Sunday, April 17, 2011

Retro : hubungan

Suatu ketika dahulu, aku jenis suka bermanja.
Mungkin - masih lagi hingga kini, terpulang pada relevannya hidup, kebosanan, dan lemah lembut jiwa.

Satu masa dahulu, (ini perlu dinyatakan, sebab memang dah lama berlaku)

Aku capai telefon bimbit, aku taip bait-bait text message yang indah.
Aku hantar pada seseorang (atau sekali hantar pada ramai orang).
Ikut keadaan, ikut jumlah 'kredit' yang ada.
Selalunya berjawap; Dengan balasan yang serupa dan indah.

Aku mula jadi gian dan bersemangat.
Menaip pada butang telefon, aku balas lagi dengan diselangi pelbagai falsafah dari Gibran, Barret atau Lennon.

Banyak selang masa untuk aku menghiburkan diri, dan menikmati perhatian.Tapi , aku mula hilang fokus.

Dari text berunsurkan 'ayat bermanja', dari soalan fundamental seperti 'bra you size berapa?' beralih kepada intipati cerita berasaskan persoalan murni seperti,
'dah makan?', 'kenapa nak kena kurus', 'bila nak datang sini?', 'mak you sihat?'

Disebelah sana, cukup faham akan peralihan ini.
Ada ketikanya, pembalas itu menjadi bengang kerana pertukaran subjek cerita oleh aku.

Yang mana faham, akan membalas dengan yang paling sinis, paling 'champion'.

"Meh i teka, you mesti baru habis melancapkan? Pergilah toilet cepat.I faham"

No comments:

Post a Comment