Wednesday, April 20, 2011

bikin sebelum bosan

tik tok tik tok!,

Anis hentak meja laju-laju dengan batang pensil. Buku dan jurnal bersepah depan mata, atas meja.
Anis jenguk pada jam loceng diatas meja , "Aah, lambat lagi"

tik tok tik tok!,

Bunyi yang takkan diam.Bunyi jarum jam yang bergerak. Batang pensil masih digengam hebat oleh Anis yang tak keruan. Dia melecur pada jalan kehidupan yang dangkal dan bosan.

Mahu jadi bodoh untuk dua minit, sebelum sambung menelaah. Ada banyak benda Anis kena hadam dalam perut minda intelek dia.

tik tok tik tok!,

Anis berkata, "Ini tak boleh jadi!" dia perlu ambil resolusi yang penting.
Dia angkat kedua jari telunjuk supaya rapat pada kedua belah telinganya seraya menjerit, tapi perlahan.
"Woob..Wooob..Woooob"

Bangga!

*homej buat Kapten Carrot.

No comments:

Post a Comment