kamu buat rembesan ghairah ini.

Mana lagi berkibarannya sayap-sayap rindu,
Mana hilang status cinta darimu;

Tenang..tenang 'aja..

Hanya mampu ku lakukan adalah,
Meletakkan tangan tangan didalam seluar.

Tiada Sebab, menjelang mabuk

Aku hendak cari jiwa rock n' roll. Macam selalu selalu - atau macam biasa. Ya, aku terlalu taksub pada logik akal, pada masa yang sama meminati permainan fantasi minda yang tiada dalam langit mahupun angkasaraya.

Iya, tidak aku mabuk sekarang ini. Tiada alkohol buat masa sekarang, juga kitab sembahyang yang sudah lama hilang - menjelang lewat meraikan sedikit kebebasan kiri-kanan.

Cari kemakmuran jiwa. Gelumang sama falsafah. Taat tapi pada masa yang sama alpa pada perintah.Buat setiap daki yang berada disetiap sendi pemikiran. Amalkan perjalanan yang mempunyai halaju kapasiti tinggi. Berhenti bila penat.

Aku hendak cari apa tadi?

Puki atau cipap.

Retro : hubungan

Suatu ketika dahulu, aku jenis suka bermanja.
Mungkin - masih lagi hingga kini, terpulang pada relevannya hidup, kebosanan, dan lemah lembut jiwa.

Satu masa dahulu, (ini perlu dinyatakan, sebab memang dah lama berlaku)

Aku capai telefon bimbit, aku taip bait-bait text message yang indah.
Aku hantar pada seseorang (atau sekali hantar pada ramai orang).
Ikut keadaan, ikut jumlah 'kredit' yang ada.
Selalunya berjawap; Dengan balasan yang serupa dan indah.

Aku mula jadi gian dan bersemangat.
Menaip pada butang telefon, aku balas lagi dengan diselangi pelbagai falsafah dari Gibran, Barret atau Lennon.

Banyak selang masa untuk aku menghiburkan diri, dan menikmati perhatian.Tapi , aku mula hilang fokus.

Dari text berunsurkan 'ayat bermanja', dari soalan fundamental seperti 'bra you size berapa?' beralih kepada intipati cerita berasaskan persoalan murni seperti,
'dah makan?', 'kenapa nak kena kurus', 'bila nak datang sini?', 'mak you sihat?'

Disebelah sana, cukup faham akan peralihan ini.
Ada ketikanya, pembalas itu menjadi bengang kerana pertukaran subjek cerita oleh aku.

Yang mana faham, akan membalas dengan yang paling sinis, paling 'champion'.

"Meh i teka, you mesti baru habis melancapkan? Pergilah toilet cepat.I faham"

Idiosyncrasy

My nervous breakdown?
Well, it would have happened anyway.



It was a deep-rooted thing.

Tuesday, April 5, 2011

Melayang macam ini

Lari-lari, sejauh mana kau rasa fikiran dan minda boleh pulih.
Kerana,
Jiwa aku melayang jauh bukan untuk semua, bukan untuk kamu semestinya.


"Somebody at one of these places [...] asked me: "What do you do? How do you write, create?"
You don't, I told them. You don't try. That's very important: not to try, either for Cadillacs, creation or immortality. You wait, and if nothing happens, you wait some more. It's like a bug high on the wall. You wait for it to come to you. When it gets close enough you reach out, slap out and kill it. Or if you like its looks you make a pet out of it."
-Charles Bukowski

Monday, April 4, 2011

bulan?

Dimana langit selalu bocor,
Disitu bulan akan retak.Atau gersang.Atau gatal tulang.

Hello, Bulan? Jangan melancap selalu,
Kamu simbah habis ke sini,
Bikin lekit-lekit selalu permukaan kami.

Atas Bumbung

Aku kurang berkata-kata jika dipaksa.Biar datang dengan sendirinya celoteh aku.
Ini termasuklah yang selalu text aku, "Pergi tengok web ini kejap"

Aku senyum, dan selalunya aku jawap dalam hati, dengan sopan
"Aku ini tak ada masa, puki"

Tak lah semacam itu.Selalunya aku baca dan letak elok-elok telefon bimbit.

Sinikal walau untuk lima minit adalah ubat mujarab buat aku.

Bila aku balik jam 5 pagi tadi, jiran sebelah rumah senyum
"Baru balik?"

"Tak.Singgah kejap jer.Tukar baju"

Biasanya kalau jam 3 pagi, aku ada 'teman'
Anak jiran sebelah yang selalu tidur dalam kereta.Dia hanyut dalam retro dan asylum dunianya sendiri.
"Tertinggal kunci rumah, malas nak kejutkan mak"

Ini adalah situasi biasa bagi aku, suatu ketika dahulu.Kini,sudah berkurangan.
Walaupun aku tak nafikan jiwa ini akan jadi teruja bila rakan sepejabat bercerita tentang apa yang ada dibalik mini skirt gadis-gadis pusat karaoke.
"Tak mahal.Sorang budget la dalam seratus setengah" beria-ria seorang kawan.
Maafkan aku kawan.Tidak lagi buat masa ini.
Tunggu bonus.

Berbalik kepada naratif asal.
Mulanya aku hanya senyum.Tegur atau menyapa amalan biasa, dan selalunya aku atau dia mengelak untuk berselisih.Malas hendak senyum..Tapi bila suatu malam aku tergerak untuk mengetuk pintu keretanya yang parkir diluar pagar.

"Masuk cepat!"
"Ahh?"

Aku masuk kedalam keretanya.Penghawa dingin masih terpasang dengan jarinya memegang puntung rokok, yang teramat panjang baranya.

"Apahal?" aku tanya.

Dia juih mulut ke arah kedai dua tingkat dihadapan rumah kami.
Patutlah aku rasa seram sejuk dua tiga menjak ini.Jauh betul 'dia' berjalan.

Atas bumbung rumah kedai depan rumah ada langsuir bersidai.

"Ooo" aku ngaga besar.

jendela aku

Aku menjeling luar jendela,
Memegang secawan kopi,
Memerhati gelagat 'mereka yang selalunya betul'.
Moralis dan para fasis, yang tak putus-putus mahu mengintai sarang orang lain.

Demi memancut, menghina, mendajalkan buah fikiran, hak asasi manusia lain,
Sekalian askar fasis takkan segan-silu mengatakan 'Semua ini adalah benar, kami yang terlaksana hebat'

Aku yang masih menjeling luar jendela,
Dalam simfoni gitar Hendrik,
Senyum dalam simpulan,
'Pergi Mampus'